Monday, June 12, 2017

NARINAR FLUTHERAPY

DILANCARKAN sejak Mei tahun lalu, terapi selesema bayi, Narinar Flutherapy berjaya terjual melebihi 2,000 unit sebulan.

Menyasarkan lebih ramai wakil jualan pada tahun ini, Narinar Group Sdn Bhd, yakin jualan produk tersebut meningkat tiga kali ganda.

Diterajui pasangan suami isteri, Shazren Shah, 33, dan Nawawi Ibrahim, 34, bersama sahabat mereka, Mohd Najib Bakar, 34, nyata percaturan tiga usahawan ini memperkenalkan terapi selesema bayi pertama di Malaysia, mendapat sambutan baik di kalangan orang ramai terutama ibu bapa yang sering berdepan masalah kesihatan anak.

Menurut Shazren yang juga ibu kepada dua cahaya mata, ilham menghasilkan produk tersebut tercetus dari pengalamannya menguruskan anak kecil yang sering mengalami selesema dan batuk.

Walaupun dikategorikan sebagai penyakit ringan, namun ia tetap ganggu keselesaan anak. Malah jika tidak dirawat ia boleh membawa penyakit lebih serius seperti bronkitis dan radang paru-paru.


“Ketika itu saya cuba guna pelbagai rawatan termasuk kaedah alternatif menerusi minyak pati. Alhamdulillah, saya nampak perubahannya dan terlintas di fikiran saya untuk berkongsi kebaikan tersebut bersama ibu bapa lain.

“Sejak itu saya mula menambah ilmu dan menjalankan kajian mengenai minyak pati tumbuhan serta bunga-bungaan dan bekerjasama dengan beberapa pakar dan penyelidik Bioteknologi dari Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi dapatkan formula terbaik,” katanya.


Shazren berkata, Narinar Flutherapy diperbuat daripada 100 peratus bahan semula jadi dengan gabungan minyak pati asli seperti lavender, lemon dan pudina yang berfungsi membantu serta melegakan masalah pernafasan.

Lebih istimewa, Narinar Flutherapy mengandungi pati gam Arab (Boswellia Carteri) yang eksotik serta mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan.

Sementara itu, Nawawi berkata, Narinar Flutherapy telah jalani dan melepasi tiga siri ujian makmal bersama Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim), memastikan tahap keselamatannya.

Malah produk di bawah kategori Narinar aromaterapi tersebut turut mendapat kelulusan Notifikasi Kementerian Kesihatan Malaysia.


“Penggunaannya adalah berserta dengan cara terapi urutan yang betul dan kami akan membimbing pelanggan menerusi nota kecil panduan cara guna serta video khas yang akan di beri akses untuk di muat turun secara atas talian dengan setiap pembelian. Hanya titiskan Narinar Flutherapy di tapak kaki, dada dan belakang dengan teknik urutan rama-rama dan titik-titik refleksologi, ulang setiap 15 hingga 30 minit sehinggalah selesema atau batuk berkurang.

“Dengan isian 10ml, Narinar Flutherapy mampu bertahan sehingga sebulan dan bergantung kepada kekerapan penggunaan. Produk ini bernilai RM70 tetapi kini hanya RM59 untuk pengenalan,” katanya yang bermula dengan modal RM600.

Selain pasaran tempatan, Nawawi berkata, Narinar Flutherapy, sudah menembusi pasaran luar seperti Singapura, Brunei, Hong Kong dan Filipina.

Syarikat kini dalam usaha meluaskan lagi pasaran ke peringkat antarabangsa dan merancang untuk menubuhkan Family Theraphy Centre bagi memudahkan orang ramai terutama ibu bapa mendapatkan manfaat Narinar Flutherapy.


Tawar percutian kapal ke Turki

Menggunakan platform online sepenuhnya, Narinar Group, giat mempromosikan Narinar Flutherapy menerusi kempen Terapi Selesema Bayi bagi membantu ibu bapa menangani masalah tersebut.

Selain itu, pelbagai ganjaran ditawarkan kepada wakil jualan Narinar Flutherapy sebagai usaha penghargaan.

Selaku Pengarah Pemasarannya, Mohd Najib berkata, seramai 40 rakan niaga yang merupakan dropshipper atau digelar FTwarriors dipilih untuk menikmati percutian di atas kapal persiaran mewah selama tiga hari dua malam ke Langkawi-Krabi, baru-baru ini.

Meneruskan ganjaran tersebut, Mohd Najib berkata, kali ini, syarikat memilih Istanbul-Turki sebagai destinasi percutian mewah kepada FTwarriors yang berjaya mencapai sasaran jualan seterusnya.


“Program ini bukan hanya percutian semata-mata, tetapi juga sebagai berpeluang berkongsi ilmu perniagaan dan pemasaran kerana kami turut membawa ikon-ikon perniagaan tersohor,” katanya.

Mengulas mengenai FT Warriors, Mohd Najib berkata, program dropship yang diperkenalkan itu tidak memerlukan sebarang modal perniagaan dan sedia membantu orang ramai menambah pendapatan bersama Narinar Flutherapy.

“Kami tidak hanya membuka peluang perniagaan, tetapi juga menyediakan latihan dan bimbingan kepada FTwarriors,” katanya.

Dalam pada itu, Narinar Group turut menawarkan promosi khas sempena Ramadan dan Syawal, dengan pemberian ‘Papan Cinta’ bagi setiap pembelian tiga botol Narinar Flutherapy pada harga RM159.

Juga kempen Duit Raya Narinar yang menawarkan cabutan bertuah sebanyak RM2,000 menerusi 10,000 sampul raya. Kempen ini terbuka kepada semua.

Layari laman web www.terapiselsemabayi.com/duitraya dan Facebook di www.facebook.com/flutherapyofficial untuk maklumat lanjut.




                   

1 comment:

sha said...

congrates dear! so proud of u :)