Sunday, June 11, 2017

HADIAH RAMADAN

Salam Ramadan semua .

Tak menyempat nak story mory Ramadan tahun ni. Tup tup dah habis separauh Ramadan kan.

Isnin ni anak-anak dah mula bersekolah. Kepada yang nak jemput anak-anak pulang dari kampung pada hujung minggu ni, Kak Erin nak cadangkan 3 hadiah istimewa yang boleh uols bagi pada keluarga di kampung yang dah berhempas pulas menjaga anak-anak  sejak 2 minggu lalu. Kalau tinggalkan diorang kat kampung lah kan.


1. Buka puasa special
Indahkan kalau kita dapat penuhi keinginan orang yang kita sayang. Lagi-lagi orang tua kita sendiri, adik -beradik yang sama-sama membesar dengan kita. Kita tahu dah makanan apa yang mereka suka.
Apa kata mommies singgah di baazar dan belikan satu dua makanan yang mereka suka. Lagi baik mommies luang sedikit masa untuk masakkan makanan kegemaran mereka.
Kata orang air tangan tu lah pengikat kasih sejati. Setuju?


2. Baju raya untuk mak
Masa kita membesar dulukan tiap kali raya mesti kita ada baju baru. Kalau tak de mesti kita akan memberontak mengilai-ngilai di pagi raya.
Tapi ingat tak, masa itu kan baju mak kita baju baru ke? Baju melayu ayah dah berapa tahun guna?
So bolehlah ringan-ringankan tangan belikan baju baru untuk mak. Tak semestinya nak baju baru lip lap lip lap. Baju tidur mak kita, baju di rumah mak kita macam mana?
Semuanye dah lusuh kan. Belikan la walau 1 baju baru yang selesa mak pakai di rumah bagi menyambut tetamu atau ketika beliau bersama Tuhannya di sepertiga akhir malam.


3. Duit Ramadhan
Asik duit raya je kan, duit Ramadhan ada tak? Sedangkan bulan Ramadhan nilah Rasulullah ajar sedekah lebih banyak dari bulan-bulan yang lain.
Jadi mommies bagilah lebih banyak dari biasa kepada mak kita supaya diorang yang teringin nak bersedekah tu dapat juga pahala sedekah di bulan Ramadhan ni.

Okeh till next update. Daaa!





No comments: