Friday, November 16, 2012

La Vie est Belle

Life is beautiful katanya.

Ujung-ujung tahun ni, aku rasa semua shopping mall ada puaka. Toleh kiri kanan naik teleng tengkuk aku. Kau hengat senang ke kerja kat Menara Berkembar ni. Di bawah ni ada ratusan tarikan yang buat poket berlubang iya. Lebih lebih hujung tahun ni.

Nasib baik aku ni mak orang, so kurang membeli baju-bajan kat sini. Semuanya sekarang on-line sahaja. Kalau round Isetan ni, aku rasa makcik makcik sangat because I prefer to pusing kat bahagian 'Living' tengok quilt cover set lah, pinggan, pisau apa segala. Baju and kasut ada jugak la kadang-kadang kalau syaitonurrajim sangat napsu ni.

Hari ini terjebak lagi. Aku ni kan, paling tak suka pembaharuan kalau beli perfume. Kalau pakai sesuatu wangian tu, menatang tu je lah aku pakai for 2-3 years. Then baru tukar. Dah 2 weeks perfume aku habes. Penat aku hint-hint MNi kata perfume dah habes, rasa diri melekit sebab tak pakai perfume la hape lah. Haram dia tak paham pun nak belikan aku perfume. Maka kena lah pegi beli sendiri, kalau tunggu dia sampai raya tahun depan pun aku ada botol perfume je.

Jalan terus pegi Dior sebab memang dah 2 tahun pakai J'Dore. Sekali lalu kat Lancome tu ada la plak cik adik manis ni bagi sembur latest collection mereka. Terus jatuh cinta dan terjebak. Sekian.

Wangi sangat ok. I love the sweetness yang tak berapa nak sweet. Pastu ujung-ujung dia ada bau tajam sikit. Nice. Kau paham ke ayat ni? Ntah tak reti la aku nak explain. Both 50mL and 75mL size comes with free body lotion and lip gloss. Tapi pembohong sangat botol dia besar ok, isi dia 75mL standard lah kan. But lain kali buat la botol ikut size 75mL tu. Ini tak, buat berat handbag aku je. Kalau aku ni anak dara ok lah, tak banyak kot mak nenek dalam handbag. Ini dengan pampers Aryan la, wipes lah, botol susu lah. Hemmph.

Ok dah. Gi gi beli.




Top Note: The elegance of Iris becomes the backbone of the fragrance. It blossoms from the first to the last note like never before.

Middle Note: The strength of Patchouli gives strength and depth.
Base Note: A sweet gourmand adds a burst of unexpected radiance.



4 comments:

Unknown said...

ujung2 tahun best shopping,
banyak sale!

Hasnah said...

citer pasal perfume, perfume drpd hantaran pun xhabis2 lg hahaha mmg xdapet la nak beli baru.. =D

Shopping Heaven Dot Net said...

Berapa harga dikaunter sekarang utk perfume ni ya?

Kak Erin said...

rm275 for 50mL. rm375 for 75mL. Free body lotion and lip gloss.