Pejam celik pejam celik sudah masuk the 3rd week aku cuti tanpa gaji. Ya Allah I am so blessed having this opportunity to actually 'live' with the kids. Selalunya sehari dalam 3 hours sahaja dapat bermain dengan diorang, 6 hours tidur dengan diorang. Weekend sahaja baru dapat mengadap depa betul-betul. Itu pun kalau aku tak gatal nak pegi spa ke or konon me-time.
The past 2 weeks had been hectic I tell ya. MasyaAllah memang besar ujian Allah untuk keluarga kami. But MNI selalu ingatkan aku, kalau Allah nak bagi sesuatu kebaikan untuk kita, Dia akan timpakan musibah kepada kita. Kalau kita insaf diri dan perbaiki kekurangan diri, pasti kebaikan demi kebaikan yang kita akan terima selepas ini, Insha Allah. Amin Ya Rabb.
My routine had totally changed. Ingatkan bila tak kerja boleh lah bangun pukul 10. Haha in your dream. Morning starts as early as 6am. Sama je macam pergi kerja. Kena mandi semua siap pagi-pagi before the kids wake up. Kalau tak, merasa la badan belengas kol 11 kang baru dapat mandi ;p
Lepas mandi siap segala, layan Khalif mandikan dia yada..yada..yada.. Sebab Aryan bangun lambat around 830am. Lepas dia bangun, baru kita bergegas pegi beli breakfast. Haha tak buat breakfast ya, sebab pepagi berperang jugaj dengan Khalif susah nak buat kerja. Kalau aku ada, memang bebudak 2 orang ni pandang bibik seblah mata pun tak. Semua nak begayut kat mommy. Lagipun Aryan ni, kalau kata dia today nak makan lontong, maka lontong lah. He is very particular pasal breakfast, So daripada aku penat masak nasi lemak, sekali dia nak makan roti canai pulak. baik aku angkut dia pegi beli makan siap.
Lepas breakfast layan budak 2 orang t tengok kartun. Hekhek. Pukul 11 pagi mula berperang di dapur masak lunch. Kena masak cepat dik non sebab Aryan kol 12pm dia dah minta nasik.
Makan solat bagai tup tup dah pukul 2pm. Siap-siap tidurkan the kids. Dengan maknya selalu membuta sampai pukul 330-4pm macam tu. Banguna tidur berperang pulak siapkan tea time.
Lepas tea time dalam pukul 530, sila beperang lagi skali masak untuk dinner pulak. Ya aku amsak 2 kali sehari ya, sebab MNI dia suka masakan panas-panas. So tengahri aku masak simple simple je utk anak-anak, diri sendiri and bibik, malam baru kita masak fancy sikit kekdahnya.
Tengah masak nanti dengarlah 'semekomm'.. Uuuuhh lega. Lakiku dah balik. Boleh dia take turn pulak layan the kids. Hekhek. Siapkan air minum ptg utk laki (wah mithalis sgt bunyik dia khen), pastu mandikan bebudak siap-siap solat maghrib.
Lepas tu dinner. Then solat isya. Pastu masuk sarang - tido! Hoih. Bliss gila hidup macam ni.
Boleh la kata bliss sebab literally kerja aku kat rumah jaga anak and masak sahaja. Kerja rumah lain semua bibik yang buat. Aku masak pun, sememangnya memasak sahaja. Preparation potong bawang blend hapa segala, aku taichi bibik. Basuh kuali lap dapur semua bibik. Sebab tu aku rajin masak. hek hek.
Apa pun, i cant imagine other SAHM yang maidless. Wa salute korang habes! Taking care of the kids is a huge job. Membuat kerja rumah lain is another big job. Mungkin orang yg boleh hidup mata tak semak sangat tengok lantai berhabuk, or toilet tak berkilat, then tak sakit otak sgt memikir. Macam aku, mata cepat sakit tengok benda tak teratur. Pasti aku asyik nak mengemas, pastu penat, pastu sakit hati sebab penat, pastu membebel, pastu marah anak. Hoih apa pun tak boleh. So lebih baik aku dok diam-diam jaga anak, kerja rumah bibik bereskan.
Ok sekian, Nak pegi buat cekodok pisang pulak. Looking at Aryan's condition and his progress, nampak gaya macam kena sambung cuti lagi. Tapi tak email boss lagi. Takut pun ada (Ko dah knapa?), Apela perception dia kat aku nanti. Tengokla next week macam mana, baru bgth ke. Aku nak ensure Aryan dah btul-btul sihat and dah boleh pergi school baru aku rasa comfortable utk start working. Im pretty sure all mommies out there if you are in my shoes pun, you will do the same.
Toodles !
Hello After Two and a Half Years!
4 years ago
1 comment:
mcm mana aryan boleh kena tu? sbb mandi manda kat bayou ke?
oh take care dear
Post a Comment