Selamat Hari Raya all ! Aku dah start kerja dah semalam (Raya ke 4). Malas lah nak cuti lama-lama. Tekak dah tak boleh masuk lauk pauk raya. Rasa nak makan maggie pecah telur je skrang.
This year Raya celebration sangat lah sempoi tapi amat bermakna. Semuanya ala kadar and ada part yg langsung aku tak prepare apa-apa. Wasatiah katanya. Padahal rasa nyesal bnyk pembaziran tahun lepas akibat tak sedar diri beli itu beli ini.
Khalif discharged dari Prince Court tepat-tepat seminggu sebelum Raya. 8 hari aku berkampung kat PCMC sampai nak botak rasa kepala perasaan bosan ya ampum Tuhan saje yg tahu. ALhamdulillah Khalif dah sihat cuma doctor advice jgn bawak dia pegi jalan-jalan sgt and dont let people gomol-gomol dia sgt. Sebab immune system dia still low and senang kena sakit-sakit lain nanti. So now that answers knapa aku cuti Raya 3 hari sahaja (termasuk public holiday). Second reason is sebab aku kena save cuti utk honeymoon next month. Kalau tak save cuti, then aku kena amik unpaid leave. Aku takde hal nak unpaid leave utk 2 weeks, tapi MNI kena invest lebih belikan handbag kat Europe nanti. Ekeke.
First Raya was in JB. Sepatutnya tahun ini turn raya kat Melaka. Tapi sebab kami tak jadi cuti straight 1 week, MNI decided to raya in JB. (MNI yg decide bukan aku yg paksa raya umah mak aku). Ptg raya pertama trus shoot balik Melaka. Seblum sampai Melaka singgah dulu Batu Pahat. See, optimum sungguh raya kali ini. Walaupun cuti hanya 3 hari, aku dapat melawat semua keluarga terdekat di JB, Batu Pahat dan Melaka. Next year boleh buat perkara yg sama. Then balik KL cepat boleh terbongkang rehat tgk drama hari raya kat TV.
Raya kedua kami sempat buat kenduri doa selamat utk Khalif semnpena dia dah recover from denggi. Alhamdulillah dapat order nasi arab. Sebab anak tekak aku again dah tak boleh telan ketupat lemang segala. Cukuplah hari raya pertama tu dah meragau suh MNI cari Gaviscon.
Tema tahun ni royal blue. Aku tak tahu kaler ni in this year. Kalau aku tahu pasti aku tak amik kaler ni. Masa raya kat JB, 80% org aku jumpa suma pakai kaler ni. Memang semangat JDT luakan kuasamu. MNI asyik kutuk aku sebab asal jumpa org je, sama kaler. Siap same kaler dgn langsir lagi. Menyirap btul aku.
Pagi raya di rumah mama
The best family photo. Anak dah 2 ketul ni jgn harap lah nak gamba cantik-cantik. Lagilah si Aryan dah pandai berselfie, sibuk dia aje nak pegang monopod.
Sempoi je pagi raya. Tenang je makan ketupat rendang tak riuh sekampung
Lepas salam raya, shoot balik Batu Pahat jumpa atok. Bujang 3ketul dah tumbang kenyang ketupat. Tapi Aryan tak makan ketupat, nasib ada org bagi nasik tomato. 2 pinggan dia sental.
Rumah Mak Uda. Feeling raya di desa sangat. (Padehal rumah tepi jalan raya besar yg busy)
Indahnya beraya di desa...
Aryan ngan sedara (which aku tak tahu nak kata camne persaudaraan tu. Dah bau bancag kot)
Second Raya in Melaka (Khalif's doa selamat)
Selamat Hari Raya ! (Lupa bawak baju melayu extra utk Aryan. Terpaksa basuh baju melayu dia cepat2 and keringkan kat kipas)
No comments:
Post a Comment