
Akal wanita senipis rambutnya selalu mengikut perasaan tika berbicara
Hatinya serapuh kaca yang mudah tersentuh dengan kata-kata
Nafsunya pula setinggi gunung dan hanya keimanan mampu menghalangnya
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai
Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi
Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya
Bersyukurlah diatas apa yang dimiliki
Wanita bukan dijadikan daripada atas kepala untuk disanjung dan dipuja
Wanita juga bukan dijadikan daripada alas kaki untuk dipijak-pijak
Tetapi wanita dijadikan daripada tulang rusuk kiri lelaki
Yang hampir dengan hati untuk disayangi
Yang hampir dengan tangan untuk dilindungi
Berhati-hatilah meluruskan tulang yang bengkok
Agar tidak patah kerna jika ada celanya segalanya punah rosak begitu sahaja
Bentuklah aku dengan keikhlasan agar aku mampu sentiasa berada dijalanNya..
No comments:
Post a Comment