Sunday, February 10, 2019

MISSING MOI BLOG

Windu menulis.
Windu rumbling.

Soon kita come back okeh. 


Wednesday, October 18, 2017

HYPNOBIRTH STORY OF RAEF ARYAN

Not an easy move untuk tulis birth story semasa dalam pantang ni. Type sikit baby eekk. Type the next perenggan baby iiikkk.

Tapi Kak Erin memang simpan semua memori dan cerita pengalaman besalin. So here you go.

By the way, hypnobirthing is a fancy name. Salah satu cara untuk dapatkan gentle birthing. Takde benda pelik bin ajaib pun. Just guna 4 teknik – relaxation, breathing, visualisation dan deep relaxation.


>> Ahad - 1 October 2017 <<
Dari start masuk trimester ketiga, I always pray that baby will come out on the 2nd of October. Simply because ada banyak perancangan nak dijalankan start pertengahan bulan November.

Taknaklah tertinggal keretapi pulak kan. So hari Ahad tu dah cakap pada Encik Suami, InshaAllah mesti bersallin esok ni. Walhal EDD ialah on 11 October.
Hari Ahad tu jugak, Encik Suami dah janji dengan Kay nak datang Brew & Stone Café makan Musang King ice cream. Dia lah hantu durian, Kak Erin tak sangat.

But seriously yang tak hantu durian pun boleh meleleh pekena Musang King ice cream tu. Setepek Musang King atas ice cream hokey.
Lepas makan ice cream, balik lah rumah dengan hati gembira. Perut kenyang hati senang.

Malam lepas tidurkan Ninjas, I went to bed. Pukul 2 pagi terjaga sebab ada makhluk merangkak naik katil mommy. Ninja kecik, memang kerja dia selalu merayap masuk bilik mommy memalam. So Kak Erin bangun dan popok dia masuk bilik dia semula.
Masa tu rasa perut memulas. Not the toilet call because it was different. Tak terasa pun itu contractions. Every time it came, Kak Erin just control breathing and slowly visualise.

Sampai pukul 330 pagi, eh makin rancak pulak pulasan itu. Haha. So I knew it was time to time the contractions. Baru tehegeh download Apps untuk time the contractions.

For about 2 hours, surges datang every 30 mins, down to 20 mins and 15 mins.
Alhamdulillah. Kak Erin managed to feel painless, dengan breathing, visualisation and relaxation. Of course with a lot of zikr and doa.


>> Isnin – 2 October 2017 <<

Kejut En Suami untuk Subuh. Dan bagitahu dia dah masa pergi hospital ni. Lagi lah hari Isnin, nak beat the traffic from Nilai to Pantai Hospital KL is no joke!
Sampai PHKL dalam pukul 8 pagi dan terus check in labor room.

The best part was Dr Idora my Obgyn was on holiday. Ahhaa. Matilamak bisik hati kecil. Bergantung pada doctor yang on call untuk accommodate my birth preference.
To those yang nak bersalin gentle birth di PHKL, ada 2 doktor yang their practise can accommodate your request. Dr Idora and Dr Paul.

Masa Kak Erin dalam labor room tu, nurse bagitahu Doctor on call ialah Dr Suraya and Dr Paul. Based on my birth preference, nurse suggested amik Dr Paul.
Tapi Encik Suami requested for Dr Suraya. Dia kata kita doa Dr Suraya pun akan respect and follow our preference. And Alhamdulillah, bila nurse informed Dr Suraya and passed our birth preference, she was happy to accommodate.

Macam yang Kak Erin pernah share, when you opt for gentle birth, habiskan banyak masa terawal di tempat yang within our comfort and control. Which is kat rumah lah.
Sebab environment sangat memberi kesan kepada hormon kita. Bila dah kat labor room tu, banyak lah perkara yang akan distract kita.
Masa check in labor room, I was 5 cm dilated. Nurse buat 1 VE with my permission. During 1st stage labor Kak Erin bernafas ikut fasa dia. Masa surge datang never ever lawan surge tu.

Ride the wave, relax the muscle make sure the whole body totally lembik. Lembik ni meaning kita tak lawan badan sendiri. Muka pun no kerut-kerut. Shoulder pun lembikkan. Until kita boleh achieve deep relaxation state.
Do a lot visualisation – blue ribbon, rose buds haa semua ni kena gi belajar lah tau. And Kak Erin deep inhale Narinar FT most of the time to ease relaxation.

Encik Suami sangat berjaya menjadi birth companion yang ohsem. Thank you for the light massage. It helped a lot producing oxytocin.
Oh ye, dia jugak yang banyak tanya nurse nak dim the light, temperature bagi tinggi sikit and pasang ayat Quran.

Tengah layan surges, I felt a big rush came out. Oh ya there you go. Air ketuban pecah. I knew baby is coming and immediately turned to my birth position.
I chose kneeling because it was the most comfortable position. Nurse and doctor were fully aware on the position yang Kak Erin requested.

Tak sampai 2 minit lepas tu, automatically my body told me to take deep breath and breathe out the baby. Again visualise the J-path, the first breathe the head was out. The second breathe shoulder was out. Then baby slide out smoothly at 9 AM. Alhamdulillah.
Nurse terus letak baby on my chest for skin to skin. Let the vernix absorbed. Encik Suami cut the cord after 15 mins once it stopped pulsating.

Alhamdulillah Kak Erin rasa so segar bugar, baby was alert and we were left for 3.5 hours in the labor room for bonding.
Syukur Alhamdulillah for a smooth and safe delivery. 1 hour in labor room before delivery. No drugs, 1 VE and no medical interventions. Kak Erin was fully in control of my own body. A wonderful hypnobirth Alhamdulillah.

Okeh itu saja memori terindah yang Kak Erin nak share.  

Happy birth-ing!






Wednesday, September 27, 2017

MENGHITUNG HARI

Yuuuhuuu. Nasib baik tak terlupa password blog ni. Eh.

Ni baru dapat bernafas sikit because dah start maternity leave. It;s my 38th week of pregnancy already, but baby still shy shy cat to keluar. Compared to 2 Aryans previously, 1 was out at 36 week. Aryan kecik was out on 37 week.

Kali ini mungkin dia nak lepak lama sikit. Bagi mommy rasa how penguin can it be towards the end of 40 weeks. Gila lah nak angkat badan sendiri pusing time tido pun rasa macam bulldozer.

And my body request for a break dah ni. Dari awal pregnancy sampai minggu lepas, life has been so hectic. But Alhamdulillah badan boleh cope very well. Cuma ni dah mintak rehat kot. Nafas pun rasa semput ahha.

And gynae is currently out from Malaysia for vacation. Hadui lah kalau deliver this week, tak dapek lah dengan Dr Idora yg suwit itu. As usual dah submit birth preference, dah discuss and agree with her. Dia kata kalau katakan dengan doctor lain pun, InshaAllah they will support my request for gentle birthing.

Work in office dah mula busy kekononnya. Sebab appraisal period is coming soon. Tapi sebab I'll be on maternuty leave sampai January 2018, discuss dan submit ala-ala gitu saja.

Bisnes pulak sangat menyeronokkan. Narinar celebrated our first anniversary on 8th September. Alhamdulillah for the first year of survival. Seriously bukan senang buat semua benda ni. Kalau ikut keringat, memang dah lama stop. Tapi bila fikirkan semangat dan the big reason why I started, it keep me going. And bila most of the operations dah boleh auto-pilot, rasa lega yakmatt Tuhan saje yang tahu.

Okeh now tengah busy practising for my delivery - breathing, relaxation, visualization & deep relaxation. Doakan for a safe and smooth delivery. Yang penting baby & mommy sihat dan selamat. Aminn.

Monday, June 12, 2017

NARINAR FLUTHERAPY

DILANCARKAN sejak Mei tahun lalu, terapi selesema bayi, Narinar Flutherapy berjaya terjual melebihi 2,000 unit sebulan.

Menyasarkan lebih ramai wakil jualan pada tahun ini, Narinar Group Sdn Bhd, yakin jualan produk tersebut meningkat tiga kali ganda.

Diterajui pasangan suami isteri, Shazren Shah, 33, dan Nawawi Ibrahim, 34, bersama sahabat mereka, Mohd Najib Bakar, 34, nyata percaturan tiga usahawan ini memperkenalkan terapi selesema bayi pertama di Malaysia, mendapat sambutan baik di kalangan orang ramai terutama ibu bapa yang sering berdepan masalah kesihatan anak.

Menurut Shazren yang juga ibu kepada dua cahaya mata, ilham menghasilkan produk tersebut tercetus dari pengalamannya menguruskan anak kecil yang sering mengalami selesema dan batuk.

Walaupun dikategorikan sebagai penyakit ringan, namun ia tetap ganggu keselesaan anak. Malah jika tidak dirawat ia boleh membawa penyakit lebih serius seperti bronkitis dan radang paru-paru.


“Ketika itu saya cuba guna pelbagai rawatan termasuk kaedah alternatif menerusi minyak pati. Alhamdulillah, saya nampak perubahannya dan terlintas di fikiran saya untuk berkongsi kebaikan tersebut bersama ibu bapa lain.

“Sejak itu saya mula menambah ilmu dan menjalankan kajian mengenai minyak pati tumbuhan serta bunga-bungaan dan bekerjasama dengan beberapa pakar dan penyelidik Bioteknologi dari Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi dapatkan formula terbaik,” katanya.


Shazren berkata, Narinar Flutherapy diperbuat daripada 100 peratus bahan semula jadi dengan gabungan minyak pati asli seperti lavender, lemon dan pudina yang berfungsi membantu serta melegakan masalah pernafasan.

Lebih istimewa, Narinar Flutherapy mengandungi pati gam Arab (Boswellia Carteri) yang eksotik serta mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan.

Sementara itu, Nawawi berkata, Narinar Flutherapy telah jalani dan melepasi tiga siri ujian makmal bersama Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim), memastikan tahap keselamatannya.

Malah produk di bawah kategori Narinar aromaterapi tersebut turut mendapat kelulusan Notifikasi Kementerian Kesihatan Malaysia.


“Penggunaannya adalah berserta dengan cara terapi urutan yang betul dan kami akan membimbing pelanggan menerusi nota kecil panduan cara guna serta video khas yang akan di beri akses untuk di muat turun secara atas talian dengan setiap pembelian. Hanya titiskan Narinar Flutherapy di tapak kaki, dada dan belakang dengan teknik urutan rama-rama dan titik-titik refleksologi, ulang setiap 15 hingga 30 minit sehinggalah selesema atau batuk berkurang.

“Dengan isian 10ml, Narinar Flutherapy mampu bertahan sehingga sebulan dan bergantung kepada kekerapan penggunaan. Produk ini bernilai RM70 tetapi kini hanya RM59 untuk pengenalan,” katanya yang bermula dengan modal RM600.

Selain pasaran tempatan, Nawawi berkata, Narinar Flutherapy, sudah menembusi pasaran luar seperti Singapura, Brunei, Hong Kong dan Filipina.

Syarikat kini dalam usaha meluaskan lagi pasaran ke peringkat antarabangsa dan merancang untuk menubuhkan Family Theraphy Centre bagi memudahkan orang ramai terutama ibu bapa mendapatkan manfaat Narinar Flutherapy.


Tawar percutian kapal ke Turki

Menggunakan platform online sepenuhnya, Narinar Group, giat mempromosikan Narinar Flutherapy menerusi kempen Terapi Selesema Bayi bagi membantu ibu bapa menangani masalah tersebut.

Selain itu, pelbagai ganjaran ditawarkan kepada wakil jualan Narinar Flutherapy sebagai usaha penghargaan.

Selaku Pengarah Pemasarannya, Mohd Najib berkata, seramai 40 rakan niaga yang merupakan dropshipper atau digelar FTwarriors dipilih untuk menikmati percutian di atas kapal persiaran mewah selama tiga hari dua malam ke Langkawi-Krabi, baru-baru ini.

Meneruskan ganjaran tersebut, Mohd Najib berkata, kali ini, syarikat memilih Istanbul-Turki sebagai destinasi percutian mewah kepada FTwarriors yang berjaya mencapai sasaran jualan seterusnya.


“Program ini bukan hanya percutian semata-mata, tetapi juga sebagai berpeluang berkongsi ilmu perniagaan dan pemasaran kerana kami turut membawa ikon-ikon perniagaan tersohor,” katanya.

Mengulas mengenai FT Warriors, Mohd Najib berkata, program dropship yang diperkenalkan itu tidak memerlukan sebarang modal perniagaan dan sedia membantu orang ramai menambah pendapatan bersama Narinar Flutherapy.

“Kami tidak hanya membuka peluang perniagaan, tetapi juga menyediakan latihan dan bimbingan kepada FTwarriors,” katanya.

Dalam pada itu, Narinar Group turut menawarkan promosi khas sempena Ramadan dan Syawal, dengan pemberian ‘Papan Cinta’ bagi setiap pembelian tiga botol Narinar Flutherapy pada harga RM159.

Juga kempen Duit Raya Narinar yang menawarkan cabutan bertuah sebanyak RM2,000 menerusi 10,000 sampul raya. Kempen ini terbuka kepada semua.

Layari laman web www.terapiselsemabayi.com/duitraya dan Facebook di www.facebook.com/flutherapyofficial untuk maklumat lanjut.




                   

Sunday, June 11, 2017

HADIAH RAMADAN

Salam Ramadan semua .

Tak menyempat nak story mory Ramadan tahun ni. Tup tup dah habis separauh Ramadan kan.

Isnin ni anak-anak dah mula bersekolah. Kepada yang nak jemput anak-anak pulang dari kampung pada hujung minggu ni, Kak Erin nak cadangkan 3 hadiah istimewa yang boleh uols bagi pada keluarga di kampung yang dah berhempas pulas menjaga anak-anak  sejak 2 minggu lalu. Kalau tinggalkan diorang kat kampung lah kan.


1. Buka puasa special
Indahkan kalau kita dapat penuhi keinginan orang yang kita sayang. Lagi-lagi orang tua kita sendiri, adik -beradik yang sama-sama membesar dengan kita. Kita tahu dah makanan apa yang mereka suka.
Apa kata mommies singgah di baazar dan belikan satu dua makanan yang mereka suka. Lagi baik mommies luang sedikit masa untuk masakkan makanan kegemaran mereka.
Kata orang air tangan tu lah pengikat kasih sejati. Setuju?


2. Baju raya untuk mak
Masa kita membesar dulukan tiap kali raya mesti kita ada baju baru. Kalau tak de mesti kita akan memberontak mengilai-ngilai di pagi raya.
Tapi ingat tak, masa itu kan baju mak kita baju baru ke? Baju melayu ayah dah berapa tahun guna?
So bolehlah ringan-ringankan tangan belikan baju baru untuk mak. Tak semestinya nak baju baru lip lap lip lap. Baju tidur mak kita, baju di rumah mak kita macam mana?
Semuanye dah lusuh kan. Belikan la walau 1 baju baru yang selesa mak pakai di rumah bagi menyambut tetamu atau ketika beliau bersama Tuhannya di sepertiga akhir malam.


3. Duit Ramadhan
Asik duit raya je kan, duit Ramadhan ada tak? Sedangkan bulan Ramadhan nilah Rasulullah ajar sedekah lebih banyak dari bulan-bulan yang lain.
Jadi mommies bagilah lebih banyak dari biasa kepada mak kita supaya diorang yang teringin nak bersedekah tu dapat juga pahala sedekah di bulan Ramadhan ni.

Okeh till next update. Daaa!





Saturday, June 10, 2017

GALAK ANAK MINUM AIR MASAK

Geram tak kalau anak susah minum air masak?

Kak Erin geram sangat! Walaupun pada hakikatnya diri sendiri paling nyampah air masak. Patut aii susah nak detox dan kurus 😂

Tapi lain benar dengan Ninjas. Dua-dua Ninja peminum air masak tegar. Bagus kau nak.

Meh Kak Erin share tips bagi anak tergila-gilakan air masak.

1 >> Elakkan perkenal air macam-macam kaler dari awal usia. Sebab once tekak dia dah rasa air manis masam sedap semua, konfem dia rasa air masak tu yuksss hambarrr gitu. Bab ni Kak Erin memang sangat strict. Kata ada pengawas makanan kat rumah tu kan. Kah.
.
2 >> Sediakan botol air yang cantik menarik memang D' bomb untuk anak. Memang khas untuk dia dan sentiasa ada kat tempat yang dia mudah nampak. Dedulu Ninja besar guna botol air otomen, transformers dan batman. Tapi sekarang guna yang plain saja. Dah bujang katanya.
.
3 >> Guna botol yang ada straw. Bukan yang hirup guk guk guk itu. Mengikut kajian cuba jaya Kak Erin, guna straw lagi mudah nak minum air masak yang tak berapa sedap itu. Seolah-olah kita tak perasan pun minum air masak.
.
4 >> Walk the talk. Ni untuk mommy deddi lah. Ehemm. Kena batang hidung sendiri. Kah. Tunjukkan contoh yang baik untuk anak follow. Ni suruh anak minum air masak, dia sendiri minum air gas depan anak. Apa kes?
.
5 >> Sesekali boleh offer air manis sikit-sikit. Go for low sugar atau juice yang no added sugar. Ni semua masih tinggi kandungan gula tau. Kata je low kekononnya. But point dia nak kata, sekali sekala tu takpelah. Paling win blend lah fruit juice kat rumah tu. Blender buah cecantik buat perhiasan buat apa kan?
Ok selamat mencuba. Kak Erin pun tengah practise and belajar dari anak sendiri. Kehkeh.










Monday, March 6, 2017

BAYI SELSEMA LAMA


USAH BIARKAN BAYI ANDA SELSEMA LAMA
Selesema dan batuk antara penyakit yang kerap dihidapi bayi berikutan faktor cuaca, jangkitan di pusat penjagaan, persekitaran tidak sihat serta disebabkan ketahanan imun tubuh si kecil yang masih rendah.
Walaupun selesema dan batuk dikategorikan sebagai penyakit ringan, ia bukan alasan ibu bapa bersikap sambil lewa, terutama membabitkan bayi yang masih kecil. Ini kerana selesema ringan yang diabaikan boleh mengganggu keselesaan anak dan berisiko membawa penyakit lebih serius seperti bronkitis dan radang paru-paru atau pneumonia.
.
Dari sudut perubatan, selesema dikatakan mudah terjadi disebabkan jangkitan virus pada saluran pernafasan bahagian atas, manakala batuk berlaku hasil tindak balas tubuh untuk membantu mengeluarkan kahak dari saluran pernafasan.
.
Di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak lagi membenarkan penggunaan ubat batuk dan selesema bagi kanak-kanak di bawah umur dua tahun sejak 2007. Manakala Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA) di Amerika Syarikat pula menggandakan larangan dengan menambah saranan supaya kanak-kanak di bawah umur enam tahun tidak digalakkan diberi ubat batuk dan selesema.
.
Ini disebabkan banyak kajian membuktikan ubat batuk dan selesema tidak berkesan untuk mengubat gejala penyakit berkenaan bagi kanak-kanak, sebaliknya membawa kesan sampingan yang lebih buruk.
.
Menyedari masalah itu, NARINAR Group Sdn Bhd memperkenalkan produk terapi selesema bayi untuk membantu mengurangkan simptom selesema dan batuk, sekali gus memberi keselesaan berpanjangan untuk si manja.
.
Produk NARINAR FLUtherapy tidak perlu diambil secara oral, sebaliknya dititis ke tapak tangan untuk urutan tapak kaki bayi, dada, bahagian belakang tubuh serta perut.
.
Menurut pengasasnya, Shazren Shah, minyak aromaterapi berkenaan dihasilkan daripada pati tumbuhan eksotik dan dirumus secara khusus untuk bayi berusia dua tahun ke bawah.
.
“Produk ini diperbuat daripada minyak pati asli lavender, lemon dan pudina. Lebih istimewa ia turut mengandungi gam arab atau Boswellia carteri yang mempunyai banyak kebaikan kepada kesihatan.
.
“Semua bahan yang terkandung dalam minyak aromaterapi ini 100 peratus semula jadi dan bebas bahan kimia. Kami gunakan minyak zaitun asli sebagai minyak asas supaya ia mudah menyerap pada kulit dan selamat digunakan untuk semua peringkat usia,” katanya.
.
Jelasnya, pati minyak bunga eksotik lavender dipilih dalam ramuan produk kerana bersifat antibakteria dan antiinflamasi yang tinggi. Malah, ia juga bagus untuk membantu melegakan saluran pernafasan yang bengkak akibat selesema, batuk berpanjangan dan bertindak sebagai penenang tubuh dan minda.
.
“Minyak dengan aroma menyegarkan pudina mempunyai keistimewaan dalam membantu melegakan masalah pernafasan bayi. Jadi, tidak hairan minyak pudina popular dalam kebanyakan produk merawat selesema. Ia juga penyelesaian yang baik untuk masalah kembung yang lazimnya berlaku pada bayi.
.
“Pati lemon pula bersifat antivirus dan sudah terkenal dengan kebolehannya melawan jangkitan. Paling utama, minyak aromaterapi ini juga mengandungi gam arab iaitu tumbuhan yang mampu meningkatkan daya imun tubuh serta berfungsi membantu melonggarkan kahak bayi,” katanya.
.
Bagaimanapun kata Shazren, keberkesanan produk terapi selesema ini bergantung kepada kaedah penggunaan yang betul. Atas faktor itu, pihaknya tidak memberi fokus kepada pemasaran di kios mahupun kedai jamu, sebaliknya melantik wakil perunding untuk memberi khidmat nasihat mengenai penggunaan produk.
.
“Memandangkan ia diperbuat daripada bahan semula jadi, minyak aromaterapi ini perlu disapu setiap 15 hingga 30 minit di titik tertentu yang berkait dengan masalah selesema dan batuk berpanjangan. Bagi tujuan mencegah pula, minyak ini hanya perlu digunakan dua kali sehari. Ini pentingnya sesi rundingan kerana perunding akan memberi penerangan mengenai kaedah penggunaan yang tepat bagi mendapat hasil optimum,” katanya.
.
Jelas Shazren, pengguna juga tidak perlu risau mengenai tahap keselamatan kerana minyak ini sudah melalui tiga siri ujian SIRIM iaitu ujian logam terlarang, mikroorganisma dan iritasi kulit, yang mengesahkan ia bebas logam berat dan mikroorganisma berbahaya serta mesra kulit.
.
“Lebih menarik, walaupun minyak aromaterapi ini khusus untuk melegakan selesema, ia juga berupaya menenangkan bayi pada saat kembung perut, tidak selesa atau sukar tidur nyenyak.
.
“Banyak teknik urutan khas yang boleh diamalkan. Secara tidak langsung ia mengeratkan lagi hubungan antara ibu bapa dan bayi,” katanya.

Boleh tekan link ni terus whatsapp Kak Erin untuk kongsikan tips terapi ni ya. https://tinyurl.com/h638epe