Pejam celik pejam celik lagi seminggu je lagi Ramadhan tahun ini. Cepat sangat sangat masa berlalu eh. Macam baru je start puasa 3 hari lepas. Ewah ewah. Puasa this year aku rasa sangat berlainan dari tahun-tahun lepas. Percaya atau tidak, hari ni dah 24 Ramadan kan, takde sekali pun kami sefamily berpuka puasa di luar.. Haa kental kan. 100% at home berbuka tapi dalam 24 Ramadhan ada 4 kali je aku masak.The rest beli sahaja. Memang lah rasa tak puas bila tak masak, tapi sampai rumah selalunya dah pukul 630 ptg. Mak tak kosa nak tung tang tung tang masak kat dapur. Balik kerja dah nak kena layan panglima 2 org tu dulu, masak is not priority. Gitu. Tapi pepagi buta aku masak sesiap lauk utk Aryan and Khalif before pergi kerja. So dapur masih berasap ya.Oh yes, aku dah start kerja balik.. Kalaulah dapat cuti kerja terus.. haih mmg nikmat. inshaAllah one day kalau diizinkanNya.
This year kami tak cuti raya.Nanges kesat air mata sikit. Sebab cuti mmg tnggal nyawa ikan and aku kena simpan cuti utk emergency anak-anak. Aryan masih lagi kena follow up dengan paeds due to condition usus dan perut dia yang masih belum pulih sepenuhnya. Last month we surrendered juga terpaksa buat endoscopy on Aryan (masukkan tiub camera dalam usus dan perut) utk tgk apa condition dalam tu. Disebabkan case Aryan dah berat kepada kesihatan perut dan usus, paeds di PCMC refer our case to Sunway Medical Centre under Dr Nazrul Neezam who is a gastroenterology paed, Alhamdulillah the procedure went well even though kitorang initially refused nak buat sebab rasa dah tak sangguo tgk Aryan undergo so many procedures at the age of only 4. And semua preciedures ini require him to be on full GA. Kesian woo tengok anak. But after dah try few meds utk perut and usus which did not show much improvement, kami terpaksa akur lah dengan pendapat Dr Nazrul.
After endoscopy, result turned out Aryan is having severe & chronic gastritis. Dinding perut radang teruk and usus dia sangatlah aktif. Kalau kau duduk tepi dia, boleh dengar usu dia gerak gerak bunyik. Kalau kau rasa perut org lapar 3 hari tak makan bunyik dia kuat kan, perut Aryan is worse than that bunyik dia. Bila berbunyik je perut dia, maka terus dia merengkok badan tahan sakit. Memang bergenang air mata tengok dia sakit perut. Based on Dr Nazrul punya diagnosis, ada few kemungkinan :
a) ubat tegretol yang hakis dinding perut & usus
b) after surgery, Aryan was on steriod
c) after surgery, Aryan bnyk makan pain killer such as ibuprofen & paracetamol
Combination of all this, buat usus and perut Aryan tak baik-baik dari bulan March sampai sekarang. Sedih? Memang tak terkata. Tapi kami redha.
Now Aryan is on Nexium (ubat utk block penghasilan acid di perut). So bila acid berkurang, baru perut and usus dia ada 'masa' utk heal sendiri. We gave him aloe vera juga to help the healing process. But wallahualam tak tahu lah macam mana kesan dia.
So raya ni nanti, kena pantau betul-betul makan dan minum dia. Ni dah pantang makan almost 3 bulan already. Kena continue until he is really sihat. Me myself, takde perasaan sangat pun nak raya. dengan tak cutinya, dengan Aryan tak sihat sgt nya - tapi baju raya tetap vogue de vass gituu. Hakhka.Last year pun raya ala kadar sebab Khalif kena denggi. Allahuakbar.
Takpelah. Ada orang lain yang lebih besar dugaan dia. Kan Allah dah kata Dia takkan bagi ujian lebih daripada apa yang hambaNya termampu. Sebab tu redha itu penting. Laki aku ingatkan benda ni dah seratus tiga belas kali. Hehe.
Orait. Sempena Jumaat terakhir bulan Ramadhan ni, bnyk bnyk lah kita menadah tangan berdoa kepadaNya. InshaAllah ada mustajab doa kita semua. Amin ya Rabb.
Hello After Two and a Half Years!
4 years ago
No comments:
Post a Comment