Homaiii.. Today is my first fasting day.. homai homai macam budak kecik baru belajar berpuasa lagaknya ! Semoga dipermudahkan, Aminn.
Just came back from the 2nd pumping session. And Alhamdulillah, production as normal days. Tak merudum tak terlebih :)
Tapi itulah, mak budak ni dari kol 11 pagi tadi dah terfikir-fikir nak makan apa for berbuka. Pukul 9am perut dah begendang gendut tali kecapi. Eh I am a brekfes person (ape nak cakap eh, kalau bangun pagi nye peel kita kata morning person, abes kalau org yg wajib bekfes? ). Hape-hapelah okei.Kerana perut dah biasa disumbat dengan makanan aneka rasa di waktu pagi, kena first day puasa ni, hamik melepek. Padehal sahur agak besungguh-sungguh dan meriah pagi tadi - nasi putih, ikan cencaru bakar cicah sambal kicap, telur shancur sambal, sambal sotong disudahi dengan sate ayam.
So apehal kol 11 dah melepet kan?
Perut.. bertabahlah !
Well, sempena cita pasal makan ni, meh buat food review. Last week before puasa lah, I was craving for Mee Udang. So ke Mak Jah Mee Udang lah kami. Ala dokek je aii ngan umah. Kat Wangsa Delima,depan Wangsawalk area.Actually we had been there once, tp masa tu hari pembukaan. restoran tu is my friend's friend yang punya. So masa pembukaan kedai tu, kami gi lah makan free. Yeay ! And mmg sedap la thats y we went there for the 2nd time.
But mind ya masa pegi first time tu kami makan free kan. So I didnt know how the price is. Maka pegi second time tu baru tau. Menu segala-galanya berasakan udang. SO kalau kau gi sana nak makan mee hailam ke, toksah la buat kelakar. Kau kopek bawang gi msak sendirik kat umah.,
Mee udang biasa / segala menu udang biasa = RM 8.00
Mee udang special/ segala menu udang special = RM 12.00
And masa kami ke sana, segala menu 'biasa' dah habes. Nak taknak kena gak makan yang 'special'.
Beza 'biasa' dan 'special' adalah bilangan dan kebesaran udang.
Mungkin kalau yg 'biasa', kau selah sekali je udang tu, dah nampak mee.
Tapi kalau 'special' nye , kau selak punya selak udang tu berkali-kali, tapi tak jumpa jugak dengan mee.
Itu ibarat dia lah.
Fine aku rasa harga dia mahal. Tak tau la korang yang selalu makan mee rega doblas hengget. Selalu aku melantak mee range price dia dalam 4-5 hengget je. Ok lah sebab ni nama dia mee udang dan udang adelah mahal ! Tapi aku rasa dia boleh kurangkan kuantiti udang tu and letak lower price. Bukan aku hadap sangat pun 8 ekor udang dalam mee itu. Aku nak makan mee ngan kuah (kuah dia mmg sedap. tak tipu !). Udang tu takyah bnyk2 pun takpe kot.
Mee Udang Mak Jah. Selak udang patblas kali baru jumpa mee.
Dah alang-alang baya doblas hengget utk semangkuk mee udang, baik aku makan sampai licin udang itu kan.
Berbeza dengan orang yang tak berapa ada nafsu makan. Eii makan memain je pastu udang gomok-gomok tu dia tinggalkan je. (Aku tau sebenarnye dia malas nak kopek kulit udang. Kalau aku yg kopek, konfem la masuk perut aku enn)
Ok dah. Selesai 2 mangkuk mee udang dengan air , Total = RM 26.70. First time dalam hidup aku makan mee lebih dari 20 hengget. Ngeeee. (Baik aku makan chicken chop kat sebelah Barakah, 15 hengget puas hati. Kehkehk)
Man-to-man conversation. Aku pun tak paham amenda yang mereka bual-bualkan.
Arghhh dah buat entry begambo-gambo siap watermark bagai, baru berlalu 20 minit ke? Erghh stress. Cepat cepat pukul 4 PM ! It's FRIDAY.... FRIDAY...FRIDAY !!!!!!
1 comment:
Ni branch mee udang Mak Jah kuala Sepetang ke?
Kalau ye takder mahal..beza RM1 jek dari kat kole Sepetang.
Kalau ye, and rasa sama..tak yah la travel sampai Kole Sepetang.. :P
Post a Comment