Tuesday, August 20, 2013

Chicken Pox Day 6 -The pantang larang(s)

Day 6 of having this bintat-bintat. And Day 2 dok umah MIL without hubby.Uuuhuhu. Feel so awkward tau, luckily ada si kecik Aryan so takdelah rasa pelik sangat. Yelah, bangun tido pukol 9 pagi, breakfast dah siap terhidang sampaikan lauk lunch pun dah siap masak. Ada menantu lain lagi tak yang tak senonoh macam aku? Hiks. Menantu sorang, bolehla kau pemalas macam ni. Next year inshaAllah dah ada biras. Habesla mak, kena rajin-rajin kekdahnya. Aku bukan pemalas weh, but MIL aku jenis memasak pepagi buta kol 630 pagi. Aku baru gosok mata nak solat subuh, dia dah siap menumis bagai. Celah mana aku nak membantu. Aku tolong sesikit jelah kerja rumah macam menyapu, lipat baju..ok lah tu khennnn.

Berdasarkan pengalaman 2 hari ni, aku dapat merasakan berpantang ngan mama laaagiii strict oi. Masa bersalain Aryan, dok JB kan, kus semangat hape pun mama tak bagi makan sesuka hati. Ini dok rumah MIL, mama siap call mak mentua aku bgth 'akak takyah masak-masak goreng-goreng tumis tumis utk Along tu kak. Bagi dia makan rebus-rebus je' Oh siap bagi pesanan penaja nun jauh dari JB. Sekian.

Ni few pantang larang yang aku kena follow sepanjang 6 hari ini. I am not sure on the kebenaran, tapi bila org-org tua yang menjaga kita, kita follow sahaja okeh.
  1. No makanan bergoreng, chicken, telur, daging,seafood and ikan yg gatal macam ikan kembung, pari etc. So dah 6 hari aku makan lauk tenggiri dan ikan merah masak sup. Kau agak berat aku kurang tak dalam 2-3 kg? Sampaikan nak makan kuih raya pun aku takut sebab ada teloq. 
  2. No cili padi. Sebab dipercayai pedas cili padi tu buat pox rasa pijar dan pedih.
  3. Aku sendiri tak boleh menumis atau menggoreng di dapur. Dipercayai minyak yang letop-letop tu akan menyebabkan pox ni pun meletop-letop and tak mau kering.Kalau ikutkan mama, tak boleh langsung menumis & meggoreng dalam rumah tu. Tapi mak mentua aku tak strict sgt. Kalau dia nak menumis, dia suh aku dok dediam dalam bilik sampai dia habes memasak. Another reason for not helping her in the kitchen right? Gaahaha.
  4. Strictly no kicap. Sebab katanya kicap akan menyebabkan parut-parut jadik hitam and susah nak hilang. Walhal skrang ni pun parut aku dah macam kehitaman. Tolong weh.
  5. Tak boleh langsung kena hujan. Sebab nanti parut tu akan jadik lopak lopak berlobang. Gile ko tak saiko.
  6. Gantung daun lalang dalam bilik, supaya kuman ciken pox tu diserap oleh daun lalang. Maka takdelah org lain bejangkit.
                    
  7. Bakar Indian colok hehari. Untuk mengelakkan org lain berjangkit jugak. Dah hehari aku bangun tido mmg bau colok tu satu rumah.
  8. Of course tangan tak boleh gatal nak menggaru. In my case ok sikit sebab pox ni tak rasa gatal pun. Mungkin sebab aku pantang makan, so takyah le aku ikat tangan sendiri. Itu pun gatal nak kopek kuping-kuping yg dah nak kering tu.

Orang selalu kata minum air kelapa supaya chicken pox ni habes keluar. But aku teringat Dr Marsita kata masa dia bagi anti viral tu, she wanted to stop the virus dari keluar bnyk2 and sampai ke baby. So macam defeat the purpose makan anti viral je kalau aku minum air kelapa tu kan. So mmg aku tak minum langsung air kelapa. Aku just minum benda-benda yang meningkatkan immune system macam madu and jus pati delima. Memang dari start peknen, Dr Marsita advise so makan benda-benda ni. Aku penah demam masa peknen and mintak panadol kat dia. Dia tak bagi ko. Instead, dia suh minum madu perah lemon. Sedap pulak aku rasa. Sampai skrang hehari dok minum honey lemon :)

Ok dah, tu je lah pantang-larang yg aku ikut. Mak mentuaku kata, pox ni macam dah kering bnyk. So esok boleh longgarkan pantang makan. Fuuhh. Kalau mama aku, jgn harap le. Selagi tak baik betul, selagi tu lah berpantang kot.

Dah 2 hari tak jumpa MNI. Rindu seyh. Dah lama tak merasa dok bejauhan ni. Dulu masa long distance marriage jiwa mmg kental lah. But now dah tak kental dah. Bukan aku sorang je yg rindu tau, ni haa si kecik Aryan ni pun sama. Tido siap peluk baju deddi dia. Mmg aku tak cuci baju tu sebab tau nanti Aryan rindu bau deddi dia. Walhal rebut baju tu ngan mommy dia. Tsk..tsk..


Ya Allah, semoga cepatlah sembuh chicken pox ini. And baby sentiasa dalam keadaan sihat dan selamat. Amin ya Rabb.

No comments: