Tuesday, June 18, 2013

To Let Go | Being ME (Muslimah Empowered) Ticket

As Salam gojes ladies,
 
Last year was my first time to join the one and only Women Conference; Muslimah Empowered atau dalam kata singkatannya Being ME. It was awesome. Ada bnyk sangat program ilmiah utk membantu kita menjadi muslimah yang lebih baik. So tahun ni pun aku dah beli ticket bukan main awal lagi, sebab sape beli ticket awal akan dapat early bird price. Akan tetapi, kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Saya tak dapat nak attend conference ni sebab kami sekeluarga dah sepakat utk mengadakan tahlil arwah papa pada weekend itu.
 
So, saya nak let go ticket ni. Ada 1 ticket sahaja. Sebab kawan2 yang lain sumanya InshaAllah akan attend. Harga asal ticket adalah RM150. Tapi aku beli masa early bird, so dapat price RM100. Kalau anda nak beli sekarang dari agent atau online, dukacitanya ticket dah sold out. Anda akan dimasukkan dalam waiting list. Aku nak jual tiket ni RM80 sahaja.
 
So kepada sesiapa yang berminat, bolehla email me at shazrenshah@gmail.com.
Atau wassap saya okeh. Details of the conference boleh baca kat official website dia mcm  kat link bawah tuh.
 
Tarikh : 29 June 2013
TIme : 10am-10pm (Terpulang la awak nak attend full day atau boleh balikl pada bila-bila masa anda suka)
Venue : PICC - Putrajaya International Convention Centre
 
Ada ramai speaker hebat macam Yusha Evans, Syaikh Daood, Prof Dr Muhaya, and ramai lagi. Checik it out kat official website k. Then deretan gerai yg buat awk semua rambang mata. Sila bawak cash bnyk bnyk. Hihi.Ada fashion show jugak, and also sisters corner. Last year kat corner tu boleh buat mani-pedi, ada massage, hijab style, henna etc. So takdelah 1 whole day tu awk dok dalam lecture hall. Ada bnyk sgt aktiviti sampai awk tak sedar pun nanti dah nak balik.
 
The official website. Please click here
 
 




Okek. Kalau interested, please roger roger me. I sgt sgt nak pergi u. Tapi takpelah, takde rezeki. InshaAllah next year boleh pergi kalau ada rezeki.


Friday, June 14, 2013

Shawl & Hijab style


Salam Jumaat u ols. Hari Jumaat kat opis saya memang selalu ada aktiviti ko-kurikulum. Dah macam skolah la plak ada ko-ku. Biasanya on Friday during lunch time akan ada talk talk yg bertemakan family, relationship, health, beauty etc. Minggu ni turn 'beauty' nye talk. So kami ada menjemput Bakawali Couture & Aidijuma utk demo-kan hijab style. Cehh 'kita'. Oklah tu, aku one of the event committee. Dapatlah naik satu lift dgn Datin Juma sambil belek muka dia yg flawless tu. Seres cantik Subhanallah !
 
Ni dalam gamba adalah best fren aku si Wir and founder/owner Bakawali Couture. Brand ni yang aku jadik dealer tu lah. Wir ni juara pencarian Nur tahun 2012. Owner BC tu nama dia Kak Ina. Dulu kerja makan gaji jugak, but dah 5 tahun berhenti dan berniaga dull time. Kagum tgk semangat dia yg tak pernah berputus asa.


Ni gamba event committee. Sila jgn jeles ai amik gamba sebelah Datin Juma. Gaahaha.


Close up sikit ! Gamba dah takleh edit dah. Sebab mcm mana edit pun, aku tetap hitam.Cantik kan dia. Flawless sgt kulit dia u. Pastu pakai tudung bawa ujung ponjot cenggitu pun, tetap cantik. Cuba aku pakai ponjot gitu, sure org igt aku bibik.


Datin Juma bawak Jezmine Old Blossom Box as her stylist. Dah nama stylist, haruslah stylo gitu. AKu selalu baca blog Jezmine ni. Hebat dia ni. Nampak je kecik u, tapi cili api. Baju dia design suma comel-comel.

Ok dah. I have movie date ngan MNi today. Hopefully jadik lah. Selalu tegendala je bile nak dating. Hemmph.


Thursday, June 13, 2013

Cakar ayam

Eh cakar ayam tu kan kuih yang manis melenting tu kan? Used to be my feveret. Tapi tidak sekarang sebab tgh diet katanya.
 
Bukan cakar ayam nak story. Tapi boifren kesayangan saya kena cakar ok ! Kat skolah hari tu, Aryan tengah main main dengan kawan dia, entah macam mana tercakar. Sapelah emak budak tu tak reti potong kuku anak. Huaahua.
 

Masa tu, MNi yang amik Aryan. Auntie kat school bgth Aryan tak sengaja tercakar. MNi sent this pic to me. Trus rasa nak menanges masa dalam meeting. Sebab muka si kecik ni kemain sedih mintak simpati kan ? Abaikan hingus pekat nak meleleh tu. Tu sebab nanges mengadu dengan deddi dia lah tu. Hai anak. Tapi time umur macam gini, memang tgh melasak kemain, aku takdelah nak cerewet sgt. Setakat kena cakar sikit tu, aku tak amik pot sgt. Kata anak lelaki kan Aryan. And Aryan tu maksudnya kekuatan yang tinggi ! So takleh cembeng sgt okei.

Ok lah. Salam Syaaban to all. Bnyk kan berpuasa sunat bulan ni okeh, sebagai persediaan menghadapi Ramadhan. Kalau tak nanti, mesti air liur meleleh lembik buat kerja badan lesu tak bermaya (aku lah tu ;p ) .

Tuesday, June 11, 2013

Mimpi

Hari ni dah 24 hari arwah tinggalkan kami.. Al-Fatihah.

Life must go on. That's the kesimpulan dan penguat semangat especially utk ibu and kami adik-beradik. Ibu aku mmg seorang yang cool je. So sgt susah nak nampak kesedihan kat muka dia. Tapi kalau tengok muka dia lama-lama, kita tahu yang dia sedih sgt sgt. Dia kena kuat semangat utk adik-adik aku semua. Kalau dia tak kuat, acanne org lain nak kuat, kan?

Malam tadi mimpi arwah papa. Dia bawak kami sekeluarga gi shopping kat Al-Ikhsan. AKu pun tak tau kenapa kat Al-Ikhsan. Setau aku, arwah papa bukan sportsman sgt. Dia main badminton je. Yang pelik dalam mimpi tu, atok aku pun ada sekali pegi shopping. Macam-macamlah kitorang shopping, dgn shirt, kasut apa bagai. Pastu papa swipe credit card dia. Then balik rumah.Pastu aku terjaga.

Bila sedar and fikir-fikir balik, then baru aku teringat pasal credit card arwah. Masa kemalangan berlaku, habis semua cash dalam wallet dia kena paw. Handphone pun sama. Tak tahu lah, masih ada manusia yang ambil kesempatan dari kesusahan orang lain. Tapi credit card arwah semua ada. Knowing ibu aku tgh pening kepala macam-macam nak uruskan, aku pun kata let me settlekan urusan credit card arwah papa.

Ada few banks yang aku kena call sebab credit card arwah papa ada lebih dari 1. Macam-macam prosedure berlainan kita kena follow according to the bank. But apa yang aku dapat dalam menguruskan perkara ni, bank takde hak utk minta next-of-kin settlekan credit card org yang telah meninggal dunia. Tapi kita sebagai org Islam, wajib bayarkan hutang orang yang dah takde. So kalau bank yang service person aku call tu org Islam, boleh la tanya perkara-perkara macam ni. Itu pun kalau kau tanya, kalau tak tanya dia takkan bgth apa-apa.

Sebab kalau tak bayar pun, bank tak boleh buat apa. Kalau org masih hidup, bank boleh istiharkan bangkrap. Tapi kalau org dah takde, macam mana kan? Tujuan aku call semua bank tu, ialah supaya diorang boleh stop kan daily interest. So boleh take time to settlekan credit card, sebab daily interest dia dah benti.

Lepas aku call bank-bank tu semua, aku tak sempat nak follow up. Sampai aku termimpi semalam. Insha Allah aku follow up balik dgn bank lepas ni.

Bank RHB yang paling complicated. Sebab kena buat surat formal, attach dengan sijil kematian yang original. Bank lain so far just mintak aku fax kan copy of sijil kematian sahaja. Tapi kalau tak follow up, diorang senyap je macam skrang ni.

Perkara macam ni mungkin kita tak terfikir langsung kan. Tapi bila dah terjadi kat org terdekat, memang bagi aku impak yg besar. Kalau kita pakai credit card islamic, system tu dah ada takaful yang andaikata kita meninggal dunia, takaful tu akan cover and bayarkan hutang credit card kita tu. Tapi kalau pakai credit card biasa, bila kita meninggal, hutang tu akan terbiar,unless spouse atau anak-anak kita uruskan semua hutang tu. Kita yang hidup ni pulak kenalah uruskan sebab kita mesti nak org yg kita sayang yg dah pergi tu, tenang di sana. Jadi perkara penting mcm ni, wajib kita uruskan.

Aku pun inshaAllah nak bertukar ke credit card islamic. Selama ni aku ignorant je, memana org offer credit card, aku cekau. Tak fikir pun benda-benda macam ni.

Semoga arwah papa tenang di sana.Al-Fatihah.



Monday, June 3, 2013

16 hari selepas pemergian arwah..

Hari ini genap 16 hari arwah papa meninggalkan kami semua. I think aku still sometimes rasa macam in denial, tapi hati ini kena kuat utk redha dengan takdir yang telah Dia tetapkan.
 
Terkejut.. Memang semua orang terkejut dengan berita yang sangat tiba-tiba ini. Sebab arwah papa sebelum pemergiannya, dia sihat walafiat. Tapi sesungguhnya kuasa Allah itu maha besar. Dia lebih sayangkan arwah dan kami semua kena redha.
 
19 May 2013 (Ahad) 3 petang 
Kami 1 family baru sampai KL dari Melaka. My mother in law macam biasa dah siapkan tapau nasi dan lauk pauk untuk lunch. Kitorang sampai je KL, letak luggage segala memang lapar mcam harimau.Terus unpack lauk lauk semua and had our lunch.
 
Dalam pukul 430 pm, ada few missed called from ibu. Aryan was playing with my phone so I didn't notice the missed calls earlier. Sampai dah bnyk kali calls, bari MNi perasan and passed the phone to me. It was from ibu.
 
"Along, ibu dah banyk kali call Along tak dapat.. Ibu nak bagitahu, papa dah takde."
"Eh, ibu ni. Papa pegi mana pulak?"
"Papa dah takde. Papa dah kembali ke rahmatullah. Dia kemalangan dekat Muar"
 
I was still in denial. Tak percaya and ingat ibu bergurau. Sebab dia mmg suka bergurau. Tapi come to think about it, takkan perkara macam ni dia nak bergurau pulak.So aku kata ok takpe, ibu tunggu kat Nilai, and aku will fetch her and adik adik and shoot ke Muar terus.
 
Lepas letak tipon, aku macam terawang-awang. Hati sangat sedih, tapi otak macam tak percaya. Boleh lenggang kangkung, lipat baju lah hape lah. Disamping itu dok terfikir fikir lagi, ni nak kalau gi Muar, sure balik kampung terus ni. Bapa bnyk baju nak pack ni ? Boleh..?? Kau berfikir pasal baju pulak.
 
Tengah kemas-kemas baju, dapat called dari kawan arwah papa, seorang polis jugak. Ok time tu hati aku dah berdegup apsal tetiba polis ni called aku pulak. Hati dah kuat kata ini mesti apa yg ibu cerita tadi memang betul. And memang betul pun, polis tu cerita what had happened. Lepas tu trus kemas laju-laju and shoot balik Nilai.
 
Sampai rumah arwah papa, bnyk keta kat luar rumah. Polis ramai dalam rumah tengah tenangkan ibu. Tunggu ibu kemas-kemas dalam 20min, kitorang trus ke Hospital Muar. Dalam perjalanan, hospital kata jenazah dah dibawak pulang ke Batu Pahat, kampung arwah papa.Ibu tanya pendapat aku before tu nak kebumikan kat mana, kat Batu Pahat ke Nilai. Aku kata baik di Batu Pahat, sebab nenek masih ada kat sana. Dan adik beradik dan saudara mara lain ramai di Batu Pahat.
 
19 May 2013 (Ahad) 930 malam
Kami semua sampai di Kg Tebung Tinggi Batu Pahat. Jenazah papa dah sampai. Siap dimandikan dan dikapankan oleh pihak hospital. Jatuh rasa jantung menatap jenazah. Macam tak percaya. Baru berjumpa arwah awal May hari tu dok berborak pasal pilihanraya. Ibu minta jenazah dikebumikan esok pagi sebab nak tgu adik aku balik dari SIk, Kedah. Dia kena naik bas, sebab tak sempat catch the last flight from Penang. Tapi Pak Imam kata, kalau nak kebumikan esok, jenazah kena dibukak kapan dia. Dan esok pagi kena mandi dan kapankan semula. Ya Allah, luluh lagi sekali hati. Takkan nak menyeksa arwah kan, so we decided kebumikan malam tu jugak. Dan of course tak bgth adik aku kata jenazah kebumikan malam tu. Dia tahu jenazah dah takde masa dia sampai Batu Pahat esok paginya.
 
Urusan pengebumian selesai dalam pukul 1030 malam. Aku kesian tengok adik2 aku yang masih kecil. Diorang semua tak faham lagi erti kehilangan. Ya Allah, Kau kuatkanlah hati dan semangat kami.
 
Kemalangan yang meragut nyawa arwah papa
Arwah keluar rumah dalam pukul 11 pagi Ahad tu sebab dia nak balik Batu Pahat jenguk nenek yang tak berapa sihat. Instead of naik keta, dia ajak ibu naik moto sebab dia nak cepat and balik kg sekejap je. Ibu berat hati nak naik moto, dia kata kalau naik keta dia ikut. Arwah papa pun tak gesa ibu utk naik moto, so arwah balik kg sorang-sorang.
 
Dalam pukul 1 tghari, arwah dah sampai Muar. Di trafik light Jalan Salleh, arwah tgh speed sebab lampu hijau. Ada 1 kereta ni, nak kejar lampu oren dari junction kiri. Arwah terlanggar kereta tu, badan dia melambung. Kemudian dia dilanggar dan digilis oleh 2 kereta lain. Menurut doctor dan polis, takde pendarahan di tpt kejadian dan external body. Tapi dalaman arwah rosak teruk.Tengkuk, pinggang dan kaki patah teruk. Kata doctor, kalau umur arwah panjang selepas kemalangan, dia mungkin lumpuh kekal keseluruhan badan. Ya Allah, remuk hati aku mendengar kenyataan ini. Arwah tak meninggal di tempat kejadian. Dia masih boleh bercakap-cakap dengan doctor masa kat hospital. Dia menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3.15 petang. Kami semua tak sempat berjumpa arwah semasa dia meninggal dunia.
 
Ni lah gambar moto arwah papa. Remuk teruk. Gamba ni MNi yang amik masa dia pegi Muar utk buat report kemalangan pada hari Isnin, sehari selepas kejadian. Masa hari Ahad tu, tak sempat buat report. 3 kereta lain yang terlibat tu dah buat report on Sunday.

 

Ya Allah, kau rahmatilah arwah papa. Kau ampunkanlah segala dosa arwah. Jika ada kelalaian dan kekurangan dia semasa mendidik kami sekeluarga, janganlah Kau siksa dia Ya Allah. Kau ampunkanlah segala dosanya. Kau jauhkanlah dia dari siksaan kubur dan api neraka. Kau terangkanlah kuburnya ya Allah. Sesunggunnya Engkau Tuhan yang Maha Pengampun. Kau masukkanlah arwah papa ke syurga bersama orang2 beriman dan beramal soleh. Amin Ya Rabb.

Arwah papa, Mohd Shah bin Abd Salam
28 March 1959 - 19 May 2013

Al Fatihah..


P/S Ibu yang aku tulis dalam entry ini refer to ibu tiri aku. Mak kandung aku, aku panggil mama. Adik beradik aku dengan ibu ada 4 orang. Adik beradik dengan mama ada 2 org. So kami ada 6 beradik. Adik2 dgn ibu umur dari 11 tahun ke 3 tahun. Sebab tu aku sedih adik2 aku tu semua masih kecil. Secara automatik, aku kena pikul tanggunjawab jugak sebab aku anak sulung.Aku rapat dengan keluarga Nilai (arwah papa, ibu serta adik2), sama je aku treat macam family di Johor. Sebab tu lah kitorang plan nak pindah Nilai Impian, sebab dekat dengan arwah papa.Tapi macam aku cakap, Allah lebih sayangkan dia. Semoga dia tenang di sana.

Monday, May 13, 2013

Most hated time of the year

It's my technical assesment ! Ergh I hate hate hate.

Slowly it's coming. And I declare this week as my SWAT Vac. Jgn kacau daku. I thought dah habes uni boleh la lari dari exam bagai ni segala, but hell no ! The only way to survive is to run away from the system. Maksudnya ape ? Hewhewhew.

Doakan saya berjaya ye kawan-kawan :)



Tuesday, May 7, 2013

Yuuhuuu. Come cuci mata :)

Item : Polka Love (MS014)
Material : High quality chiffon
Description : Love printed design, half printed - half plain

Price : RM 42 (excluding postage)

-- SOLD OUT --
Item : Floral Peach-Green (MS010)
Material : High quality chiffon
Description : Floral printed design, half printed - half plain

Item : Floral Peach-Purple (MS011)
Material : High quality chiffon
Description : Floral printed design, half printed - half plain

Price : RM 42 (excluding postage)

Item : Floral Turqoise-Purple (MS003)
Material : High quality chiffon
Description : Floral printed design, half printed - half plain

Price : RM 42 (excluding postage)

Item : Floral Pink-Deep Purple (MS005)
Material : High quality chiffon
Description : Floral printed design, half printed - half plain

Price : RM 42 (excluding postage)

Item : Loop Shawl Yellow (LS004)
Material : High quality chiffon, Inner lycra
Description : Shawl attached to the inner. Very easy to style. Sarung, lilit, siap! Printed polka love design.

Price : RM 55 (excluding postage)

Item : Loop Shawl Pink (LS003)
Material : High quality chiffon, Inner lycra
Description : Shawl attached to the inner. Very easy to style. Sarung, lilit, siap!Printed polka love design.

Price : RM 55 (excluding postage)

Email : serindit.closet@gmail.com
Whatsapp /SMS : Erin 016-659 0003