Showing posts with label Bundle of Joy. Show all posts
Showing posts with label Bundle of Joy. Show all posts

Wednesday, October 18, 2017

HYPNOBIRTH STORY OF RAEF ARYAN

Not an easy move untuk tulis birth story semasa dalam pantang ni. Type sikit baby eekk. Type the next perenggan baby iiikkk.

Tapi Kak Erin memang simpan semua memori dan cerita pengalaman besalin. So here you go.

By the way, hypnobirthing is a fancy name. Salah satu cara untuk dapatkan gentle birthing. Takde benda pelik bin ajaib pun. Just guna 4 teknik – relaxation, breathing, visualisation dan deep relaxation.


>> Ahad - 1 October 2017 <<
Dari start masuk trimester ketiga, I always pray that baby will come out on the 2nd of October. Simply because ada banyak perancangan nak dijalankan start pertengahan bulan November.

Taknaklah tertinggal keretapi pulak kan. So hari Ahad tu dah cakap pada Encik Suami, InshaAllah mesti bersallin esok ni. Walhal EDD ialah on 11 October.
Hari Ahad tu jugak, Encik Suami dah janji dengan Kay nak datang Brew & Stone Café makan Musang King ice cream. Dia lah hantu durian, Kak Erin tak sangat.

But seriously yang tak hantu durian pun boleh meleleh pekena Musang King ice cream tu. Setepek Musang King atas ice cream hokey.
Lepas makan ice cream, balik lah rumah dengan hati gembira. Perut kenyang hati senang.

Malam lepas tidurkan Ninjas, I went to bed. Pukul 2 pagi terjaga sebab ada makhluk merangkak naik katil mommy. Ninja kecik, memang kerja dia selalu merayap masuk bilik mommy memalam. So Kak Erin bangun dan popok dia masuk bilik dia semula.
Masa tu rasa perut memulas. Not the toilet call because it was different. Tak terasa pun itu contractions. Every time it came, Kak Erin just control breathing and slowly visualise.

Sampai pukul 330 pagi, eh makin rancak pulak pulasan itu. Haha. So I knew it was time to time the contractions. Baru tehegeh download Apps untuk time the contractions.

For about 2 hours, surges datang every 30 mins, down to 20 mins and 15 mins.
Alhamdulillah. Kak Erin managed to feel painless, dengan breathing, visualisation and relaxation. Of course with a lot of zikr and doa.


>> Isnin – 2 October 2017 <<

Kejut En Suami untuk Subuh. Dan bagitahu dia dah masa pergi hospital ni. Lagi lah hari Isnin, nak beat the traffic from Nilai to Pantai Hospital KL is no joke!
Sampai PHKL dalam pukul 8 pagi dan terus check in labor room.

The best part was Dr Idora my Obgyn was on holiday. Ahhaa. Matilamak bisik hati kecil. Bergantung pada doctor yang on call untuk accommodate my birth preference.
To those yang nak bersalin gentle birth di PHKL, ada 2 doktor yang their practise can accommodate your request. Dr Idora and Dr Paul.

Masa Kak Erin dalam labor room tu, nurse bagitahu Doctor on call ialah Dr Suraya and Dr Paul. Based on my birth preference, nurse suggested amik Dr Paul.
Tapi Encik Suami requested for Dr Suraya. Dia kata kita doa Dr Suraya pun akan respect and follow our preference. And Alhamdulillah, bila nurse informed Dr Suraya and passed our birth preference, she was happy to accommodate.

Macam yang Kak Erin pernah share, when you opt for gentle birth, habiskan banyak masa terawal di tempat yang within our comfort and control. Which is kat rumah lah.
Sebab environment sangat memberi kesan kepada hormon kita. Bila dah kat labor room tu, banyak lah perkara yang akan distract kita.
Masa check in labor room, I was 5 cm dilated. Nurse buat 1 VE with my permission. During 1st stage labor Kak Erin bernafas ikut fasa dia. Masa surge datang never ever lawan surge tu.

Ride the wave, relax the muscle make sure the whole body totally lembik. Lembik ni meaning kita tak lawan badan sendiri. Muka pun no kerut-kerut. Shoulder pun lembikkan. Until kita boleh achieve deep relaxation state.
Do a lot visualisation – blue ribbon, rose buds haa semua ni kena gi belajar lah tau. And Kak Erin deep inhale Narinar FT most of the time to ease relaxation.

Encik Suami sangat berjaya menjadi birth companion yang ohsem. Thank you for the light massage. It helped a lot producing oxytocin.
Oh ye, dia jugak yang banyak tanya nurse nak dim the light, temperature bagi tinggi sikit and pasang ayat Quran.

Tengah layan surges, I felt a big rush came out. Oh ya there you go. Air ketuban pecah. I knew baby is coming and immediately turned to my birth position.
I chose kneeling because it was the most comfortable position. Nurse and doctor were fully aware on the position yang Kak Erin requested.

Tak sampai 2 minit lepas tu, automatically my body told me to take deep breath and breathe out the baby. Again visualise the J-path, the first breathe the head was out. The second breathe shoulder was out. Then baby slide out smoothly at 9 AM. Alhamdulillah.
Nurse terus letak baby on my chest for skin to skin. Let the vernix absorbed. Encik Suami cut the cord after 15 mins once it stopped pulsating.

Alhamdulillah Kak Erin rasa so segar bugar, baby was alert and we were left for 3.5 hours in the labor room for bonding.
Syukur Alhamdulillah for a smooth and safe delivery. 1 hour in labor room before delivery. No drugs, 1 VE and no medical interventions. Kak Erin was fully in control of my own body. A wonderful hypnobirth Alhamdulillah.

Okeh itu saja memori terindah yang Kak Erin nak share.  

Happy birth-ing!






Wednesday, September 27, 2017

MENGHITUNG HARI

Yuuuhuuu. Nasib baik tak terlupa password blog ni. Eh.

Ni baru dapat bernafas sikit because dah start maternity leave. It;s my 38th week of pregnancy already, but baby still shy shy cat to keluar. Compared to 2 Aryans previously, 1 was out at 36 week. Aryan kecik was out on 37 week.

Kali ini mungkin dia nak lepak lama sikit. Bagi mommy rasa how penguin can it be towards the end of 40 weeks. Gila lah nak angkat badan sendiri pusing time tido pun rasa macam bulldozer.

And my body request for a break dah ni. Dari awal pregnancy sampai minggu lepas, life has been so hectic. But Alhamdulillah badan boleh cope very well. Cuma ni dah mintak rehat kot. Nafas pun rasa semput ahha.

And gynae is currently out from Malaysia for vacation. Hadui lah kalau deliver this week, tak dapek lah dengan Dr Idora yg suwit itu. As usual dah submit birth preference, dah discuss and agree with her. Dia kata kalau katakan dengan doctor lain pun, InshaAllah they will support my request for gentle birthing.

Work in office dah mula busy kekononnya. Sebab appraisal period is coming soon. Tapi sebab I'll be on maternuty leave sampai January 2018, discuss dan submit ala-ala gitu saja.

Bisnes pulak sangat menyeronokkan. Narinar celebrated our first anniversary on 8th September. Alhamdulillah for the first year of survival. Seriously bukan senang buat semua benda ni. Kalau ikut keringat, memang dah lama stop. Tapi bila fikirkan semangat dan the big reason why I started, it keep me going. And bila most of the operations dah boleh auto-pilot, rasa lega yakmatt Tuhan saje yang tahu.

Okeh now tengah busy practising for my delivery - breathing, relaxation, visualization & deep relaxation. Doakan for a safe and smooth delivery. Yang penting baby & mommy sihat dan selamat. Aminn.

Sunday, February 23, 2014

Day 7 - Baby botak & nama baby

Alhamdulillah, today is the 7th day baby kami melihat dunia. Dapatlah kitorang buT few perkara sunnah. Rambut dah dicukur botak oleh MNI sendiri and nama pun diberi pada baby :)

Introducing the second caliph in our family.

Khalif Aryan bin Mohd Nawawi.

Yang bermaksud a strong khalifah. Semoga menjadi anak yang soleh dan bakal menjadi pemimpin ummah di masa hadapan. Aminn.

So far confinement adalah masih manageble. Dah berurut 3 hari. Pergh sedap nya rasa sendi urat muscle segala. Berbunyik- bunyik mcm tulang patah time diurut. Ada lagi sehari urut,the nanti penutup after 40 days.

MNI pulak dah balik KL. This part is really hard for me. First sebab aku mmg rindu laki aku. Dah fragile hati tak sekuat dulu kalau berjauhan. Second, aku sampai menangis bila kena handle both Aryans. Abg Aryan still jeles dgn Khalif. Everytime breastfeed Aryan pun nak riba ngan aku. Bila tidokan Khalif, Aryan pun mintak dipopok jugak. Last-last aku yg rasa meroyan ye. Uuuhhhh.

I already got a maid. Alhamdulillah so far ok. Mintak mintak biarlah serasi and terus ok. But Aryan mmg taknak dgn bibik. Semuanya masih mommy & daddy. Aku pun tak harap sgt bibik utk uruskan anak-anak kami. Dia bnyk uruskan kerja kerja rumah. Masak pun masih aku yg buat. Ni dia pun ikut balik johor during my confinement. Tolong2 mama kat rumah sebab mama pun dh tak kuat sgt- sampai nak pitam bengkungkan aku. Huuuu. Tapi nanti start kerja terpaksalah aku merelakan bibik jaga Khalif. Dats y amik dia awal so boleh pantau kerja2 dia dulu before aku start kerja.



Ok. Nak online shopping sementara Khalif tido and Aryan tgh mood baik ni. Theehehe. Chiao.


- Posted using BlogPress from my iPad

Tuesday, December 17, 2013

Potty-train Aryan

Alhamdulillah Aryan dah pampers-less. Siang je lah tapi. Malam still dia terbabas. Agagaga ;p
 
It was quite easy to potty-train him. Maybe sebab faktor umur yang dah nak dekat 3 tahun. I know other mothers anak mereka baru 2 tahun lebih dah potty train anak-anak mereka. Salute y'all. Disebabkan faktor kemalasan aku jugak, tu yang lambat bebenau potty train si bujang tu. Somehow kena jugak make sure dia dah boleh berdikari in terms of benda-benda mcm ni before dapat adik in March 2014 inshaAllah. So kena jugak rajin to train him. Alhamdulillah dimudahkan semuanya..
 
Macam biasa, apa-apa yang nak train anak kita wajib bermula dari rumah. Dont ever harap aunties/teachers at the school to train him. Mereka hanya membantu, yang paling utama, the most important thing is us as parents kena start dulu, make sure the core thing is properly absorbed by the kid, then baru boleh share the responsibility with the teachers. As for Aryan, I started to train him during weekend. Mula-mula just kat rumah je.. And memang memenatkan because I need to ask him at least every 10 mins.
 
Aryan , do you want to shi shi ?
Aryan, nak poo poo tak ?
 
Berulang kali.. And kena ulang alik bawak pegi toilet, walaupun most of the time dia memain je kata nak shi shi & poo poo. So memang tak dapat dok diam kat rumah, keja bawak dia pegi toilet. Pastu Aryan takmo pakai toilet bowl kecik warna-warni yang aku beli, dia nak dok kat original toilet bowl yg besar tu jugak. So kena pegang dia takut bobos plak masuk dalam tu. Haaa.
 
After dah start kat rumah only, then beranikan diri bawak dia keluar jalan-jalan tak pakai pampers. Pergh ini pun dugaan jugak. Dalam keta pulak dia nak shi shi. Takde tempat nak benti, so kena train dia utk tahan shi shi sekejap. So far tak pernah lagi terbabas dalam keta. Haha. And he got the skill to tahan shi shi already. Kehkeh.
 
Dan pada awalnya, kalau nak poo poo dia taknak dok kat toilet bowl. Dia sanggup sakit perut tak poo poo atau nak pakai pampers bila poo poo. But Alhamdulillah, now dia dah faham utk duduk lama sikit kat toilet bowl tu, baru boleh poo poo. I think memula dia pelik knapa poo poo ni tak macam shi shi. Duduk je dan terus menunaikan hajat. So I had to explain to him, poo poo kena take time. Memang lambat sikit, takpe mommy wait for Aryan yada..yada.. yada..
 
And thanks a lot to his aunties at BBIM yang tolong potty train Aryan jugak. Memang pesan kat setiap aunty yang jaga aryan, but I also informed the pengetua branch jugak to ensure takde aunties yang tertinggal. Aku risau if Aryan cakap nak shi shi, nak poo poo kang diorang yang tak faham budak tu nak apa sebenarnya. Huuuu.
 
 
 
Rasa dah besar sangat abg Aryan ni. Sometime aku sendiri tak perasan dia membesar dengan begitu cepat sekali. Macam baru je semalam melahirkan dia.
 
Fresh from oven :)
 

At 4 months old. Monteloo sangat kan !

At 6 months old ! His first ever solid food.

At 2.5 years old. Suka sgt kasut kuning dia tu.

At 2.9 years old. Dah boleh teman mommy gi makan when daddy is not around.

His 2013 class photo. Pose wajib mesti ada. Khehekhek.


I love you son. With all my heart :)

Thursday, October 3, 2013

Sawan demam (Febrile Fits)

When something unexpected happens to Aryan, of course aku macam nak hilang nyawa je rasa. It happened last weekend when for the first time Aryan kena sawan demam or Febrile Fits. Nauzubullah minta dijauhkan lagi dari terkena sebab aku rasa serik sangat.

On Friday tu, when I we fetched him from school I could feel already badan Aryan panas. But he was still active macam biasa. So i thouht demam biasa je lah. Malam tu bagi paracetamol and the temperature subsided. The next morning (Saturday), badan dia panas balik. But I still thought it was normal je sebab memang dia selalu demam on-off gitu. Bila bagi ubat temperature turun but after 6-8 hours temperature naik balik. Thats why I always bagi ubat timely to him. At about 1pm macam tu, I checked his temperature and unfortunately dah reached 39 degree. I always have the suppository at home, so aku masukkan la ubat tu kat punggung dia. And memang immediately demam sure kebah. But we decided to bring him to the clinic so at about 2pm camtu zass gi clinic.

Sampai clinic dr checked temperature just 36 degree. Tak demam langsung. Of course la kan sebab aku dah masukkan supp tu. Dr kata takut denggi lah ape lah (the reason I hate going to general clinin sebab dr tu akan buat pelbagai assumptions ikut suka dia). Dr advised to do blood test. And I said aku nak buat blood test kat hospital so please provide me with the referral letter and she did.

Then balik rumah sebab dr kata kalau tak panas lagi, after 3 days baru buat blood test tu.

Sementara tunggu Asar, Aryan gole-golek with me. Dia cerita pasal kat skola selalu makan mee lah ape lah, just like the ceria Aryan. But suddenly badan dia menggigil and dia kata mommy cold cold.. Aku peluk dia kuat-kuat gomol-gomol dia sebab dia mmg selalu main-main cakap sejuk lah, sakit perut lah, sakit kaki apa bagai sebab nak aku peluk dia. But I could feel badan dia panas balik. But the kaki ngan tangan sangat sejuk and badan dia mmg gigil bukan dia main-main.

So i told MNi lps asar ni kita trus gi PCMC. Buat blood test and apa-apa yg patut lah.

After asar terus siap and letak Aryan dalam stroller sebab dia dah tak active sgt, malas nak jalan. MNi tgh kunci gate rumah and aku tgh nak tolak stroller and suddenly MNi jerit "knapa Aryan tuuuu?". Aku tengok tiba-tiba his body macam menarik-narik. Kepala dia dah terteleng ke atas. Mata pun ke atas dah. And tangan and kaki serta the whole body kejang! Oh my God sumpah aku rasa macam nak pengsan but kena do somthing. But actually I did not do anything but cried.

MNi pun sama. Panic. Both of us had no idea at all on what to do.

Luckily our neighbours were outside the house tengah nak gunting rambut mak dia, bentang sotkhabar bagai depan rumah (and aku tak tau pun nama dia apa sebab mmg selalu tegur gitu-gitu je ngan jiran but now I know how important to really know your neigbours and be kind to them). Dia yang tolong and advised us nak buat apa, Dia suh letak ujung towel dalam mulut Aryan sebab Aryan dah getap gigi and takut dia gigit lidah sendiri, Then nyonya tu kepak and bukakkan jari-jari Aryan. Her brother plak lari masuk rumah amik ice cubes and lumur kat kepala Aryan. Aku mmg tgh pegang cold compressed pack but I did not bother to letak kat kepala Aryan sebab aku sibuk tepuk2 muka dia nak bagi dia sedar (which tak sepatutnya buat kalau anak kena fits).

It lasted for few minutes but no more than 5 minutes. But I felt macam sejam panik cenggitu. Bila badan Aryan dah lembik, then we knew he was conscious and tak kejang dah. Terus kunci pintu and g PCMC.

Sampai hospital nurse trus bukak baju seluar just pakaikan pampers only and basguh badan dengan air paip. kena tegur sebab Aryan pakai suar panjang siap socks lagik. Sepatutnya kalau anak demam gigil n panas gitu, kena turunkan tempereture dia, bukan bungkus dia pakai panas-panas. Aku selalu argue benda ni ngan MNi sebab dia selalu nak bagi Aryan berpeluh dengan pakaikan panas panas time demam. To me, aku nak Aryan bogel so that temperature dia turun.

Aryan warded malam tu sebab dr nak monitor. Alhamdulillah blood test semua normal. So on Sunday evening kitorang mintak discharged.

And I learnt so many things from this incident. Takmau kesalahan ini berulang :

- Kalau anak demam, jgn pakaikan baju. Even though dia mengigil kata sejuk, kita tetap kena lap badan dia dengan air paip. (I knew this fact, and malam yg sebelum kena tu, the whole night aku letak cold compressed pack kat badan Aryan. And tuam kepala dia. But masa dia mengigil sgt sgt tu, aku bagi dia selimut sebab kesian kat dia)

- Kalau kesian kat anak time dia gigil tu, lapkan dengan kain kering from freezer. Kain tu akan sejuk but not wet. So mengurangkan gigilan si anak tu. I lerant this from mak sedara yg anak dia mmg kena sawan frequently sampai umur 4 thn. So kat rumah dia sentiasa ada tuala good morning tu lipat lipat letak dalam freezer.

- semasa fits, dont bother to tepuk or goncang badan anak. Sebab dia tgh kejang and tak sedar. Instead, baringkan dia mengiring and turunkan temperature dia.

- Know exactly nama ubat apa, and bapa mg yang kita bagi pada anak. Sebab masa sampai PCMC dr tanya supp aku yg aku dah masukkan kat Aryan and bapa mg, hell no aku tak igt langsung. Aku just tau ubat tu nama Voltaren. Dr mesti nak tahu perkara2 mcm ni sebab dia nak bagi ubat jugak at that time so takut overdose. Ni pun antara sebab aku tak suka amik ubat kat klinik sebab konfem dia tuang ubat dalam bottle lain pastu letak sticker clinik kan. Macam mana nak tau nama ubat tu. Kalau kat spital, they will give the original bottle takde nak kedekut kedekut nya. So there is no reason not to read the label.

- And lps ni kalau Aryan demam 38 degree je aku kena start berjaga-jaga. Sebab febrile fits ni berkemungkinan berulang. What I need to do is to ensure kalau demam, dia tak boleh exceed 37.5 degree.

Bnyk lagi sebenarnya but aku tak larat nak cita. I felt so bad and rasa gagal menjadi ibu yg baik bila anak kena perkara macam ni. If aku tau tanda-tanda nak kena fits tu, inshaAllah aku boleh elak dia dari berlaku. Tapi aku redha, ada hikmahnya. At least now aku dah bnyk belajar and akan cuba sedaya upaya so that it wont happen again. Amin.

Read more about fits here:

SAWAN DEMAM DAN PERAWATANNYA

Assalamualaikum...


Apabila anak anda mengidap demam melebihi 39 darjah celcius anda
 tentu risau sekiranya mereka boleh terkena sawan demam atau febrile fits. Apatah lagi sekiranya anak mengalami kekejangan di hadapan mata, ramai yang tidak tahu berbuat apa-apa, menjadi panik ataupun hanya menangis. Lebih teruk lagi sekiranya ada pulak yang pengsan. Mungkin artikel ini sedikit sebanyak boleh membantu anda untuk menghadapi situasi ini.



Rujukan saya adalah daripada Malaysia Clinical Practice Guidelines yang disusun oleh Pakar Paediatrik Malaysia diketuai oleh Dr. Hussein Imam - Ketua Institut Paediatrik HKL.




Apa itu Sawan Demam atau Febrile Fits?



Secara definisinya ialah sawan yang belaku akibat demam. Ia boleh terjadi kepada kanak-kanak di dalam lingkungan usia 3 bulan sehingga 6 tahun. Diagnosis sawan demam diberi sekiranya tiada bukti bahawa terdapat masalah di dalam otak ataupun masalah metabolik di dalam darah yang boleh menyebabkan masalah sawan berlaku.



Secara mudah, ini bermakna, sawan demam didiagnos apabila masalah-masalah di dalam otak seperti jangkitan atau masalah di darah seperti kekurangan garam tertentu telah diambil kira.



Sekiranya sawan berlaku sebelum umur 3 bulan atau berlanjutan selepas 6 tahun, maka ia bukan dikira sawan demam. (Semasa saya medical student dulu, kami di ajar sawan demam berlaku di antara 6 bulan - 6 tahun - lebih mudah hendak dihafal)



Apabila demam menjadi terlalu tinggi, ini akan mengganggu aktiviti otak dan menyebabkan sawan berlaku. Sawan bermaksud keadaan di mana kanak-kanak itu akan tidak sedarkan diri, mengalami kekejangan badan dan kaki, mata hitam akan memandang ke atas (uprolling of eyeballs) , air liur meleleh (drooling of saliva), dan pada tahap tertentu boleh termuntah, terkencing atau terbuang air besar.




Jenis Sawan Demam



Terdapat dua jenis sawan demam. Saya terjemahkan sebagai Sawan Demam Biasa (Simple Febrile Fits) dan Sawan Demam Kompleks (Complex Febrile Fits).



Sawan demam biasa adalah singkat, hanya satu episod sawan sahaja setiap kali demam dan terjadi kurang daripada 15 minit. Manakala Sawan Demam kompleks adalah berpanjangan, lebih daripada 15 minit dan terjadi berulang-ulang di dalam satu episod demam.




Adakah Sawan Demam Boleh Berulang-Ulang ?



Ya, sawan demam boleh terjadi berulang-ulang. Untuk anak anda yang baru pertama kali terkena sawan demam atau sering terkena sawan tetapi tidak pernah diperiksa adalah lebih baik sekiranya anak anda di bawa ke Hospital kerana beberapa pemeriksaan dan pemerhatian perlu dilakukan.



Risiko sawan yang berulang-ulang boleh berlaku sekiranya :-



1. Sawan pada umur di bawah 15 bulan



2. Saudara terdekat spt adik beradik, ibu atau ayah yang mempunyai penyakit epilepsi



3. Saudara terdekat spt adik beradik, ibu atau ayah yang pernah kena sawan demam dahulu



4. Terkena sawan demam dengan suhu di bawah 40 darjah celcius



5. Jarak masa demam dan terkena sawan demam adalah singkat



Ini semua adalah faktor risiko dan mereka yang mempunyai satu atau dua faktor risiko di atas akan kemungkinan mengalami 10% (1 di dalam 10) kes sawan yang berulang. Tetapi, satu kajian menunjukkan sekiranya semua risiko di atas ada, maka risiko sawan berulang adalah 100%.




Adakah Sawan Demam boleh Menyebabkan Epilepsi?



Epilepsi adalah sawan yang tidak mempunyai sebab yang jelas. Ia adalah impuls elektrik yang tidak menentu dikeluarkan oleh sel otak yang mengalami masalah mungkin sejak lahir atau di sebabkan kecacatan contohnya selepas kemalangan jalan raya atau trauma.



Tidak ada persetujuan umum oleh pakar tentang samada boleh a
tau tidak sawan demam akhirnya menjadi epilepsi. Apa yang boleh dikatakan ialah terdapat kajian yang menunjukkan bahawa 2% - 7% pesakit yang mengalami sawan demam akhirnya mendapat sawan akibat epilepsi. Dan 10% - 15% pesakit yang menghidap epilepsi pernah terkena sawan demam semasa hidup mereka.



Tetapi kajian lebih menujukkan mereka yang mempunyai sawan demam berkecenderungan mengalami epilepsi adalah mereka yang sering terkena sawan demam kompleks, sawan yang lebih daripada 3 kali di samping sejarah keluarga terdekat yang menghidap epilepsi.




Apakah Masalah Yang Akan Berlaku Kepada Anak Yang Demam Sawan?



Mengikut 2 kajian, mereka yang terkena demam sawan tidak akan mengalami masalah apa-apa dan akan membesar seperti kanak-kanak normal. Di dalam satu kajian di antara sawan demam biasa dan sawan demam kompleks, mereka yang mengalami sawan demam biasa dan sawan demam kompleks juga tidak menunjukkan apa-apa perbezaan di dalam pembelajaran.



Malah, ada satu kajian yang menyatakan mereka yang mengalami kes demam sawan mempunyai akademik yang lebih cemerlang daripada kanak-kanak yang normal !!



Huuhh!.. Ayat kontroversi nih... nanti ramai pulak mak ayah kat Malaysia yang nak anak mereka sawan demam...




Adakah Anak Anda Perlu Masuk ke Wad?



Mengapa anak anda harus ke Hospital? Ini adalah kerana supaya doktor dapat memeriksa dan memastikan bahawa anak anda tidak menghidap MENINGITIS atau jangkitan selaput otak.



Ini adalah kerana 17% kes demam sawan adalah positif untuk MENINGITIS dan perlu diingatkan MENINGITIS boleh membawa maut dan menyebabkan kecacatan kekal otak, tubuh dan lumpuh.



Pada kebiasaannya, kanak-kanak yang terkena sawan demam akan bangun dari sawan dan bermain seperti biasa, berlari dan tidak menunjukkan tanda-tanda seperti lesu atau lemah. Mereka tidak perlu bermalam ke dalam wad. Cukup sekadar pemerhatian di wad pemerhatian selama 6 jam sahaja.



Sedangkan MENINGITIS, anak anda akan demam berpanjangan, lemah, muntah, menangis tak henti-henti dan di dalam kesakitan. Di dalam kes ini pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan dan anak anda akan ditahan di wad.




Apa Yang Perlu Anda Lakukan Ketika Anak Anda Mengalami Sawan Demam?



Sebelum Sawan



1. Ibu bapa boleh mengawal sawan demam dengan mengaw
al demam mereka. Ini adalah berkesan dengan cara mengelap anak yang demam dengan tuala yang basah daripada air paip atau air yang suam sedikit (jangan gunakan ais kerana ia boleh menyebab hypothermia).



2. Beri anak minum ubat seperti sirap paracetamol atau sirap neurofen (brufen)



3. Boleh beri satu suppository voren 12.5mg (anak kecil) atau 25 mg (3 tahun ke atas) ke dalam punggung untuk mengurangkan demam (ambil salah satu samada melalui mulut atau punggung).



4. Jangan pakaikan anak dengan pakaian yang tebal. Pakaian tebal boleh menaikkan lagi suhu. Buka pakaian anak dan letak di bawah kipas. Lap dengan air paip ke seluruh badan.



Ketika Sawan



1. Jangan Panik. Cuba lihat jam pukul berapa ia berlaku dan pukul berapa ia tamat. Ini adalah kerana doktor perlu tahu berapa lama sawan itu berlaku.



2. Longgarkan segala pakaian.



3. Jangan ambil sudu atau bahan-bahan keras dan meletakkannya di dalam mulut. Ini boleh menyebabkan luka yang teruk di dalam mulut. Ia juga boleh menyebabkan tercekik objek asing sekiranya patah.



4. Jangan beri minum air atau ubat ketika anak sawan.



5. Lap apa-apa yang lendiran atau air liur yang keluar dari mulut.



6. Duduk bersama anak anda sehingga sawan tamat.

Setelah Sawan


1. Baringkan anak anda mengiring ke kiri. Ini akan mengelakkan daripada muntah atau lendiran masuk ke dalam paru-paru.

2. Jangan beri anak anda minum ubat atau air, atau makan sekiranya anda tidak pasti anak anda telah sedar sepenuhnya.


3. Bawa ke klinik atau hospital. Biasanya doktor akan masukkan rectal diazepam 5 -10 mg untuk mengelakkan terjadinya sawan demam daripada berulang atau sawan yang berpanjangan.



4. Masuk ke wad sekiranya perlu.

Wallahu A'lam.

Tuesday, January 8, 2013

Happy birthday Aryan

I held you in my arms when I saw you first,
The first time ever I felt my emotions burst.
My heart filled up when I saw your serene face,
I don’t think I can ever get over that phase.
Happy Birthday My Love,
My life and everything above.
Happy 2nd Birthday Aryan !

Semoga menjadi khalifah yg soleh, berguna kepada agama, bangsa dan ummah.
Mommy loves u deeeeeppp deepppp :) xoxo

Wednesday, January 2, 2013

Anak oh anak

Happy New Year everyone !
 
Today marks the first day Aryan goes to playschool officially. Man he cried like mad this morning. Luluh lagi skali jantung aku.
 
He woke up happily, very easily went in to the banthroom and had long shower, pakai uniform skolah and bawak bag skola. Dalam kereta pun bukan main macho dan cool seperti gambar ini. I was like...hermm good sign. Mintak mintak he will be ok tak menanges dah.
 
 
But unfortunately, I was totally wrong. Harapan tinggal harapan. Memang dah plan MNi yang akan send him to the entrance. Sebab kalau dengan aku dia lagi lah menangis takmo lepas. Kalau hantar pergi rumah babysitter pun cenggitu, MNi yang akan hantar. Kalau aku hantar, memang akan ada drama di pagi hari.
 
Daripada muka macho dalam kereta tadi, trus mencebik menggapai-gapai panggil mommy macam ni. Hati emak mana yang tak sedih oi. Iskkhh. Aryan oh Aryan. Aku takut dia tak suka skola tu sebab apa-apa je.. But MNi sedapkan hati kata belum sampai 1 week lagi, memanglah dia menangis. Ok fine fine sedapkan hati. Hopefully after 1 week he will be ok. Pray hard Erin.

 




Monday, December 31, 2012

First day at school

Wah it looks like people are talking about azam tahun baru and whatnots. Aku malas lah nak ada azam tahun baru. General je - to be a better Muslimah, ibu yang lebih baik dan isteri yang lebih Solehah. Sekian.
 
 
Meh cita about Aryan's orientation week. He was supposed to attend 3 days orientation but we managed to send him for only 2 days. Reason being was our family from Johor came over to Chritmas holiday in KL, so takkan la nak ngantor cucu kesayangan pegi skola kan. Ape lagik, bawak pegi Sunway Lagoon main air sampai lebam.
 
 
As expected, on his first day memang lah loktang dia menangis. Turun dari kereta cool lagi, sampai depan pintu skola je Aryan trus benti and pusing badan nak patah balik masuk keta! Gaaha so cute and funny but I cant help my kesedihan di hati tengok dia. I slowly sent him back to the entrance and he started to sedu sedan and walaaaahh meraung dengan sungguh kuat sekali. I was thinking to send him in, but the aunties tak bagi. Diorang amik Aryan and said that they will manage sebab mmg biasa semua toddlers pun menangis.

 
 
 

Dengan berat hati I went back to the car. And suddenly nampak Aryan menggapai-gapai from pintu cermin. Oh my God, luluh hati mommy Aryan. I felt like taking him back home! Tak payah gi playschool. Hah macam tu lah perasaan. Later the aunties pujuk2 Aryan and took him away from the glass door so that he did not see me and MNi.

1230PM sharp aku dah terpacak depan skola nak amik Aryan. The aunties said Aryan nanges pagi tadi for about half an hour. But dia nanges sampai muntah ! Ohemgeee. Again nak jatuh jantung mak enon. Seriously I felt like berhenti kerja immediately and nak jaga anak sendiri kat rumah, bukak home school sendiri.

The aunties said after muntah baru Aryan lega dan ok and started to play around with his new friends. Masa nak balik tu, cehh dah babai babai kawan2 baru dia. Siap salam-salam segala. Eh elok pulak. Biasalah, the first week memang aunties semua dah expect semua kids akan meraung, thats why they need to attend orientation. So when the real school starts, the kids dah ok. Kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. The next day pegi skola Aryan meraung lagik. Aduhai anak, tak sanggup rasanya nak tengok.

Mommies out there, any tips to be strong tengok anak pegi skola?

Saturday, December 22, 2012

Somebody is over excited !


A grown up boy in his school uniform ! So excited to go to school. Hehehe. We enrolled him to a playschool program btw. Not really a school lah kan, kesian dia baru 2 tahun dah kena pegi 'skola'. He even has to attend the orientation week to familiarise with the new environment. So cute I think; an orientation for a 2 yrs old toddler? Gaahaa.

Will update more nanti especially about his first day at school. Neways I did quite a lot of research jugak on which school to send him. And we end up sending him to BBiM Wangsa Maju. And kalau anytime feel like pindan Nilai Impian completely, we can simply change to Nilai Impian campus. Depa baru bukak campus kat sana. Hopefully semuanya akan berjalan dengan lancar. Amen.

Tuesday, December 11, 2012

Mengotes

I recently found out that Aryan has this one habit - suka mengotes. Sila pronounce dengan betul, or else it will bring you to a different meaning. Mengotes that I meant here is suka do things yang details yang kecik-kecik pun kau nampak. Tak paham? Pegi tanya orang tua-tua, they definitely have an anwer for you.

Contohnya, Aryan pantang nampak kalau ada luka-luka kering. Be it kat badan dia atau kat mommy or dedi dia. Kalau aku ada luka kecik like bekas pimple yg aku gatal pegi korek, sure dia akan kutis-kutis nak kopek luka tu. Itu memang habit aku. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasik kan.

Contoh lain is aku ni pantang nampak rambut gatal ke , or rambut yg like terkeluar sikit dari posisi sepatutnya. Aku mesti nak cabut. Sama ok dengan anak bujang sorang tu. Kekadang misai dedi dia pun dia tarik nak cabut. Parah.

Lagi contoh is, batang implanol kat lengan aku macam terkeluar sikit. Bukanlah batang tu terjojol keluar, but ianya boleh dirasai because it is directly bawah lapisan kulit. Dah kulit kat lengan kan ala-ala nipis gebu gitu. Eh. Pastu Aryan plak memang habit dia tido atas lengan aku. Minum susu pun kena berbaring berbantalkan lengan aku. Kemain anak tuan. So memang selalu lah dia ngotes batang implanol tu. Sakit ok. Adakah itu hint suh bukak implanol sebab Aryan nak ada kawan kat rumah. Eh lagi skali ;p

Ok dah. Back to work. Awal plak sampai opis hari ini. Selangor silalah cuti hari-hari. Aman perjalanan di jalan raya.


Tuesday, October 16, 2012

Aryan is going to school !


Haaah nampaknya omaknya yang excited terlebeyh ! ;p Padahal baru online register je pun, blum official registration lagik. PPffttt ~

Boleh ke tuan kecik ni pegi skolah eh. Macam ku tak percaya. Kang dia gigit anak org lain acanne. Takpe insyaAllah semoga dipermudahkan. Kalau semuanya lancar, Aryan start pegi skola in Jan 2013. Omg he's grown up so fast. I miss his tembamness and tangan & kaki ketak-ketak. Now no more tembam & ketak. He's a skinny macho man now, yet so adorable and I always have this temptation to bite his pipi kuih pau.Oh my such a precious gift from the Almighty, Alhamdulillah.


Tuesday, October 9, 2012

Still co-sleeping

Aryan is turning 2 soon. Our plan is to separate tempat tidur Aryan when he is 2. So kenalah start dari sekarang kan, so that by January next year, dia dah boleh tidur separate.

So for the past 2 nights, kitorang tidurkan Aryan kat tilam lain. Yes tilam lain, sebab master bed room tu is too small to occupy another bed. Just letak tilam single je utk Aryan. Sememangnya macam sedih jugak bila anak kena tidur bawah, pastu mak bapak senang lenang atas katil. Hemphh. But Aryan nye tilam pun lembut tulus mulus, bukan tilam cikai ok. Heeshhh. Tak sampai hati pulak if he sleeps on tilam toto ke apa. Kang aku bangun malam melalak-lalak sedih kang. Nak terus letak dia kat bilik lain, lagilah aku yang memalam lari gi tidur ngan Aryan kang. Slow and steady babeh. Tidur bawah dulu, then dah besar sikit tidur bilik sendiri ok.

Aryan ni, he has this one habit yang kalau tidur malam nak tidur atas tangan. Be it my hand or MNi's. Pergh punya lenguh ok nak tampung dia dari malam sampai ke pagi. Pastu pandai tarikkan tangan kita yang lagi seblah suh peluk dia. So condition dia sebijik macam kau peluk bantal peluk, cumanya kaki aku takdelah naik atas badan si kecik tu. Kalau keadaan ini berterusan and Aryan tak diseparate-kan tpt tidur, kami risau sampai ke besar dia nak tidur atas tangan and peluk dia macam teddy bear. Menjadik masalah nanti utk mommi dan deddi dia. Eh. Tapi betul kan, kang bila dia dah faham, and dah boleh memorise apa dia nampak.. iskh iskh masalah negara tu.


Results from usaha gigih kami tu, as expected lah. Malam-malam Aryan panjat katil, tolak-tolak aku and MNi ke tepi sikit, then depakan seblah tangan aku, tidur atas tangan aku, tarik tangan lagi seblah suh peluk dia. Haih lah, cair ok bila dia tarik tangan suh peluk dia. Terus tak jadik nak suruh dia tidur bawah balik. And terus peluk Aryan and tinggalkan bapaknya.

so how lah weh nak separate kan anak-anak ni tido? I think co-sleeping is always good. But at one stage nak taknak kau kena jugak asingkan tempat tidur mereka kan. And that's one kind of a tough decision for all mommies who co-sleep their babies.




Tuesday, September 4, 2012

Savings for your kids

Have you started menabung for your kids ? Entah kenapa, I am always worried that I couldn't give the best for my kids because of no savings for them. Kau paham-paham ajelah, education skarang pun memerlukan uwang yang banyak. No, I am not into free education at all. I think students memang takkan appreciate kalau kau bagi free cenggitu. Even now duet PTPTN pun, bapa percent yang kau gunakan totally for your education, buying books ke hapa. I bet most of the money kau jolly banje awek g makan best and tengok wayang sampai lebam kan? Just my personal opinion okek. Takde kena mengena dengan political standing and whatnots.

By the way, kalau boleh aku taknak anak aku amik scholarship pastu terpaksa bond dengan kompeni terbabit. Because he (or later, she -insyaAllah ;) ) will not have the freedon to actually choose what he really want to do. Contohnya kau pegi dihantar belajat buat engineering bagai. Belajar macam nak pecah otak, pastu bile kompeni offer kerja, kau kena jadik planner. Bengang ke tak ? And you don't have the freedom to reject the offer, reason being is you already used their money (duet scholar tu lah), and kau kena jugak berkhidmat utk mereka utk satu jangka masa yang agak panjang. Maka kau pergilah kerja dgn hati yang tidak ceria pada setiap hari selama sepluh tahun. Kesian.

So better we save money for our kids so that at least we can give them Pa-Ma scholarship. Then anak-anak boleh pilih sendiri apa yang mereka minat nak kerja. Kata pepatah sedikit-sedikit lama lama jadik bukit. Kami pun bukaklah beberapa buku account utk si comel Aryan. Buku je banyak, tapi duetnya belum banyak ;p Takpe slow and steady baby. We'll do it together :)

Memula skali dulu bukakkan account CIMB jah. Letak sikit-sikit dalam tu, bila dah bnyk sikit kami bukakkan dia Amanah Saham Didik. At that time, ASB belum boleh bukak acc utk baby below 6 months old. That's why bukak ASD. Pastu menabung di situ, rupanya ada limit eh. So pagi tadi gigih plak gi bukakkan ASB utk Aryan. Now dah boleh dah bukak utk baby takde minimun age. Akaun dia akaun remaja. Felt like eh dah bujang no je anak aku tu.

Di samping itu, MNI ada bukakkan SSPN jugak. Katanya utk dapat tax redemption. Tapi skali je masuk duet situ masa  bukak account, Pastu kad SSPN tu pun aku tak tau kat mana dah. Entah.



Hopefully kami akan berdisiplin menabung utk Aryan. Menabung utk diri sendirik pun selalu curik tulang, kejap masuk kejap tak masuk. Uwah. Dan semoga Aryan akan membesar jadik anak yang soleh dan berguna kepada bangsa dan agama.

Past sentence : Aku dah post entry raya from iPad, pastu boleh plak dia ilang. Kuda betul. Malaslah aku nak tulis entry raya lagi. Ala nanti takde kenangan Raya 2012 utk anak cucu pulak. Ceh.

Pastu aku tgh tunggu barang ni. Khamis kot baru dapat insyaAllah. Haahh can't wait can't wait. Menatang apakah. Nanti dah dapat baru cerita oke ! MNI taktau ni, kalau tau mati aku.