Monday, August 22, 2011

Ayers Rock

Wallaa mari buat food preview pada pagi hari, supaya masing-masing terliuq. Elele tapi ini preview yang tak berapa nak best.

Last Friday adalah one of our fren ngidam nak sangat makan steak. Punyalah 2 weeks dia plan nak ajak kitorang Iftar at Ayers Rock Wangsa Maju akan tetapi rancangan asyik tergendala je. Maklumlah masing-masing busy dengan undangan berbuka puasa *kelip mata perasan glamer tima kasih*. Finally we really made it on last Friday. As usual, orang yang paling dekat dengan lokasi, adalah orang terakhir yang tiba, iaitu kami sekelaurgalah. Eh ekceli I had to put Aryan to sleep before we go. If not, bersedialah dia ngamuk nak naik meja kat restaurant tu kang.

Well, it's a buffet style, worth RM49.

Dipendekkan cerita, I personally think tak worth it. Mengapa?

  1. Ada about 10+ menu sahaja, ranging from steak, salmon grill, chicken grill, fries,potato salad, salad, nasi goreng, air panas, air sejuk and dessert.
  2. Oh kalau dengar, patutlah RM49 kerana makanan semua ala-ala gempaq mahal western gitu. I was thinking the same too. Akan tetapi bila kulihat kualiti daging-dagingnya, alahai Kiah. Ni hati ni keciwa seribu bahasa. Kot ye pun kalau mmg nak buat buffet guna low quality range of beef etc., kau agak-agak la. Ini stok yang aku beli daging kat carrefour, then grill sendirik kat rumah.Camtulah kekdahnya.
  3. I am nobody to talk about daging segar dari ladang ke, part mana and whatnots. But from a lame steak eater punya point of view, aku rasa tetanggal gigi palsu orang kalau gigit daging dia. Then salmon grill dia plak, bertulang sungguh banyak. Not sure la kan kroang nye experience, tapi tak penah plak aku makan Salmon siap kena asing-asingkan tulang ikan itu.
  4. Yang aku rasa OK hanyalah chicken sahaja.
  5. Air dia kata free flow. Fine. Tapi hanyalah air oren kordial kantin dan teh-o ala kadar sahaja.
  6. Katanya ada dessert bagai. Yang aku jumpa hanyalah buah rambutan sahaja. 
  7. Kesimpulannya, gamba-gamba dalam pamplet dia, tak sama langsung dengan hidangan yang disediakan, I believe gamba tu semua adalah hidangan ala-carte.
Hoh aku tetap rasa benda ni semua tak worth it.To those yang nak makan kat sini, I advise you to go for ala-carte. They look more fresh and juicier. Oh yes, they still serve ala-carte for iftar. Dah time tu aku datang paling lambat lagi 2 min nak berbuka, celah mana aku nak order ala-carte. So sampai je, terus amik pinggan. Tapi bila tengok hidangan, terus rasa turn off. Tapi kelaparan melebihi segala-galanya. Apa pun, aku just makan nasi goreng ngan few slices of chicken grill. MNI lagilah, dia makan nasi goreng je. And we paid RM98 for that.




Past sentence : gamba langsung tak sempat snap. Sebab dah lambat, lapa, and kena layan bam-bam.

No comments: