Salam Hari Malaysia !
Takde buat apa-apa pun today.Pergi wedding then ptg karang we plan to bring Aryan to Tasik Titiwangsa naik kuda. Ai pun jakun ok tak pernah explore tempat itu.
Well, actually I wanna share my experience attending this seminar - Menghafal Al-Quran Kaedah DarwishDarwisha. Never in my thought I would attend this seminar because frankly speaking tak pernah terlintas pun visi dalam hidup nak Aryan or his adik(s) utk menjadi hafiz atau hafizah. Even though I followed Pn Lina's blog (Darwish n Darwisya's mom), aku rasa macam tak mampu nak mendidik anak macam mana yang dia buat. Sedangkan aku sendiri pun terkontang-kanting nak hafal 5 ayat pun makan minggu, inikan pulak nak ajar anak sendiri.
Until my fren ajak pergi seminar ni. To me, mesti akan ada parenting skills yang bermanfaat utk aku sebab apa-apa pun it goes back to the Al-Quran right. At first macam hesitate nak pergi, sebab the fee is RM190 per person hokei. Wah ada jugak rasa kedekut tu walaupun nak menuntu ilmu kan. PPffttt! We went there in a group of 4, semua pergi without husband,maka MNI pun kenalah jaga Aryan kat rumah. Aagagaga. Dapat diskaun sebab 4 org jadi RM170 per person.
And my perception totally changed as early as during the introduction. Pn Lina tu sangatlah sempoi. I thought dia mestilah bertudung labuh dan setiap patah perkataan dia pasti akan ada hadis hadis dan potongan ayat Al-Quran sebab tu lah dia berjaya didik anak dia sampai boleh hafaz Surah Amma at the age of 3! And I was totally wrong. Masa dia cerita bagaimana dia berhijrah sebab dah almost 10 tahun kawen but belum ada rezki dikurniakan anak, then Allah makbulkan doakan dia dapat anak pertama. How her husband dulu sgt 'mat Salleh'. Makan pakai tangan pun tak reti you. And his vision at that time nak their daughter jadi professional pianist. Just like other parents yang nak anak jadi doctor, engineer etc.
But of of them berhijrah ke arah lebih baik dan Alhamdulillah berjaya didik anak mereka sampai ke tahap sekarang, dengan izin Allah.Padahal dia bermula dengan hanya 3 Qul yang dia hafal. Kata-kata dia yang macam setepek kena kat muka - Setiap Muslim sepatutnya ada 1 sahaja visi dan misi iaitu untuk masuk syurga. In order to get there, all of us dikurniakan 'insurans' yang boleh membantu kita ke sana iaitu anak-anak yang soleh dan solehah. And kenapa kita taknak rebut makhota syurga iaitu anak-anak yang huffaz.
Dan tak perlulah tunggu kita jadik ustaz atau ustazah utk didik anak-anak mengenal Al-Quran. Selalunya typical community kita masa umur 4-5 tahun akan hantar anak mengaji rumah ustaz kat taman kat rumah kan. Sounds familiar? Padahal sepatutnya parents yang mengambil tanggungjawab mengajar Al-Quran pada anak-anak, dan masa yang paling penting ialah between 0-4 years sebab during this period otak bayi masih suci dan mudah terima apa yang kita sumbatkan.
Nabi S.A.W pernah bersabda,"Kegiatan anak semasa kecilnya akan menambah akalnya diwaktu dia membesar" (Riwayat Tarmizi)
Anak-anak Pn Lina ni sekolah kebangsaan biasa je. Yes true. I also thought anak2 dia sekolah tahfiz. Sangkaan ku meleset sama sekali. Balik sekolah kebangsaan, memang time anak2 dia dengan emaknya dan pembelajaran Al-Quran tu mmg Pn Lina lakukan sendiri. Kagum enough?
I don't want to be so ambitious here.Wakaka. Kang jadi hangat-hangat tahi ayam. Yang penting sekarang ialah kena ada action utk start tu. At least ajar Aryan kenal betul-betul huruf Hijaiyah dan bunyi-bunyi dia, ajar dia membaca dan parallel to that sikit-sikit ajar dia menghafaz. And of course at the same time, both MNI and I pun kena belajar bersama-sama. Sebab aku ni pun rasanya 30 surah terakhir tu pun aku tak hafaz. Embarassing nya kan compared to budak 5 tahun dah hafaz 5 juzuk Al-Quran. Subhanallah. Aryan so far dah boleh baca Fatihah and few doa. But frankly speaking, bukan aku yang ajar. Aryan belajar tu semua kat skolah. Aku adalah baca-bacakan dia sikit-sikit but I know that he got it from school.
Ada byk tips yang Pn Lina shared on top of the kaedah-kaedah mendidik tu :
1) Biasakan anak dengan alunan ayat Al-Quran - siang dengan surah Amma (30 surah terakhir), malam dengan surah-surah pilihan.
2) Kena sacrifice tutup TV langsung kat rumah depan anak-anak. At least sampai umur dia 4 tahun. TV tu hanya pasang VCD Al-Quran and cerita-cerita islamik. Sebab even cartoon tu pun sebenarnya ada unsur tak elok utk anak-anak.
3) Kena sacrifice utk tak berapa kesah kalau rumah messy. Sebab dalam mendidik anak2 ni, mmg kita kena ikut rentak anak kita yang lasak tak reti diam etc. Especially anak lelaki.
4) At least dalam jadual harian kena ada 1 hour utk belajar Al-Quran dengan anak-anak. Contoh pukul 8-9 malam. Ini kalau anak dah kenal huruf dan time nak belajar membaca.
5) No Hitz FM atau segala FM dalam kereta. All the way alunan Al-Quran. At least depan anak-anak. Once anak dah kuar keta, lantak lah nak bukak radio ape.
And many more. Sounds simple and macam biasa dengar je. But bila dia cerita her own experience , itu part yg mahal tu aku rasa. Susah nak cerita in words, you have to experiece it yourself and of course take actions then baru rasa kot.
Ni kat bawah ni agenda dalam seminar tu. Termasuklah cara mengatasi anak yg memberontak macam Aryan. UUhuhu.
And of course, ada a lot of bantuan mengajar like books and CDs. Tengok kemain banyak aku rembat. Ni kalau tak start mengajar Aryan dengan gigih, mesti kena ketuk ngan MNI. Hohoho.
'Mommy nak horseee !' suara Aryan. Haha. Ok it's Titiwangsa time. Bye people.
p/s more info here:
No comments:
Post a Comment