Friday, June 22, 2012

Umrah Part 3

Salam Syaaban ols :) Semalam kan 1 Syaaban, sangat cepat ye masa berlalu. Ramadhan pun dah dekat, but aku tak habes ganti posa lagi. I have another 27 days. Yes, confession. Dari time pregnant, memang puasa selang seli, pastu the year after masa breastfeed pun terpaksa puasa selang-seli. Nak mengganti pun I was struggling sebab still breastfeeding and pumping. To lucky mothers yang larat puasa during pregnanacy and breastfeeding, u ols memang lah lucky. Aku kalau posa, pastu pump, pastu pitam lepas pump. Ye sekian. This year harapnya dapatlah puasa seperti biasa, ye harapan tinggi di situ walaupun I am still breastfeeding si kecik. But I've reduced my pumping session from 5 times to once a day. The plan is aku akan pump lepas berbuka, I guess camtu tak pitam lah insyaAllah :) Oh ye, Aryan sekarang mmg rely on stock yang mungkin dapat bertahan lagi sebulan setengah. He consumes 4 bottles a day, but I produce only 1 bottle a day. Maka negative 3 botol sehari. Sedih tgk stock yg semakin susut but Alhamdulillah at least saya dah berjaya menyusukan selama setahun setengah. Kalau habes stock mungkin Aryan time tu setahun lapan bulan.

Ok mari sambung cerita. From Mekah kami naik bus ke MAdinah. Perjalanan took about 6 hours (kot?). Masuk je Kota Madinah, the environment is a bit diferent dengan kat Mekah. Sebab Madinah lebih maju sikit pada pendapat aku. Madinah pun ialah Tanah Haram ye, so kat border2 yang ditentukan, hanya Muslim yang boleh masuk. Comparing hotels kat Madinah and Mekah pun, bnyk perbezaan. Madinah hotel dia lebih moden dan cantik. We stayed at Eiman Toibah hotel, about 200m jugak from Masjid Nabawi.

Pak Aji Nawawi di Eiman Toibah Hotel :)
We arrived Madinah just before Maghrib. So cepat-cepat settlekan luggage dan berlari ke Masjin Nabawi. Ok aku tipu, takdelah berlari tapi cepat-cepat lah jalan sebab nak kejar jemaah Maghrib. Dikatakan dalam 1 hadis yang maksud dia:

Dari Anas bin Malik Radhiallahu Anhu, Rasulullah Sallallhu 'alaihi Wasallam bersabda " Sesiapa sembahyang di masjidku 40 sembahyang ( dengan syarat ) ia tidak ketinggalan dalam satu sembahyang ( waktu ) pun, nescaya akan ditulis baginya kelepasan dari api neraka, dan kelepasan dari azab siksa dan (ia juga akan bersih ) dari sifat munafik."


That's why la kalau gi haji, at least akan stay at Madinah 8 hari, supaya akan dapat 40 waktu jemaah di Masjid Nabawi berturut-turut.

1 solat di Masjid Nabawi mendapat ganjaran pahala 1000x solat dari tpt lain kecuali Masjidilharam. And 1 solat di Masjidilharam ganjaran pahala ada lah 100 000x dari tempat lain. Subhanallah besar sangat ganjaran dia. Ustaz kata diibaratkan kalau kita solat 1 waktu kat rumah, but solat kat Masjidilharam dapat 100 000x pahala solat. Iaitu bersamaan dengan 55 tahun solat 1 waktu kat rumah. Maksudnya, solat 55 tahun 5 waktu, baru dapat pahala sama macam 1 waktu solat dia Masjidilharam. So bayangkan betapa ruginya kita kalau dah berada di Masjidilharam atau Masjid Nabawi, tapi tak solat jemaah di sana.
Masjid Nabawi

Masjid Nabawi

Kubah hijau at Masjid Nabawi

Masjid Nabawi sangat cantik. Payung-payung dia sangat unik. But kat sini pintu masuk dan tempat solat memang diasingkan lelaki dan perempuan. Tak macam kat Masjidilharam, lelaki dan perempuan boleh masuk ikut mana-mana pintu. But masa solat jemaah, ada ruang utk perempuan dan lelaki yang diasingkan. Yang kubah hijau itulah tempat makam Rasulullah SAW. Now perempuan dah tak dibenarkan masuk ke kawasan makam. Aku punyalah nak nyelit masuk, but diorang tak bagi masuk.  Perempuan just boleh masuk sampai kat Raudhah je. From Raudhah nampaklah pintu makam Rasulullah SAW, but dari jarak yang agak jauh.

Pastu nak masuk Masjid Nabawi ni sgt strict especially perempuan. Perempuan takleh bawak camera (totally tak boleh !) and camera yang ada phone kena letak kat diorang nye security. Reason being is diorang taknak wanita amik2 gamba kat dalam masjid pastu ternampak aurat org lain dalam gamba, then gamba tu nanti org lelaki tgk plak. So better nak gi solat tu, tinggal je lah camera and henfone kat hotel.

Pasal raudhah ni pulak, nak masuk situ masyaAllah susah sangat sebab terlalu ramai orang. And ada waktu2 tertentu utk lelaki dan perempuan. Utk perempuan after zuhur and after isya'. So kitorang try la masuk after Isya'. Tunggu almost 3 jam baru dapat masuk. Diorang bagi giliran ikut negara, so memandangkan orang Asia ni kecik dan comel, so kitorang dapt masuk group yang last-last. Sebab kalau masuk awal, ada kemungkinan kene lanyak dengan group2 yang lebih sasa badan mereka.

Sekali masa masuk tu, ada group yg tak saba and takmo dengar arahan pengawal2. Diorang main redah je, so kitorang yg kat dalam Raudhah kena rempuh. Mama sampai kena pijak tengkuk dia masa tengah solat. Ya Allah tak tau lah kenapa sampai hilang kawalan, sampai bergaduh debab berebut nak beribadah di Raudhah. Aku sempat solat 2 rakaat Alhamdulillah, tapi mmg bertawakal supaya tak kene pijak masa solat tu.

Alhamdulillah MNI dapat solat kat Raudhah dengan tenang. Dia sempat solat bnyk kali sebab dia dapat port kat hujung yang orang tak dapat nak rempuh. Dia pergi lepas subuh. So kepada lelaki, tips dia is tgu kain kanvas putih dibuka lepas subuh tu, then terus pergi ke Raudhah paling hujung. Oh ye, Raudhah ni karpet dia warna hijau. Kawasan lain karpet warna merah. Dikatakan dalam satu hadis mutawatir, raudhah adalah sebahagian dari taman syurga.

Di sebelah Masjid Nabawi is perkuburan Baqi'. Kawasan ni pun perempuan tak dibenarkan masuk. Ni gamba MNI yang snap. Kat sini terdapat makam para sahabat Nabi, isteri2 baginda termasuk Aisyah RA, keluarga dan para syuhada.
Perkuburan Baqi'
During our ziarah luar, kitorang sempat berhenti dan solat at Masjid Quba'. Masjid Quba' ialah salah satu masjid yang dikasihi oleh Rasulullah SAW. Ada hadis yang mengatakan 1 kali solat di masjid Quba' diberikan pahala seperti 1 kali umrah.
Masjid Quba'
Kami jugak pegi melawat Bukit Uhud iaitu tempat peperangan Uhud berlaku.
Bukit Uhud
Ladang kurma pun pegi jugak. Jakun ok tak penah tengok ropa pokok kurma. Huhuhu. Pastu ada bnyk jenis kurma. Kurma Ajwa (kurma Nabi) yang terbaik dan termahal of course. Then ada kurma utk lelaki, kurma utk wanita menambah susu badan, memacam lah.
Ladang kurma


Perkarangan Masjid Nabawi
 Hari terakhir di Madinah mmg sgt sayu. Apa-apa pun ALhamdulillah dapat menunaikan umrah, beribadah, ziarah dan pulang dengan selamat. Azam kami adalah untuk kembali ke Tanah Haram insyaAllah :)
Madinah Airport - ready to depart
Sampai KL, nak amik Aryan dia takmo ngan aku ok. Maybe sebab tgk lain je muka mommy sunburn yang agak teruk, n daddy dah botak cin. Lepas 3-4 hours baru Aryan ngendeng-ngendeng ngan mommy and daddy. Hee gerem ! ;p We decided to botakkan Aryan jugak. Tadaaa ! 2 budak botak yang comel :)

Past sentence : Ahad ni besday aii :) MNI suh clearkan schedule weekend ni.. So haruslah ada something for me kannn..kannnnnnnn? (Kalau takde aku nanges air mata darah)


No comments: