Sunday, September 11, 2016

Travelling dalam tempoh fasa penyusuan

Blog bersawang. Tolong!
Huuuu. Ni Kak Erin copy apa yang di share kat FB ye. Supaya blog di tak hidup segan mati tak mahu :)
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kak Erin sangat kagum tau, tengok mommy usung bag susu ke hulu ke hilir. Eh eh bukan handbag untuk bergaya tau.

Been there done that. Itu satu kegigihan tak berbelah bagi. Bertabahlah at least 2 tahun mommy inshaAllah.

Kak Erin dulu, bukan setakat bag susu, coleman ada roda tu Kak Erin hangkut utara selatan timur barat kalau travel. Orang mesti tanya kau nak bawa balik ikan, udang dan lobster ke. Nasiblah labooo.
Some tips untuk mommy yang travelling without baby yang masih dalam duration penyusuan :

1) Avoid bertukar tempat tinggal semasa travelling. Senang nak kawtim dengan hotel/accomodation tumpang chiller dan freezer dia.

2) Guna Techni Ice. Sila google kalau tak berapa familiar. Ini untuk jimat ruang. Dia ialah sheet nipis asal usul nya. Bila rendam taadaa jadi gebu, kita campak freezer jadi ice lah dia.

3) Schedule bebetul travelling time. Asingkan portion mana nak freeze, portion mana nak chill sahaja. Depending berapa lama duration travelling days kita. Ni panjang lebar kupasan dia. Kang start kang, lusa baru habis cerita.

4) Bawaklah kit lain macam marker, selotep besar, extra towels (or boleh guna baju sendiri). Senang nak packing bawak pulang stok berlian berharga kita.

5) Mesti cerewet dalam usaha memilih flight time. Tak boleh aci redah je. Sometimes kena berkorban pilih tiket agak mahal untuk dapatkan masa sesuai. Supaya stok susu selamat diterbangkan.

Ni gambar trobek. Ninja kecik umur dah 2 tahun setengah. So dah 6 bulan lah handbag medela dan coleman berehat.
Tak tau lah kot tahun depan boleh charge battery medela semula. Ehhhh.




No comments: