Memang super koboi !
Haih punyalah bertekad untuk berpantang dengan penuh berdisiplin, tapi semua ke laut. Idok le aku kata tak berpantang langsung, tapi compared dengan masa Aryan dulu, this time around dah tak dapek dah nak buat macam dolu-dolu.
In terms of set berpantang, kali ini saya menggunakan set B'hidan Tru Bellai. Ce tengok gambo sikit..
Consists of 7 items in a set. Kotak dia cantik kot thats why aku beli. Aagaga. Pastu I wanted to exclusive breastfeed Khalif kan, so takdelah niat nak makan jamu sangat. Dalam set ni pulak ada minuman gamat instead of jamu. So itu pun salah satu sebab aku beli jugak. Ada herbal drink jugak, but boleh minum selepas hari ke-20. Ada lah jadual penggunaan dan pemakanan setiap item tu. And manjakani juice tu, lepas hari ke-30 baru boleh minum. Pilis pun ada, scrub pun ada konon macam param lah function dia.
Pantang kali ni, aku balik Johor jugak. Plan nak dok Johor sebulan or 3 weeks, tapi lepas 2 weeks kami dah berangkut balik KL. Sebab Khalif keluar rashes agak teruk which attacked at his face only. Aku ni kan paranoid, nak jugak bawak gi jumpa paed. And taknak paed lain, nak Dr Anthony jugak. So suh MNI amik kami bawak balik KL. Lepas check nasib lah baik bukan eczema. Cuma heat rashes. Tak boleh panas. Khalif ni pulak pelik perangai, nak tido berkipas. Kalau psang econ dia takmo tido. Dah terbalik pulak dengan si abang tido mesti nak econ. Haih la anak..
Meh share cara pantang koboi aku.
Berurut
Amik urut 4 hari iaitu pada hari ke-6 sampai 9. Best Mak Eton tu urut. Urut, tungku, bengkungkan, pakaikan ubat segala, mandikan baby - cost RM60 sahaja sehari. Murah lah kan compared to harga kat KL. Blergh. Tapi disebabkan belum habes pantang aku dah balik KL, terpaksa la urut penutup pantang aku amik org kat KL. Terbaca blog Moon pasal Penjagaan Pantang Humaira, terus lah Kak Ton book laju-laju. Yang ini akan ada urut, sengkak, tangas kering dan jamu. Nanti dah lepas urut inshaAllah aku wat review oke.
Bertungku
Bertungku dgn cara lama pakai batu sungai. Mama ada la belikan tungku moden bagai, but aku tak berapa nak suka. Sebab tak berasa panas dia. Panas kejap je so tak puas. Batu sungai ni hamik panas berasap. Best. Sampai hari ni masih bertungku setiap pagi lepas mandi. InshaAllah buat sampai hari ke-40.
Bengkung
Still pakai sampai today. Mama kan dia dah buatkan aku bengkung panjang 15 meter lilit-lilit tu. Masa Aryan aku pakai bengkung traditional tu jugak tapi 10 meter je and aku disiplin pakia sampai 60 hari. Pergh this time 15 meter, kegilaan apekah. Dia punya panas and ketat ya Tuhan tak bernapas aku. Pastu mama yg melilit oun sampai pitam. So aku kata thats it. Aku pakai bengkung segera Atikah Beauty je. Dia bengkung 2 tali macam tali kasut. Sama konsep macam bengkung traditional tu. Maka sampai hari ni aku pakai Atikah Beauty tu. Kalau mama yg melilit boleh pitam, apetah aku nak lilit sendiri bila balik KL? Memang idok le..Mama dah pesan pakai bengkung sampai habes pantang. Baiklah...
Pilis
Pakai 4 hari je iaitu time berurut. Lepas tu entah ke mana bottle pilis tu entah. Pembaziran ye di situ sebab pilis tu dalam set B'hidan. Tak pakai, buat apa kau beli 1 set. Hampeh.
Param
In this case, scrub dalam set tu lah. Aku pakai sampai habes. Sebab mmg best. Bau pun wangi :) Dapatlah pakai utk 2 weeks scrub tu.
Stokin
Pakai 4 hari je. Lepas tu rimas la plak dalam rumah nak pakai stokin bagai. Dengan cuaca panas kering sekarang ni. InshaAllah tak masuk lah angin ikut kaki kot. Huhuhu.
Tangas
Memang takdelah buat dah. Cuma pakai Feminine Wash dalam set B'hidan. Tapi utk penutup pantang dalam pakej tu ada tangas kering. Aku pun tak sure amenda tu. Wait and see.
Pemakanan
Makan bnyk, minum air 3L sehari at least. Lantak le org nak kata dalam pantang takleh minum air bnyk lah ape lah.. yang penting aku cukup makan dan minum utk fully breastfeed Khalif. Aku bnyk makan ikan, sayur n buah. Ayam & telur still belum makan sebab takut rashes Khalif tu tak tahan benda gatal. Benda-benda yg tak gatal & sejuk semua aku balun makan. Ehehe. Alhamdulillah dah buat stok EBM Khalif utk bekalan di hari muka. Ecewah. Deep freezer pun dah di-on kembali, inshaAllah mudah mudahan adalah rezki Khalif utk menyusu sampai 2 tahun macam abangnya. Amin..
Kesimpulannya, pantang kali ini rumit sikit sebab kena focus kat Khalif and abg Aryan pun nak attention jugak. Tapi relax jugak sebab bibik ada and siapkan kerja-kerja rumah, laundry, mop lantai apa bagai. Bila pantang kat KL lebih relax sebab Aryan siang pegi skola, so aku boleh focus kat Khalif. kalau kat JB, Aryan kejap2 hilang pegi main kat luar lah, tantrun dtg tak bagi aku pegang Khalif lah and memacam lagi peel dia. So kalau ada rezki anak ketiga, I think Im gonna pantang kat rumah sendiri je. Huuuu.
Ok lah till then. Toodles.
P/S Pray for MH370
1 comment:
Salam..boleh x nak no. Mak eton tu. Tq!!
Post a Comment