Friday, January 13, 2017

Rahsia tegur anak tanpa marah

"Mommy tak baik marah-marah. Nanti Allah tak sayang"
Siapa pernah kena sedas sedebik kat muka. Bila anak kata camni. Kehkeh.

Meh Kak Erin share RAHSIA TEGUR ANAK tanpa memarahi. Sebab Kak Erin memang singa kat rumah tu. Maka selalu kena tarikkk napas lepass hai bertabah lah hati. Kena sound dengan Ninjas selalu. Tu tak masuk kena tarbiah dengan MNI lagi tu. Eh.

1. Tegur secara halus
- Instead of marah anak secara direct, tarik keistimewaan yang dia dapat. Then terangkan kenapa dia dah tak dapat lagi benda tu. Contoh cut time tengok TV kalau dia taknak baca Iqra.

2. Dengar penjelasan anak
- Jangan lah kita je tahu nak bebel. Belajar jugak untuk jadi pendengar hebat. Simpan sikit bebel tu untuk esok.

3. Minta maaf 
- Kalau dah telepas memetir tu, minta maaf dan terangkan kenapa kita jadik monster tu. Secara tak langsung kita ajar anak jadik sopan santun.

4. Puji anak bila dia buat baik
- Ini bantu anak dapat self-confidence tau. Elakkan asyik kondem dia je. Bila dia buat sesuatu yang baik sila raikan dengan gembira.

5. Bagi kepercayaan
- Anak akan belajar hargai diri sendiri dan buat sehabis baik ikut kemampuan dia. Kalau ada reward pergh lagi mencanak dia buat apa kita mintak.

Okey tu jer. Salam Jumaat dan menempuh weekend dengan hati bunga-bunga.

Toodles!

No comments: