Sunday, April 7, 2013

Review : Grand Lexis PD

Cuaca adalah amat best kat luar tu. But I am stucked dalam bilik hotel ni, pertama sebab tuan kecik tengah tido. Kedua sebab tuan besar tgh attend workshop. And it's freaking Sunday. Apekah ?

Obviously we came to this hotel on a free vacation :) Whee ! Bagus jugak depa buat workshop on weekend. So I can tag along without having to waste my annual leave. Kena amik 1 hari je cuti on Monday since workshop yang MNi kena attend ni is from Saturday-Monday.

We arrived on Saturday night. And dah lambat pun around 830PM. See.. depa start on Saturday, tapi activity nya adalah check-in hotel sahaja. Murah hati kan? I know i know, the intention is so that all participants akan punctual untk start the program on Sunday at 830am. Kalau Sunday baru nak dtg, memang janji melayu pukul 11am pun masih akan ada participants yang baru dtg. 

We got to stay at the Deluxe Suite-Garden Living. Price around RM470 per night. Tapi kami dok sini 1 night only. The next day we upgraded ke Grand Pool Villa-Above the sea. Price around RM660 per night. Pandai-pandai nak upgrade, so kenalah baya sendiri. But its ok lah kan, daripada ko kena baya full price cenggitu memang jgn haraplah ;p Tapi ini adalah harga utk public. For corporat booking we got a cheaper price. Having the chance to stay at 2 different villas, boleh lah aku komplen bnyk.

Arriving on Saturday. Wah kemain excited kan sebab jakun tak pernah dok otel yang ada private pool. (Eh sebenarnya penah lah, kat Villa Samadhi. Tapi yg tu jakuzzi lagi best kan sebab heated). Aryan lagilah trus tarik nak bukak baju. Saba ye anak, malam ni kasik chance mommy n dedi je yg terjun. Aryan tido awal oke ! :p

The room is a bit sempit actually. Ada 2 king size bed. Tu mommy dah sebok pegang henfone, nak check-in check-in on FB lah tu ;p 

Yang menambah kesempitan ni adalah sebab dia letak squeeze letak meja tulis and mini-bar at one area. Dah le ada microwave tertongok atas meja tulis. Apekah? Weirdo.

The bathroom is ok. Spacious. Konsep dia macam toilet n bathroom dalam walk-in wardrobe. But i think the lighting system is poor. Tak cukup lampu aku nak cuci muka and pakai make-up. Bedak aku pakai mesti berbelak sebab lighting tak bagus. Eceh salahkan lighting pulak ;p
  
The overall view of the room. Sempit kan?

The pool private pool. Best ok ada private pool ni. It might not be significant utk org yang freehair. But bagi aku yg baru-baru berhijab ni rasa heaven ok ! Sebab boleh berenang renang di tepian without proper muslimah swimming suit and head cover. Macam bebas gitu nak tonggang tebalik dalam pool tu. And ala-ala romantika di amor gitu (padehal mlm tu tak sempat oun terjun pool).Seriously ! This is a strong justification to have a mini-swimming pool kat backyard tu. MNi pun berangan ok nak ada pool cenggini kat rumah. InshaAllah, murahkan rezeki keluarga kami.Amin.

Jiwang sgt anak bujang aku ni kan. Main rendam2 kaki sikittt je. Nak terjun takut. And mommy mls nak layan sebab dah siap mandi.Buatlah dia muka kesian kat situ. But last last terpaksa jugak terjun sebab of course kesian tgk si bujang ni rendam kaki je.

Brekkie time ! Masa ni MNi dah pergi worshop dia dah. So dia g bekfes dulu sebab tak kosa aku nak ikut bekfes kol 730pagi. S aku gi ngan Aryan je kol 930 pagi.Food - overall, out ! Hahha. Not many variation. Pastu dalam sejarah hidup jugak ni nak pegi bekfes kena beratur kat luar cafe sebab tak cukup tempat duduk ! Oh 5 star resort kah ini? AKu pun tak paham kenapalah ramai no manusia kat sini padahal bukannya cuti skolah pun.Haih!

After breakfast,MNi kata jommmm kita upgrade bilik ! Pegi water villa. Yeayyy !!!





 Taada !!. Fuh best gilo bilik ni. Boleh main bola sepak dia punya besar. Still ada 2 king size bed and private pool.

And ada menatang cermin ni so kita boleh nampak air laut kat bawah tu. Aryan jakun gila ok. Mommy pun sama.

Proper mini-kitchen/ mini-bar. Dia asingkan dari meja tulis tu hah. 

Whee the pool is so nice. Pandang luar nampak laut gitu.

And lagi yg bezakan bilik garden dgn water villa ni, the toiletries kat water villa ni Crabtree & Evelyn. Yang kat garden villa tu ntah ape tade brand. 

The overall view of the room.

Aku check out esok. So tak tau lah nak bagi overall rating. So far i think bilik bilik kat sini mmg ala-ala luxurious 5-Star resort seperti yang diorang claim. But in terms of service aku tak rasa pun mcm 5 star. Food dah tak menarik minat aku, pastu iron & iron board kena request and boleh pakai 30 mins je. After 30 mins pasti housekeeping dah ketuk pintu nak amik iron tu. Apekah? Kosa lah aku nak iron cepat-cepat in 30 mins kan. Pastu kalau nak begerak dari satu tempat ke tempat lain within hotel ni ada buggy. Buggy ni pun kekadang lambat. Wifi dapat free, tapi ptg ni baru ada. Sebab dari mlm tadi wifi down. Dan bermacma lagilah.

Maybe sebab ramai sangat org and diorang susah nak manage. Takpelah aku maafkan. Sebab bilik ko mmg best. And aku boleh berendam dalam private pool dalam ape keadaan skali pun, Eheeeeh :p




1 comment:

Unknown said...

wahhhh..mmg best bilik dia...padan dengan harga kann..tapi bab service tuu..saya tgk ramai yg cakap..kureng ok..nak2 makanan..

salam kenal..ila follow sini =)