Showing posts with label Umrah 2012. Show all posts
Showing posts with label Umrah 2012. Show all posts

Friday, June 22, 2012

Umrah Part 3

Salam Syaaban ols :) Semalam kan 1 Syaaban, sangat cepat ye masa berlalu. Ramadhan pun dah dekat, but aku tak habes ganti posa lagi. I have another 27 days. Yes, confession. Dari time pregnant, memang puasa selang seli, pastu the year after masa breastfeed pun terpaksa puasa selang-seli. Nak mengganti pun I was struggling sebab still breastfeeding and pumping. To lucky mothers yang larat puasa during pregnanacy and breastfeeding, u ols memang lah lucky. Aku kalau posa, pastu pump, pastu pitam lepas pump. Ye sekian. This year harapnya dapatlah puasa seperti biasa, ye harapan tinggi di situ walaupun I am still breastfeeding si kecik. But I've reduced my pumping session from 5 times to once a day. The plan is aku akan pump lepas berbuka, I guess camtu tak pitam lah insyaAllah :) Oh ye, Aryan sekarang mmg rely on stock yang mungkin dapat bertahan lagi sebulan setengah. He consumes 4 bottles a day, but I produce only 1 bottle a day. Maka negative 3 botol sehari. Sedih tgk stock yg semakin susut but Alhamdulillah at least saya dah berjaya menyusukan selama setahun setengah. Kalau habes stock mungkin Aryan time tu setahun lapan bulan.

Ok mari sambung cerita. From Mekah kami naik bus ke MAdinah. Perjalanan took about 6 hours (kot?). Masuk je Kota Madinah, the environment is a bit diferent dengan kat Mekah. Sebab Madinah lebih maju sikit pada pendapat aku. Madinah pun ialah Tanah Haram ye, so kat border2 yang ditentukan, hanya Muslim yang boleh masuk. Comparing hotels kat Madinah and Mekah pun, bnyk perbezaan. Madinah hotel dia lebih moden dan cantik. We stayed at Eiman Toibah hotel, about 200m jugak from Masjid Nabawi.

Pak Aji Nawawi di Eiman Toibah Hotel :)
We arrived Madinah just before Maghrib. So cepat-cepat settlekan luggage dan berlari ke Masjin Nabawi. Ok aku tipu, takdelah berlari tapi cepat-cepat lah jalan sebab nak kejar jemaah Maghrib. Dikatakan dalam 1 hadis yang maksud dia:

Dari Anas bin Malik Radhiallahu Anhu, Rasulullah Sallallhu 'alaihi Wasallam bersabda " Sesiapa sembahyang di masjidku 40 sembahyang ( dengan syarat ) ia tidak ketinggalan dalam satu sembahyang ( waktu ) pun, nescaya akan ditulis baginya kelepasan dari api neraka, dan kelepasan dari azab siksa dan (ia juga akan bersih ) dari sifat munafik."


That's why la kalau gi haji, at least akan stay at Madinah 8 hari, supaya akan dapat 40 waktu jemaah di Masjid Nabawi berturut-turut.

1 solat di Masjid Nabawi mendapat ganjaran pahala 1000x solat dari tpt lain kecuali Masjidilharam. And 1 solat di Masjidilharam ganjaran pahala ada lah 100 000x dari tempat lain. Subhanallah besar sangat ganjaran dia. Ustaz kata diibaratkan kalau kita solat 1 waktu kat rumah, but solat kat Masjidilharam dapat 100 000x pahala solat. Iaitu bersamaan dengan 55 tahun solat 1 waktu kat rumah. Maksudnya, solat 55 tahun 5 waktu, baru dapat pahala sama macam 1 waktu solat dia Masjidilharam. So bayangkan betapa ruginya kita kalau dah berada di Masjidilharam atau Masjid Nabawi, tapi tak solat jemaah di sana.
Masjid Nabawi

Masjid Nabawi

Kubah hijau at Masjid Nabawi

Masjid Nabawi sangat cantik. Payung-payung dia sangat unik. But kat sini pintu masuk dan tempat solat memang diasingkan lelaki dan perempuan. Tak macam kat Masjidilharam, lelaki dan perempuan boleh masuk ikut mana-mana pintu. But masa solat jemaah, ada ruang utk perempuan dan lelaki yang diasingkan. Yang kubah hijau itulah tempat makam Rasulullah SAW. Now perempuan dah tak dibenarkan masuk ke kawasan makam. Aku punyalah nak nyelit masuk, but diorang tak bagi masuk.  Perempuan just boleh masuk sampai kat Raudhah je. From Raudhah nampaklah pintu makam Rasulullah SAW, but dari jarak yang agak jauh.

Pastu nak masuk Masjid Nabawi ni sgt strict especially perempuan. Perempuan takleh bawak camera (totally tak boleh !) and camera yang ada phone kena letak kat diorang nye security. Reason being is diorang taknak wanita amik2 gamba kat dalam masjid pastu ternampak aurat org lain dalam gamba, then gamba tu nanti org lelaki tgk plak. So better nak gi solat tu, tinggal je lah camera and henfone kat hotel.

Pasal raudhah ni pulak, nak masuk situ masyaAllah susah sangat sebab terlalu ramai orang. And ada waktu2 tertentu utk lelaki dan perempuan. Utk perempuan after zuhur and after isya'. So kitorang try la masuk after Isya'. Tunggu almost 3 jam baru dapat masuk. Diorang bagi giliran ikut negara, so memandangkan orang Asia ni kecik dan comel, so kitorang dapt masuk group yang last-last. Sebab kalau masuk awal, ada kemungkinan kene lanyak dengan group2 yang lebih sasa badan mereka.

Sekali masa masuk tu, ada group yg tak saba and takmo dengar arahan pengawal2. Diorang main redah je, so kitorang yg kat dalam Raudhah kena rempuh. Mama sampai kena pijak tengkuk dia masa tengah solat. Ya Allah tak tau lah kenapa sampai hilang kawalan, sampai bergaduh debab berebut nak beribadah di Raudhah. Aku sempat solat 2 rakaat Alhamdulillah, tapi mmg bertawakal supaya tak kene pijak masa solat tu.

Alhamdulillah MNI dapat solat kat Raudhah dengan tenang. Dia sempat solat bnyk kali sebab dia dapat port kat hujung yang orang tak dapat nak rempuh. Dia pergi lepas subuh. So kepada lelaki, tips dia is tgu kain kanvas putih dibuka lepas subuh tu, then terus pergi ke Raudhah paling hujung. Oh ye, Raudhah ni karpet dia warna hijau. Kawasan lain karpet warna merah. Dikatakan dalam satu hadis mutawatir, raudhah adalah sebahagian dari taman syurga.

Di sebelah Masjid Nabawi is perkuburan Baqi'. Kawasan ni pun perempuan tak dibenarkan masuk. Ni gamba MNI yang snap. Kat sini terdapat makam para sahabat Nabi, isteri2 baginda termasuk Aisyah RA, keluarga dan para syuhada.
Perkuburan Baqi'
During our ziarah luar, kitorang sempat berhenti dan solat at Masjid Quba'. Masjid Quba' ialah salah satu masjid yang dikasihi oleh Rasulullah SAW. Ada hadis yang mengatakan 1 kali solat di masjid Quba' diberikan pahala seperti 1 kali umrah.
Masjid Quba'
Kami jugak pegi melawat Bukit Uhud iaitu tempat peperangan Uhud berlaku.
Bukit Uhud
Ladang kurma pun pegi jugak. Jakun ok tak penah tengok ropa pokok kurma. Huhuhu. Pastu ada bnyk jenis kurma. Kurma Ajwa (kurma Nabi) yang terbaik dan termahal of course. Then ada kurma utk lelaki, kurma utk wanita menambah susu badan, memacam lah.
Ladang kurma


Perkarangan Masjid Nabawi
 Hari terakhir di Madinah mmg sgt sayu. Apa-apa pun ALhamdulillah dapat menunaikan umrah, beribadah, ziarah dan pulang dengan selamat. Azam kami adalah untuk kembali ke Tanah Haram insyaAllah :)
Madinah Airport - ready to depart
Sampai KL, nak amik Aryan dia takmo ngan aku ok. Maybe sebab tgk lain je muka mommy sunburn yang agak teruk, n daddy dah botak cin. Lepas 3-4 hours baru Aryan ngendeng-ngendeng ngan mommy and daddy. Hee gerem ! ;p We decided to botakkan Aryan jugak. Tadaaa ! 2 budak botak yang comel :)

Past sentence : Ahad ni besday aii :) MNI suh clearkan schedule weekend ni.. So haruslah ada something for me kannn..kannnnnnnn? (Kalau takde aku nanges air mata darah)


Thursday, June 21, 2012

Umrah Part 2

Baiklah jom sambun cerita ziarah-ziarah di Tanah Haram pulak. Apart of bawak jemaah menunaikan umrah, Kopetro bawak jugak kitorang gi jejalan. 3 kali ziarah at Mekah, sekali ziarah dalam, 2 kali ziarah luar. Untuk ziarah luar ni, we went to Jabal Tsur, Jabal Rahmah, Jabal Nur, Ladang unta n Muzium Mekah.

Ni Jabal Nur. Kat atas tu terdapat Gua Hira' iaitu tempat Rasulullah SAW mendapat wahyu pertama. Kitorang tak turun ke bukit tu, bus just lalu je. Kerajaan Arab Saudi memang tak modify pape pun ngan bukit ni. What I meant here is takdelah kau nampak ada batu or konkrit dibina nak bagi cantik ke. No takde. Reason being is sebab they want to preserve the original and kita dapat amik iktibar macam mana Rasulullah SAW naik ke bukit tu dulu. Bukiut-bukit lain pun diorang tak upgrade bagi cantik for the same reason. Kalau tengok Jabal Nur ni, dia condong ke arah Masjidilharam. Ini mmg sangan jelas. Ustaz cakap, bukit tu menagdapat kiblat. Subhanallah.

Jabal Nur. On top of it is Gua Hira'
Ladang unta ni kami benti kejap je. Memang la tak cukup masa, memasing jakun ok nak amik gamba dengan unta bulu lentik. Aku kata bulu mata MNI amcam bulu mata unta. Waahaha. Beli susu unta 3 botol. But aku nak minum, memang tak boleh ditelan oleh anak tekak. MNI minum setengah botol, esok digestion system sungguh lawas ok. Dikatakan susu unta mmg bagus utk membersihkan perut so as you expect lah kan the outsome ;p Aku rasa unta igt tudung aku adalah rumput sebab dia asyik nak makan kepala aku.

Ladang unta
Ni plak at Jabal Tsur. On top of it ada Gua Tsur which was the place Rasulullah bersembunyi masa baginda melarikan diri dari orang Quraisy. Masa tu lah yang labah-labah buat sarang kat pintu gua the orang Quraisy tak dapat jumpa baginda Rasulullah. Haa kan selalu dengar cerita tu masa skolah dulu, macam tak percaya bila dapt tgk sendiri tempat yang diceritakan itu.
Jabal Tsur

Haa ni pulak di Jabal Rahmah. Di tempat ini lah Nabi Allah Adam berjumpa dengan Hawa selepas dikeluarkan dari syurga. Dikatakan tempat ini amat mustajab utk berdoa tentang jodoh. Yang tak bertrmu jodoh lagi, bolehlah doa kat sioni agar ditemukan dengan suami/isteri yang soleh dan solehah. Yang dah berumahtangga, berdoalah agar rumahtangga bahagia, dilimpahi rahmat dan kukuh dan berkekalan. Aku pesan kat MNI jgn berani nak doa ditambahkan jodoh, kang aku piat telinga dia. Masa dia doa, aku duduk dekat2 nak dengar apa dia doa. Haaha, wanita oh wanita memang cenggitu la lumrah ;p
Jabal Rahmah
Ok dah. Rasanya tu je lah nak share pasal ziarah. Sebab dah almost 2 months berlalu, aku pun dah tak berapa igt detail-detail. So on the last day before bertolak ke Madinah, wajib untk buat tawaf wida' iaitu tawaf selamat tinggal. The planned was to depart at 12pm, so dalam kol 1030am dah kene buat tawaf wida'. After tawaf wida' tu, dah takleh masuk semula Masjidilharam, takleh gi shopping tawaf2 kedai, takleh gi tido kat bilik hotel dan sebagainya. Lepas Wida' tu kena terus meninggalkan Mekah. Memang sayu je hati masa bus gerak nak gi Madinah. InsyaAllah kalau ada rezeki dan diizinkanNya, kami akan kembali ke ke sini insyaAllah.

Before tawaf wida'. After tawaf wida' dah takleh nak amik2 gamba segala.

Monday, June 18, 2012

Umrah Part 1

As salam semua :)

Dari sehari-hari I wanted to share stories on my umrah, but asyiklah tergendala. Dah berbulan entry ni dalam draft mode, mehla I finish the stories and zass publish.

We went for our first Umrah on 24th April until 2nd May 2012. It was a 12 days and 10 nights trip. We chose Kopetro as out travel agent. Reason being, sebab aku selalu dapat email from Kopetro sebab aku ahli Kopetro. Heee. Well, if u ask me how was their service, my answer would be mixed of OK and Not. I like the fact that we were in a small group of 42 people, so cukuplah 1 bus nak pegi mana-mana. But I think there are a lot of things that they can improve. All in all, Alhamdulillah kami selamat pergi, mengerjakan umrah dan pulang dengan selamat.

We departed from KLIA to Jeddah. Meaning we performed Umrah dulu then went to Madinah. Maknanya balik KL nanti from Madinah. Eh oh ye, aku pegi ngan MNI, my mom and my closed fren with her husband whos is my officemate and also her sister. Kami ber-6 la kesimpulannya. Uwaa menanges begelen-gelen bila igtkan Aryan yang terpaksa ditinggalkan. I was thinking nak bawak, but lepas discuss we decided to leave Aryan. Maybe if ada rezeli pergi 2nd time, InsyaAllah akan bawak Aryan because at least we already had the first experience.

Bila katanya bertolak ke Jeddah, so kami kene terus buat umrah immediately bila sampai ke Mekah, sebab pada masa itu dah berada dalam Ihram. So better cepat-cepat selesaikan umrah, takut berlaku perkara-perkara larangan dalam Ihram, kang kene dam pulak. Dam bukan sikit-sikit ye, kat sana kambing kurus kecik pun dah 400-500 Riyal. So kalau 2-3 kali kene dam... haaa ada yang tak balik kang.Camtulah ustaz tu bgth kitorang.

At KLIA nak bertolak ke Jeddah. Yang lelaki dah siap pakai ihram di airport.
We arrived Jeddah after 8 hours journey. Masa dalam perjalanan tu, ada seoarang jemaah meninggal dunia. Innalillah. At that time, kami belum sempat sampai ke border utk niat di Miqat pun. He passed away sebab athma and kesukaran bernafas. But masa emergency tu, the cabin crew takde buat any announcement. Maybe the did not want everyone to panic. Cuma masa nak turun flight tu, baru they announced nak uruskan jenazah tu turun dulu. But lambat nak uruskan, so jemaah lain turun dulu. So masa nak turun tu, kami semua lalu sebelah jenazah kat depan pintu flight. Perasaan ketika itu? Allah saja yang tahu. Rasa insaf sangat sebab nyawa kita boleh ditarik pada bila-bila masa sahaja.

From Jeddah airport, we took a bus to Mekah. Dalam 2 hours jugak perjalanan tu. Masa dari turun flight naik bus tu semua, memang aku punyalah risau takut buat perkara larangan dalam ihram.. Sampai hotel di Mekah dalam pukul 12 malam. Terus checked-in and we were given 1 hour to settle our luggage and refresh ourselves before gathered at the lobby and terus nak pegi buat Umrah.

Our hotel in Mekah. About 200m from Masjidilharam

We performed umrah at 1am. Walaupun badan terasa penat sebab baru sampai, tapi Alhamdulillah tak terasa punat tu and semuanya dipermudahkan. Ustaz yang jaga kitorang tu, ala tak igt dah nama dia apa, bawaklah kitorang utk first time umrah tu. But after that kene buat sendirik. Masuk je Masjidilharam, nampak je kaabah..Subhanallah. Perasaan yang tak boleh nak explain. Memang terus berjurai airmata. Masa tu rasa fikiran ni kosong, hati pun sangat tenang. I can say tak pernah aku rasa perasaan yang macam tu selama-lama nih. Besarnya kekuasaanNya.

After tu, kami pun terus melakukan tawaf degan bimbingan Ustaz. I thought kalau buat umrah malam-malam cenggitu, takdelah ramai. But tak betul. Sebab malam pun ramainya orang. Mungkin sebab malam tak panas, and I think semua berebut-rebut nak beramal ibadah tak kira siang atau malam. Alhamdulillah masa umrah dapat peluang utk tawaf kat perkarangan kaabah. Sebab ramai cerita kalau musim haji, nak turun kat perkaraangan tu pun susah sebab terlalu ramai orang. And to those yang kurang berupaya, boleh tawaf kat bahagian atas dengan kerusi roda. Upah yang tolak kerusi roda tu dalam 200 Riyal.

Baitullah
 Selesai tawaf, kami pun pergi kat belakang Makam Ibrahim untuk solat sunat tawaf. Itulah first time aku solat bebetul depan kaabah. Subhanallah..lagi sekali perasaan yang tak boleh nak explain. Tengah solat pun tak sedar air mata ni turun tak henti-henti. Rasa sayu, rasa entahlah tak tau nak kata macam mana. And belakang Makam Ibrahim tu merupakan tempat mustajab utk berdoa, so kesempatan yang ada tu mmg berdoalah sebanyak-banyak yang boleh dengan sepenuh hati.

After solat sunat, ustaz bawak kitorang ke tempat Saie. Tempat Saie ni sangat selesa, now dah ada aircord and lengkap dengan tanda-tanda contohnya kat mana nak start berlari2 anak (utk lelaki), kat mana nak baca bila start mendaki bukit dan sebagainya. Malam tu, memang ramai sangat orang, so aku kene cepat2 takut tertinggal dari kumpulan di samping kene pegang tangan mama jugak takut terhilang. Oh tempat Saie ni ada 2 tingkat. Kalau kat tingkat atas tu ramai orang, but kat tingkat bawah tu tak berapa ramai. So umrah yang berikutnya kitorang saie kat tingkat bawah. Untuk yang tak berupaya, ada khidmat kerusi roda. Upah dia dalam 200 Riyal.


Tempat Saie tingkat atas



After Saie (third umrah) at tingkat bawah
 So dah lepas Saie tu teruslah bercukur kat situ. Perempuan just gunting at least 3 helai rambut je. Kat situ ada ramailah Pak Arab yang nak tolong guntingkan (utk lelaki lah). But kene careful sebab sekali dia gunting, dia charge 10 Riyal. So make sure bawak gunting sendirik k.

After first umrah, outside Masjidilharam
 After selesai umrah tu, dah nak kat subuh dah. So we stayed there tunggu Subuh, duduk kat luar Masjidilharam tu. Rasa macam tak percaya pun ada..

Dah lepas subuh tu, baru balik ke hotel and rehat.

Kalau ikutkan jadual kami, memang ada hari-hari yang takde pape aktiviti so bebaslah nak buat apa. Time tu kalau nak buat umrah, kene arrange transport sendirik ke tempat Miqat. Yang paling dekat is Tanaim. Untuk hari-hari ziarah, Kopetro akan bawak kitorang gi ziarah then terus pegi tempat Miqat and balik terus buat umrah. So total yang Kopetro bawak pegi tpt Miqat ialah 2 kali + masa datang dalam flight = 3 kali.


The first ziarah day, kitorang gi ziarah dalam je, so jalan kaki. Lenguh jugak ye kaki. Uhuhu. Pastu kat Mekah at that time ada bnyk construction ongoing, so habuk-habuk super banyak. Better pakai mask ke penutup hidung ke apa-apalah kan untk tak bagi kene habuk bnyk sangat. Masa ziarah dalam tu, we went to Masjid Jin, makam Siti Khadijah dan para sahabat dan Anbiya' and tempat kelahiran Rasullullah SAW.



After pengalaman umrah ni, I think next time insyaAllah kalau diizinkan jadi tetamu Allah kali kedua, bolehlah bawak Aryan. Ada ramai yang bawak anak kecik but untut first timer macam aku ni, rasa tak berapa confident lagi. I think kalau bawak anak, kene ada somebody utk bergilir-gilir. Contohnya kalau nak pergi Masjidilharam pada setiap waktu solat, in case anak nak tido ke meragam, maybe ada org yang boleh bergilir jaga di hotel. Boleh jugak bawak pegi masjid, tapi kena fit lah dukung anak nak ulang-alik tuh. Atau you can stay kat masjid sampai Isya'. Macam kitorang, between Zuhur and Asar biasanya balik hotel sebab lunch kat hotel. Kalau stay pun, dari Asar sampai Isya'. Masa solat tak menjadi masalah InsyaAllah sebab memang ada ramai yang bawak anak. Yang dah pandai jalan tu, mak dia ikat tali kat kaki anak dia supaya anak dia tak lari jauh2. Huhuhu.

Oklah. To be continued in Part 2 :)