Masa tepat 5 Dec 2011, tak sempat mak nak write entry berkenaan dengan our anniversary. Itu yang sempat tepek-tepek gambo aja. Itu pun scheduled entry, not exactly on 5th Dec pun ! Hoh ujung-ujung tahun ni memang semua orang lenyap dari office, bercuti ke sana ke sini. Pas tu orang yg tinggal di opis terkial-kial la plak kan. Baik tutup opis sempena bulan Dec macam cuti skola, yes?
No, we did not have a fancy celebration. No romantic dinner, no overseas vacation. But we had great time together. Eleh suma laki bini la nak kata great time masa anniversary kan. Mula-mula kan, I planned for a candle light dinner. Tapi kat rumah lah. Kau tak boring ke makan kat restoran je? Kau kena yakin yang kau seorang tukang masak terhebat. Apa orang kata, kalau nak menambat hati suami, tambatlah perutnya dulu. Eh pelik nya bunyik perumpamaan itu.
Alkisahnya I took a day leave on the anniversary day sebab nak pegi pasar, masak, decorate rumah dah sebagainya. Kekunun nanti MNI balik, I would say surprise ! (Note that Aryan akan ditinggalkan lama sikit di rumah BS). Nak dijadikkan cerita, on Monday tu dah dedua orang ni tegolek takmo bangun pegi kerja ! Rerupanya MNI ni pun cuti. Hemph celah mana lah aku nak surprise bagai. So cancel lah plan candle light dinner tu. Barulah ai besemangat nak pegi beli candle, table cloth hapa segala. Punah semuanya.
Dah terkebil-kebil, camne nak celebrate entah. Oh rupanya MNI nak ajak gi SPA. Dia tau bininya ini penat sakit tulang belakang hehari dok kat opis tu. Ke MNI yang mengada nak dimanja-manja di SPA? Ai mmg takde hal bawak dia gi SPA. Asal in the same treatment room, and staff yang service tu tak kawaii, cumel atau hot. Kalau menepati piawaian ini, aku ajak patah balik meh aku SPA kan kat umah. Eh.
So he made the choice already. He brought me to Jentayu SPA at Damansara, Kemain kau, nak pegi SPA kepunyaan Shiela Majid. Tapi batang idung dia pun tak nampak lah di situ. Lokasi tempat kejadian, tak susah dicari menggunakan khidmat GPS. Oh kami ni mmg jahil jalan2 belah Damansara sana. Maka redahkan aje.
Memula sampai, it was like apehal SPA ni suram muram durja. Dah nama SPA, takkan nak pasang lagu K-Pop pula.
SPA entrance
We had a special couple package. Ada 4 treatments included in the package:
- Rendam kaki dalam air suam berbunga sambil kaki dibersihkan
- Steam bath
- Body scrub menggunakan honey and kulit limau
- Deep pressure massage for 2 hours
Sesampai terus rendam kaki dulu
Scrub and massage room
Yang best tu, massage dia 2 jam okei. Hamik dia urut kaki ke selama 30 min. And urut ni buka urut ala-ala mencuit cuit like sesetengah SPA yang aku penah pegi. Itu stok massage macam picit kaki semut, tak berasa langsung ! But at Jentayu ni, perghh wa cakap lu, memang maveles urutan dia. Sampai tulang-tulang senget boleh straight perumpamaan dia. Puas hati. Scrub pun sangatlah best. Konfem keluar segala daki kau kumpul betahun tu.
After treatment. Ececeh.
Lepas siap semua, macam biasa lah dihidangkan dengan ginger tea. Kat sini boleh telan la sebab dah campur gula dalam itu tea.
Sebelum balik, sempat posing dulu. Thank you yayang !
All in all, kami sangat berpuas hati dengan service mereka. Berbaloi-baloi. Definitely recommended !
Past sentence : kekunun lps SPA, nak romantik2 la gi tengok Ombak Rindu. Sekali tiket habes. Apa kes on weekdays and tetengah petang kala, tiket habes. Bebudak skolah cuti kerja tengok wayang je eh ? Dengar kata Ombak Rindu dah mencecah 5.2 juta ! Abang Aaron, will definitely watch you dalam minggu ni jugak. Harus harus harus !
No comments:
Post a Comment