Wednesday, January 18, 2012

The nightmare starts now !

I am officially a weekend wife (again) !

I've promised myself, and more importantly to Aryan to take this positively. Must-think-of-our-future. Must must must.

Tapi nak meluah rasa jugak. Not that Im complaining, tapi ... alaaaa nak tulis jugak!? Gile ko penat weh jadi single mom nih. Balik kerja sampai rumah pukul 630-7PM:

  1. Layan Aryan. Wajib golek-golek dengan dia, kalau tak dia merajuk dan mengamuk. Golek-golek, main main geletek dia dah sejam.
  2. Kemas bag skolah Aryan, cuci bekas makanan dia, botol susu dan segala mak nenek yang kena basuh.
  3. Siapkan dinner for Aryan and suap dia makan. Ini paling cepat pun 30 min baru selesai. Sebab bukan senang ye nak bagi dia makan, kena layan kena cerita kena buat bunyik lori kereta vroom vrromm vrromm dan sebagainya.
  4. Kutip segala baju campak dalam washing machine.
  5. Solat sambil Aryan tarik telekung, duduk atas riba time duduk tahiyat atau dia tecongok kat depan time aku nak sujud. Acanne?
  6. Salin baju Aryan and layan dia untuk tido. Now aku dah tak guna buai utk tidokan dia. So lama sikit lah masa nak bagi dia mamai bergolek2 dan tido.
  7. Lepas dia dah tido, barulah mommy dia dapat mandi segala.
  8. Angkat baju, sidai baju dan lipat baju. Hoi cerdik pandai di luar sana, sila lah kau cipta mesin pelipat baju. Aku org first beli !
  9. Eh eh eh, tengok tu aku belum makan lagi kan. Ha lepas dah siap2 semua baru dapat makan. Tapi memaglah malas nak makan kalau dah pukul 10 malam. Layan 30 minit bersama Ustaz Don lagi best kan.Selalunya melakukan pumping session yg terakhir utk hari itu sambil tengok TV atau stalk FB orang.
  10. Then kemas bag skolah utk esok, pack EBM, siapkan lauk Aryan utk esok. Ini adalah sepenuh masa kat dapur. Paling kurang pun 40 minit berentap kat dapur yang panas tu. Hemph !
  11. Dah settle semua, barulah kemas rumah. Takkan nak biar rumah macam tempat jin betendang kan? Aku ni plak pesen yang sakit mata tgk rumah besepah. Kalau pukul 1030PM aku sakit jiwa tgh habuk bnyk, time tu jugak aku vaccum rumah. 
  12. By the time semua benda di atas ni siap, dah pukul 11.30 malam. And you don't even have a minute utk diri sendiri melainkan time mandi dan solat. Dan biasanya Aryan akan ek ek ek tengah tido, so in between buat benda-benda ni semua, kena benti and popok popok si bujang itu. Samalah macam nak besiap gi kerja pepagi, dia ek ek ek, kena popok dia last2 aku yg tak dapat mandi. By the time dapat mandi, dah terang bederang and konfem merahla kedatangan aku pada hari berkenaan.
Dan rutin berulang-ulang sampailah dedi Aryan dapat transfer ke KL.


Past sentence : Kalau MNI ada, item 1,3 dan 6 dia yang tolong buat. Thats y la aku tak penat sgt. Miss u yayang *winkkk*


No comments: