Showing posts with label Narinar. Show all posts
Showing posts with label Narinar. Show all posts

Monday, June 12, 2017

NARINAR FLUTHERAPY

DILANCARKAN sejak Mei tahun lalu, terapi selesema bayi, Narinar Flutherapy berjaya terjual melebihi 2,000 unit sebulan.

Menyasarkan lebih ramai wakil jualan pada tahun ini, Narinar Group Sdn Bhd, yakin jualan produk tersebut meningkat tiga kali ganda.

Diterajui pasangan suami isteri, Shazren Shah, 33, dan Nawawi Ibrahim, 34, bersama sahabat mereka, Mohd Najib Bakar, 34, nyata percaturan tiga usahawan ini memperkenalkan terapi selesema bayi pertama di Malaysia, mendapat sambutan baik di kalangan orang ramai terutama ibu bapa yang sering berdepan masalah kesihatan anak.

Menurut Shazren yang juga ibu kepada dua cahaya mata, ilham menghasilkan produk tersebut tercetus dari pengalamannya menguruskan anak kecil yang sering mengalami selesema dan batuk.

Walaupun dikategorikan sebagai penyakit ringan, namun ia tetap ganggu keselesaan anak. Malah jika tidak dirawat ia boleh membawa penyakit lebih serius seperti bronkitis dan radang paru-paru.


“Ketika itu saya cuba guna pelbagai rawatan termasuk kaedah alternatif menerusi minyak pati. Alhamdulillah, saya nampak perubahannya dan terlintas di fikiran saya untuk berkongsi kebaikan tersebut bersama ibu bapa lain.

“Sejak itu saya mula menambah ilmu dan menjalankan kajian mengenai minyak pati tumbuhan serta bunga-bungaan dan bekerjasama dengan beberapa pakar dan penyelidik Bioteknologi dari Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi dapatkan formula terbaik,” katanya.


Shazren berkata, Narinar Flutherapy diperbuat daripada 100 peratus bahan semula jadi dengan gabungan minyak pati asli seperti lavender, lemon dan pudina yang berfungsi membantu serta melegakan masalah pernafasan.

Lebih istimewa, Narinar Flutherapy mengandungi pati gam Arab (Boswellia Carteri) yang eksotik serta mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan.

Sementara itu, Nawawi berkata, Narinar Flutherapy telah jalani dan melepasi tiga siri ujian makmal bersama Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim), memastikan tahap keselamatannya.

Malah produk di bawah kategori Narinar aromaterapi tersebut turut mendapat kelulusan Notifikasi Kementerian Kesihatan Malaysia.


“Penggunaannya adalah berserta dengan cara terapi urutan yang betul dan kami akan membimbing pelanggan menerusi nota kecil panduan cara guna serta video khas yang akan di beri akses untuk di muat turun secara atas talian dengan setiap pembelian. Hanya titiskan Narinar Flutherapy di tapak kaki, dada dan belakang dengan teknik urutan rama-rama dan titik-titik refleksologi, ulang setiap 15 hingga 30 minit sehinggalah selesema atau batuk berkurang.

“Dengan isian 10ml, Narinar Flutherapy mampu bertahan sehingga sebulan dan bergantung kepada kekerapan penggunaan. Produk ini bernilai RM70 tetapi kini hanya RM59 untuk pengenalan,” katanya yang bermula dengan modal RM600.

Selain pasaran tempatan, Nawawi berkata, Narinar Flutherapy, sudah menembusi pasaran luar seperti Singapura, Brunei, Hong Kong dan Filipina.

Syarikat kini dalam usaha meluaskan lagi pasaran ke peringkat antarabangsa dan merancang untuk menubuhkan Family Theraphy Centre bagi memudahkan orang ramai terutama ibu bapa mendapatkan manfaat Narinar Flutherapy.


Tawar percutian kapal ke Turki

Menggunakan platform online sepenuhnya, Narinar Group, giat mempromosikan Narinar Flutherapy menerusi kempen Terapi Selesema Bayi bagi membantu ibu bapa menangani masalah tersebut.

Selain itu, pelbagai ganjaran ditawarkan kepada wakil jualan Narinar Flutherapy sebagai usaha penghargaan.

Selaku Pengarah Pemasarannya, Mohd Najib berkata, seramai 40 rakan niaga yang merupakan dropshipper atau digelar FTwarriors dipilih untuk menikmati percutian di atas kapal persiaran mewah selama tiga hari dua malam ke Langkawi-Krabi, baru-baru ini.

Meneruskan ganjaran tersebut, Mohd Najib berkata, kali ini, syarikat memilih Istanbul-Turki sebagai destinasi percutian mewah kepada FTwarriors yang berjaya mencapai sasaran jualan seterusnya.


“Program ini bukan hanya percutian semata-mata, tetapi juga sebagai berpeluang berkongsi ilmu perniagaan dan pemasaran kerana kami turut membawa ikon-ikon perniagaan tersohor,” katanya.

Mengulas mengenai FT Warriors, Mohd Najib berkata, program dropship yang diperkenalkan itu tidak memerlukan sebarang modal perniagaan dan sedia membantu orang ramai menambah pendapatan bersama Narinar Flutherapy.

“Kami tidak hanya membuka peluang perniagaan, tetapi juga menyediakan latihan dan bimbingan kepada FTwarriors,” katanya.

Dalam pada itu, Narinar Group turut menawarkan promosi khas sempena Ramadan dan Syawal, dengan pemberian ‘Papan Cinta’ bagi setiap pembelian tiga botol Narinar Flutherapy pada harga RM159.

Juga kempen Duit Raya Narinar yang menawarkan cabutan bertuah sebanyak RM2,000 menerusi 10,000 sampul raya. Kempen ini terbuka kepada semua.

Layari laman web www.terapiselsemabayi.com/duitraya dan Facebook di www.facebook.com/flutherapyofficial untuk maklumat lanjut.




                   

Tuesday, June 14, 2016

Pengalaman sendiri - lumur minyak pada Khalif

Hallo ols!
Sambungan dari previous post, aku cari nahas dengan mewujudkan new baby ni, in colloboration dengan MNI lah of course. MNI ni, dia yang bersemangat gila nak share our experience formulate Nyaman Oil ni dengan orang sekeliling. Sebab dia (dan aku jugaklah) still amaze dengan minyak pati a.k.a essential oils ni. Btw, MNI dah pandai blogging sekarang! Hekhke. Pastu dia guna nama Abg Remy. Haaaahahahahha. Which aku sendiri taktau mana datang nama tu. tiba-tiba nampak kat FB dia.

Maka, dengan kerja senangnya, aku copy je post Abg Remy ni kat sini. On how did we manage the kids masa batuk, selsema and demam, guna Nyaman Oil.

Happy reading ! And selamat berbuka puasa :)

--------------------- xxx -------------------------------


Nie abg Remy nk citer pengalaman abg Remy sendiri smalam. Dah dua kali jadi dlm sebulan nie..

Org ckp pengalaman, telah mendewasakan.... Mematangkan fikiran.... 😁
.
.
.
Nie anak bongsu abg Remy. Namanya si comel Khalif. Smalam ahad bangun pagi dan lepas mandi, tetiba tgk hidung dia meleleh hingus, batuk2 dan badan dah start panas.
.
.
.
Abg pon dgn cepat amik Nyaman Oil dan sapu kt BADAN & TAPAK KAKI setiap 15 MINIT. Sebab tue budak comel nie hanya pakai lampin pakai buang jer.. Sebab senang abg nk sapu minyak kt dia dengan KERAP.. Hehe 😜
.
.
.
Abg nie malas sket nk g kejau dan tangkap dia setiap 15 minit pastu nk bukak baju si comel nie lg.. So solusinya, biarkan saja dia bergumbira mcm iklan lampin pakai buang..
.
.
.
Alhamdulillah, by tengahari si comel nie dah jadi ninja boy semula.. Bleh buat aksi wushu mcm ipman pastu kacau abg dia tgh baca iqra..
.
.
.
Then malam smalam kami sekeluarga boleh pergi berbuka bersama lagi di rumah kawan baik abg Remy yg bawak Uber. Skali dgn kawan2 yg lain..
.
.
.
Skali lagi time nie demam, batuk & selsema si comel nie tak 100% hilang... Masih ada demam sket2 lagi. Sblom turun kereta, abg dh suruh kak erin lumur nyaman oil kt si comel nie.
.
.
.
Hasilnya, skali lg si comel nie jadi ninja boy sambil main lompat2 dgn kawan2 tak sebaya dgn dia..
.
.
.
3 minggu lepas pon time abg sekeluarga balik kampung batu pahat sebab sepupu kawen, si comel Khalif nie kena demam time sampai sana. Time tue semua tgh busy utk majlis kawen nie.. Nasib abg ada bawak Nyaman Oil. Tak yah nk gelabah katak mcm sblom2 nie nk carik pharmacy atau klinik kt kampung nie..
.
.
.
Alhamdulillah, seperti yg di jangka, selepas sejam abg sapu dgn KERAP kt si comel nie, dia dah bertukar jadi ninja boy semula.. Terus lawan dgn ninja-ninja jahat yg lain... Rasa nak menitik air mata abg tgk perubahan nie.. Time nie abg baru2 jer keluarkan Nyaman Oil. Mmg still ada rasa tak confidence lg dgn produk abg nie.. (Selalu buat sket2 jer kt rumah)
.
.
.
So apa yg abg cuba sampaikan dlm posting nie? Certeka.. Certeka.. 😜
.
.
.
Apa yg abg nk cakap, Nyaman Oil nie bukan ubat adik kakak di luar sana... So kesan dia bukan mcm ubat yg skali makan terus boleh rasa/ tgk panas dh takde/ selsema kering/ batuk hilang.
.
.
.
Nyaman Oil nie adalah campuran MINYAK PATI ASLI TUMBUHAN TERPILIH yg membantu badan kita utk seimbang kembali nutrisi dlm badan. Jadi selepas tue process penyembuhan tue boleh berlaku SENDIRI dgn badan yg akan lawan penyakit tue.
.
.
.
Jadi apa key wordnya? Keyword nya kena lah usaha sikit utk SAPU LEBIH KERAP kalau anak kita dah start sakit/ ada symptom2 jangkitan dan yg paling penting SAPU DI TAPAK KAKI jgn tinggal. Sebab kt situlah ada point2 yg nk bawak kebaikan minyak pati nie ke dalam badan kita.
.
.
.
Inilah kebaikan minyak pati asli semula jadi yg abg cuba sampaikan kt korang luar sana. Kelebihan minyak pati nie, inshaAllah utk symptom2 ringan, selepas sapu, si comel kita takde kesan/ effect seperti ngantuk, lemah badan, longlai,dll. Malah selepas sapu, inshaAllah dia akan bg energy seperti normal kt si comel kita walaupun symptom2 tue still ada lagi sket2.. Jadi xde lah kita sedih tgk anak kita terlantar sakit.. X bleh main dgn kawan2/ sepupu sepapat yg lain..
.
.
.
Ok dapat semua? Abg Remy just nk bg tau jer kt korang semua yg hidup nie satu pilihan. Sebenarnya apa yg abg Remy buat nie pon satu pilihan yg ang buat utk share kebaikan semula jadi nie dgn ramai org.
.
.
.
So apa pilihan korang? Pandai-pandai la korang pilih sendiri k.. Abg Remy nk bersedia serang ninja boy nie balik bazar ramadhan nie jap lagi..
.
.
.
Bye bye.. Jumpa di posting yg akan datang..

#nyamanoil
#narinar
#narinarnatural



Budak demam, batuk & selsema tapi boleh  min kacau si abang tgk baca iqra

Comelnya dia demam.....  


Malam pulak time bukak puasa, demam & selsema still ada sket2... Tp dah beraksi jadi ninja boy dgn kawan2 yg lain...  


 Lagi aksi si ninja boy!




Nie time balik kampung Batu Pahat 3 minggu lalu. Sampai kampung si comel nie terus demam. Mungkin demam terkejut dengar kompang kot.. hehe.. Time nie semua org busy sebab tgh kenduri kawen. So abg Remy pon sapu Nyaman Oil nie jer setiap 15 Minit! 




Lepas Sejam, terus si comel nie bertukar jadi ninja boy balik! Habis sepupu semua kena side kick dgn ninja boy nie.. kikikiko