Monday, December 9, 2013

Bila deddinya demam

Bila MNI demam panas, tak boleh bangun... Seriously aku yang rasa handicap. Mana nak take care of Aryan, pastu makan minum MNI pun kena jaga jugak. Kesian kan, orang demam mana ada selera sangat nak makan.
 
Aku pun tak reti nak sediakan makan apa, sampai tahap kena google. Kahkahkah
 
 
Kalau Aryan yang demam, dia tak cerewet sgt makan. Asalkan dia cukup minum (susu, vitagen, susu chocolate, yakult etc), aku tak risua sangat. Selera makan dia mmg akan menurun, but as long as he gets enough water, then tak risau sangat.
 
Tapi bila org dewasa yg sakit, dia punya cerewet makan tu satu macam. Up to a point semalam aku penat sampai menangis sendirian, sebab dari pagi asyik memasak je kerja aku.
 
Pagi : nasi lemak , sambal ikan bilis & ayam goreng berempah
Lunch : Ikan siakap masak masam manis, sup sayur
Tea : Banje MNI and Aryan gi makan Cream & Fudge eskrem.
(sebab org demam kalau makan eskrem tekak dia rasa soothing)
Dinner : Sup ayam berempah & sambal kicap
 
But semua tak jalan. MNI tetap takde selera makan. Aku menjerit kuat-kuat dalam hati sebab penatnya Ya Allah sahaja yang tahu. And penat-penat masak, semuanya berbuang. Nasib baik Aryan makan sepinggan each masa lunch & dinner. And habeskan semua ayam goreng berempah aku buat. Hhuhu.
 
Read : Penat di situ bukan hanya memasak. Ahad mmg busy siapakn baju nak kerja, laundry, kemas rumah, basuh kitchen. Dengan Aryan so clingy knowing deddi dia tak sihat. Hoiihhhh tolongg !
 
I am not complaining here. Luahan perasaan sahaja. Tempat isteri tu kan sememangnya di sisi suami. So sakit pening dia, aku lah yang kena jadi peneman dan menjaga dia. Macam tu jugak kalau aku yg tak sihat, dialah yg buat segala benda. Tapi maybe sebab aku skrang emotionally unstable dengan peknen, dengan Aryan nye.. tu yg meroyan je rasa.
 
Ok, buat kerja laju-laju. Nak balik cepat, gi AEON beli brg basah. And masak menu org demam yg dah google. Huhuhu.


past sentence : MNI kata dia boleh telan makanan manis-manis je. Ha buat serawa/pengat durian & makan dgn roti perancis tu layan ni. Nyum nyumm.

past sentence 2 : MNI kata mkn serawa durian makin panas la badan dia. Hai lah aku tak terfikir. Nampak sangat ikut anak tekak aku nak makan ape, bukan anak tekak org sakit. Ehehe

No comments: