Showing posts with label Events. Show all posts
Showing posts with label Events. Show all posts

Friday, August 1, 2014

Raya 2014

Selamat Hari Raya all ! Aku dah start kerja dah semalam (Raya ke 4). Malas lah nak cuti lama-lama. Tekak dah tak boleh masuk lauk pauk raya. Rasa nak makan maggie pecah telur je skrang.

This year Raya celebration sangat lah sempoi tapi amat bermakna. Semuanya ala kadar and ada part yg langsung aku tak prepare apa-apa. Wasatiah katanya. Padahal rasa nyesal bnyk pembaziran tahun lepas akibat tak sedar diri beli itu beli ini.

Khalif discharged dari Prince Court tepat-tepat seminggu sebelum Raya. 8 hari aku berkampung kat PCMC sampai nak botak rasa kepala perasaan bosan ya ampum Tuhan saje yg tahu. ALhamdulillah Khalif dah sihat cuma doctor advice jgn bawak dia pegi jalan-jalan sgt and dont let people gomol-gomol dia sgt. Sebab immune system dia still low and senang kena sakit-sakit lain nanti. So now that answers knapa aku cuti Raya 3 hari sahaja (termasuk public holiday). Second reason is sebab aku kena save cuti utk honeymoon next month. Kalau tak save cuti, then aku kena amik unpaid leave. Aku takde hal nak unpaid leave utk 2 weeks, tapi MNI kena invest lebih belikan handbag kat Europe nanti. Ekeke.

First Raya was in JB. Sepatutnya tahun ini turn raya kat Melaka. Tapi sebab kami tak jadi cuti straight 1 week, MNI decided to raya in JB. (MNI yg decide bukan aku yg paksa raya umah mak aku). Ptg raya pertama trus shoot balik Melaka. Seblum sampai Melaka singgah dulu Batu Pahat. See, optimum sungguh raya kali ini. Walaupun cuti hanya 3 hari, aku dapat melawat semua keluarga terdekat di JB, Batu Pahat dan Melaka. Next year boleh buat perkara yg sama. Then balik KL cepat boleh terbongkang rehat tgk drama hari raya kat TV.

Raya kedua kami sempat buat kenduri doa selamat utk Khalif semnpena dia dah recover from denggi. Alhamdulillah dapat order nasi arab. Sebab anak tekak aku again dah tak boleh telan ketupat lemang segala. Cukuplah hari raya pertama tu dah meragau suh MNI cari Gaviscon.

Tema tahun ni royal blue. Aku tak tahu kaler ni in this year. Kalau aku tahu pasti aku tak amik kaler ni. Masa raya kat JB, 80% org aku jumpa suma pakai kaler ni. Memang semangat JDT luakan kuasamu. MNI asyik kutuk aku sebab asal jumpa org je, sama kaler. Siap same kaler dgn langsir lagi. Menyirap btul aku.

Pagi raya di rumah mama

The best family photo. Anak dah 2 ketul ni jgn harap lah nak gamba cantik-cantik. Lagilah si Aryan dah pandai berselfie, sibuk dia aje nak pegang monopod.

Sempoi je pagi raya. Tenang je makan ketupat rendang tak riuh sekampung

Lepas salam raya, shoot balik Batu Pahat jumpa atok. Bujang 3ketul dah tumbang kenyang ketupat. Tapi Aryan tak makan ketupat, nasib ada org bagi nasik tomato. 2 pinggan dia sental.

Rumah Mak Uda. Feeling raya di desa sangat. (Padehal rumah tepi jalan raya besar yg busy)

Indahnya beraya di desa...

Aryan ngan sedara (which aku tak tahu nak kata camne persaudaraan tu. Dah bau bancag kot)

Second Raya in Melaka (Khalif's doa selamat)

Selamat Hari Raya ! (Lupa bawak baju melayu extra utk Aryan. Terpaksa basuh baju melayu dia cepat2 and keringkan kat kipas)


Friday, December 6, 2013

4th Anniversary. Alhamdulillah.


Dah 4 tahun ko ! Macam tak percaya kan?
 
Alhamdulillah. This marriage has thought us a lot about life :) And these 4 years have been so wonderful for us, even though with ups & downs, but ya that makes our relationship even stronger.
 
Dengan gigihnya I woke up very early yesterday, even earlier than him. Because hari-hari MNI yg bangun dulu, bila dah siap baru kejut aku. Boleh? Gaahaha. I woke up early not to prepare breakfast at home, tapi sebab nak breakfast date kat luar. Kong asam kan bini cenggini. Ala selalu weekend aku masak breakfast, tak reti nak buat breakfast special-special gitu.
 
730 we off from home. Sent Aryan to school & sampai KLCC kol 8am. Trus melangkah ke Melur & Thyme. Sekali sekala breakfast kat tpt-tpt yg over-rated ni khen. Before tu I went upstairs to the office amik a bag full of gift. Ecewah kemain ko. Seres hadiah-hadiah means more than 1. Ada 4, sebab ni anniversary ke-4. Hover sangat.
 
I had the Egg Benedict. Not bad. Tapi kan pregnant lady is not encouraged to eat benda-benda half cooked & raw, but sebab sekali-sekala, aku bedal aje.
 
 
MNI had scrambbled egg with salad. Yg ini sgt sgt over-rated k. Serupa macam aku pecah telur kat rumah, masuk dalam pan comel cenggitu & ready to serve. And it costs us RM18 per serving. Bleergh.
 
Latte & teh tarik. Teh Tarik adalah tak sedap.

 

The initial plan was, I wanted him to open all the presents kat situ. And read my 10 pages hand made card. Yes, 10 pages handmade okei ! Tapi boleh plak table seblah kami tu, ada brekfast meeting satu group ni. And majority of them adalah contractors whom I closely work with. Agak potong di situ. Trus menyegan, and just cakap kat MNI suh bukak kat opis dia aje. Hah rosak plan aku. Maka takdelah gamba moment moment bukak hadiah & baca card. Sekian.

Lunch bawak diri memasing. As usual, mmg kitorang jarang lunch sama-sama.

Petang after work, boleh plak MNI habes meeting punya lambat. Of course lah I was expecting him to bring me out for dinner kan. Kalau tak, mestilah aku memuncung. Hah. I opted for Wangsa Grill-by Chef Zubir kat Melawati. That was our second time there, in a week. Aku nak gi makan situ lagi sebab mmg sedappp ko. Kalah Chilis, Tony Romas bagai. Seriously. Worth every ringgit that you pay.

The location : Kat tepi MRR2, dekat dengan Manjaku dan juga gerai nasik lemak ayam kampung yg selalu penuh tu.

 
MNI had rib eye steak. Lembut, juicy. Perh sedap. Tapi sauce dia tak cukup. Served with salad and potato hape entah. Salad dia pun sedap gila ko. MNI bukan penggemar salad, but dia makan this one sampai licin.
 
I had chicken chop with drummet cornflakes crumb. Lebih kurang gitu la menu dia. Hoi ni sedap gile drummet dia tu. Chicken chop tu pun sedap jugak. Tapi aku dapat makan 3-4 bites je, sebab Aryan habeskan semua. Served with vege & pie ape entah. Masa makan kat branch Kajang, menu ni dah habes. Kempunan mak. Ni lepas geram dapat makan kat sini.
 
Dessert- Molten choc cake. Yg ni sgt yummeh weh.Ko kena cicah sikit ngan sauce kat tepi-tepi pinggan tu. Ada strawberry, mango shorbet & amenda entah. Tapi every taste of the sauce tu, dia compliment kehangatan choc cake tu. Aiskrem aku tak dapat makan, sebab Aryan habeskan semua.
 
My 2 munchkins :) I heart you both deep deep ;D
 
 
You are truly a blessing. Thank You for being my up, down, spouse, partner, lover & friend ! I love you  more and more each year that passed. And can't wait to start many many more years of this wonderful journey of life. Happy 4th anniversary. (5 Dec 2009)

p/s ni entry anniversary ke, entry review makan-makan. Hoh.



Monday, December 2, 2013

Alhamdulillah Menang MESRA staff contest. Free vacation yaw! (Bukan aku, tapi MNI. But kira cam aku jugak lah kan ?)

Never in my life that I have won any contest or lucky draw yang insanely best. Never! Paling best lucky draw that I've won was high tea at the Traders Hotel. Thats it. Tapi ini namanya rezeki baby dalam pewut. Walaupun menumpang rezki laki aku, kira macam aku lah yang menang jugak kan. Satu family menang katanya !
 

Sila jeles eh. Sambil selak rambut. Wahahha.
Layankan aje aku punya excited cam oggila ni. Jakun sangat sangat, padehal MNI punya nama yang naik. Sebab aku tak isi petrol kereta. So aku tak swipe kad mesra.

Oh, for those wondering contest apekah ini. This is the MESRA card, Your Dream Vacation contest. What you have to do is of course, to own a MESRA card registered under Petronas staff name, then pi isi minyak keta kat station Petronas. Kalau kau pengisi minyak tegar Shell mmg konfem takkan menang. And oh, don't forget to swipe your MESRA card. Tempoh contest adalah dari bulan July-September. Minimum cumulative purchase ialah RM600, then automatic your name wil be entitled into this contest. Then finally they will choose randomly ala-ala lucky draw gitu. Mudah kan ?

Nama MNI terpilih di antara 12,000 contestants yang layak. Aku pelik, staff Petronas ada more than 30,000. Nampak sangat staffs sendiri ramai yang bukan isi minyak Petronas kan. But to us, kami mmg pengguna tegar. Whatever it is pasal jimat ke hapa, the main thing is kalau pakai minyak Petronas, dia serasi dengan our current car. Kalau pakai moinyak lain contohnya Shell, mmg jimat sikit tapi keta berat  and tak brapa nak perform. Wah kau, dah macam duta station Petronas di situ. Apa-apa pun, the choice is in your hand :)

And kepada yang bukan staff Petronas, contest cenggini ada jugak utk public. Dia mmg asingkan public & staffs.

Voucher percutioan tu, takde destination and tarikh ye. Boleh pilih suka hati aku kami nak pegi mana dan bila. Most probably next year lah kami utilise voucher ni. InshaAllah, lepas bersalin and dapat pre-pregnancy weight. Baru vogue nak amik gamba pegi dream vacation. Hahaa ;p

Apart from that voucher, dapat gak duffle bag LV ni ko ! Seres ! Aku wondering gak la pehal la dia bagi travelling bag ni. Bagi la voucher gak supaya aku boleh rembat henbeg mana aku nak. Kalau bagi henbeg terus pun aku dah happy gile dah. Dasar tak bersyukur. Kata tuan besar contest ni masa prize giving ceremony ' so that all winners will be travelling in style, hand carry an LV bag'. Wahh gitu kau. But aku rasa mmg kitorang tak pakai kot traveling bag ni. Sebab selalunya utk hand carry pakai luggage bag. Senang nak sorong tarik bagai. Ini duffle bag ni nak sangkut kat bahu, dengan panglima sorang & bakal jadik 2 orang tahun depan, celah mana nak sangkut ? Aku nak jual lah, RM4K sapa nak ? Agagaga. Harga butik kat KL aku tak sempat check lagi. Harga official LV website USD 1560. Siap strap, mangga kecik & kunci LV & apa-apa entah lagi aksesori dia, with dust bag & box.


Ok dah. Tu je cerita best minggu lepas. Alhamdulillah di atas rezki menang hadiah ni. Aku tido hari-hari mimpi pergi our dream vacation. Lambatnya rasa nak beranak tgu next year ;)


Wednesday, November 27, 2013

Year end concert

Alhamdulillah dah habes sessi persekolahan Aryan untuk tahun 2013. Event yang paling ditunggu oleh all children of course is the year end concert. Unfortunately,Aryan was down with high fever & was admitted for 3 days at PCMC. Knowing him who has history of fits, I did not want to take any risk. Therefore berkampung sajalah di hospital.
 
The downside was, Aryan was absent at school for a week. A week before his concert! Kesian dia. Did not get enough practice and macam terkejut bila on Sunday trus bawak dia ke PICC for his concert. (Luckily dapat discharged on Saturday, a day before concert).
 
Whatever it is.. mommy knows you can do it love !
 
Ready to go. Playhouise children kena pakai baju chekered/striped from home.

 
 
Concert and graduation held at Putrajaya International Convention Centre. Mak yang neves noks.
 
The setting. Looks like a huge event kan. Yes it was. Because it involved 6 BBIM campuses - Wangsa Maju, Seremban2, Ampang Point, Pandan Indah, Melawati, lagi 1 campus lupa plak.
 
Master of ceremony. Hensem kan yang kiri tu. I guess he is anak Datuk Seri Syed Zainal. Kot lah. Sebab nama dia pun Syed jugak. And he speaks exactly like his 'dad'.
 
Event started with surah recitation. Each campus recited different surah. Ada surah yg aku sendirik pun tak hafal ok. Malu dgn diri sendiri. And these children recited as in menghafal complete with translation in English. Salute!
 
 
Followed by performance from the children from playhouse. Aryan la tew. Ehehe. I was very excited ok. Kalau boleh nak naik pentas skali. Agagagga ;p Aryan performed fashion show. Siap dengan joget-joget skali. My gosh so cute diorang semua.
 
Aryan performed sambil makan biskut ! Mampoo?? Haha. Kesian dia. Event started at 6PM. By the time dia performed dah pukul 7PM. Ingat break for maghrib dah boleh la amik anak masing-masing. Oh rupanya tak bley sebab they had final performance all on stage so had to wait till the end. Baru boleh ambil Aryan. Konfem lah dia lapar because tengahri tu he had nasi beriani sikit je at 2PM.

See, tengah kunyah biskut...
 
Choral speaking from BBIM Wangsa Maju
 
Aryan terselit di celahan kawan-kawan.. Masa ni nyanyi lagu Change the World (kot?). Patutlah kat rumah dia asyik nyanyi n buat gaya-gaya utk lagu ni.
 
End of the concert. Perut lapar gila ok. Memang rasa nak komplen je kat BBIM ni. Buat even 6PM - 10PM. Pastu tak provide meals. Kalau ada food boleh beli kat cafeteria PICC tu aku takde hal lah sangat, ini kat cafe tu semua licin food dia. Then tutup cafe pukul 7PM. Kegilaan apekah ini? Serious tak puas hati.
 
Pose wajib Aryan. Mommy ikutkan aje :)
 
Syg sgt budak kecik ni tau
 
Deddi pun syg Aryan sangat
 
Our small family + 1 dalam pewut :)
 
Memula takde org nak amikkan gamba. Snap la diri sendiri kat cermin. Poor us. Sebab semua org pun sebok ngan anak memasing.


 And my fevret photo of the night...
.
.
.
.
.
.
.
.
 
.
.
.
.

 
 
Mommy loves you no words can describe. Be an anak yang soleh ye Aryan, yang berguna kepada ummah when you grow up. Mommy & deddi will give the best selagi termampu. Muahhh!


Monday, September 16, 2013

Seminar Menghafal Al-Quran Kaedah DarwishDarwisya

Salam Hari Malaysia !

Takde buat apa-apa pun today.Pergi wedding then ptg karang we plan to bring Aryan to Tasik Titiwangsa naik kuda. Ai pun jakun ok tak pernah explore tempat itu.

Well, actually I wanna share my experience attending this seminar - Menghafal Al-Quran Kaedah DarwishDarwisha. Never in my thought I would attend this seminar because frankly speaking tak pernah terlintas pun visi dalam hidup nak Aryan or his adik(s) utk menjadi hafiz atau hafizah. Even though I followed Pn Lina's blog (Darwish n Darwisya's mom), aku rasa macam tak mampu nak mendidik anak macam mana yang dia buat. Sedangkan aku sendiri pun terkontang-kanting nak hafal 5 ayat pun makan minggu, inikan pulak nak ajar anak sendiri.

Until my fren ajak pergi seminar ni. To me, mesti akan ada parenting skills yang bermanfaat utk aku sebab apa-apa pun it goes back to the Al-Quran right. At first macam hesitate nak pergi, sebab the fee is RM190 per person hokei. Wah ada jugak rasa kedekut tu walaupun nak menuntu ilmu kan. PPffttt! We went there in a group of 4, semua pergi without husband,maka MNI pun kenalah jaga Aryan kat rumah. Aagagaga. Dapat diskaun sebab 4 org jadi RM170 per person.


And my perception totally changed as early as during the introduction. Pn Lina tu sangatlah sempoi. I thought dia mestilah bertudung labuh dan setiap patah perkataan dia pasti akan ada hadis hadis dan potongan ayat Al-Quran sebab tu lah dia berjaya didik anak dia sampai boleh hafaz Surah Amma at the age of 3! And I was totally wrong. Masa dia cerita bagaimana dia berhijrah sebab dah almost 10 tahun kawen but belum ada rezki dikurniakan anak, then Allah makbulkan doakan dia dapat anak pertama. How her husband dulu sgt 'mat Salleh'. Makan pakai tangan pun tak reti you. And his vision at that time nak their daughter jadi professional pianist. Just like other parents yang nak anak jadi doctor, engineer etc.

But of of them berhijrah ke arah lebih baik dan Alhamdulillah berjaya didik anak mereka sampai ke tahap sekarang, dengan izin Allah.Padahal dia bermula dengan hanya 3 Qul yang dia hafal. Kata-kata dia yang macam setepek kena kat muka - Setiap Muslim sepatutnya ada 1 sahaja visi dan misi iaitu untuk masuk syurga. In order to get there, all of us dikurniakan 'insurans' yang boleh membantu kita ke sana iaitu anak-anak yang soleh dan solehah. And kenapa kita taknak rebut makhota syurga iaitu anak-anak yang huffaz. 

Dan tak perlulah tunggu kita jadik ustaz atau ustazah utk didik anak-anak mengenal Al-Quran. Selalunya typical community kita masa umur 4-5 tahun akan hantar anak mengaji rumah ustaz kat taman kat rumah kan. Sounds familiar? Padahal sepatutnya parents yang mengambil tanggungjawab mengajar Al-Quran pada anak-anak, dan masa yang paling penting ialah between 0-4 years sebab during this period otak bayi masih suci dan mudah terima apa yang kita sumbatkan.

"Bersegeralah dalam mendidik anak sebelum kesibukan melalaikanmu, kerana sesungguhnya apabila anakmu telah berumur dewasa dan berakal (tetapi tidak terdidik) maka dia akan menyibukkan (menyusahkan) hatimu dengan keburukkan".Hukama

Nabi S.A.W pernah bersabda,"Kegiatan anak semasa kecilnya akan menambah akalnya diwaktu dia membesar" (Riwayat Tarmizi)


Anak-anak Pn Lina ni sekolah kebangsaan biasa je. Yes true. I also thought anak2 dia sekolah tahfiz. Sangkaan ku meleset sama sekali. Balik sekolah kebangsaan, memang time anak2 dia dengan emaknya dan pembelajaran Al-Quran tu mmg Pn Lina lakukan sendiri. Kagum enough? 

I don't want to be so ambitious here.Wakaka. Kang jadi hangat-hangat tahi ayam. Yang penting sekarang ialah kena ada action utk start tu. At least ajar Aryan kenal betul-betul huruf Hijaiyah dan bunyi-bunyi dia, ajar dia membaca dan parallel to that sikit-sikit ajar dia menghafaz. And of course at the same time, both MNI and I pun kena belajar bersama-sama. Sebab aku ni pun rasanya 30 surah terakhir tu pun aku tak hafaz. Embarassing nya kan compared to budak 5 tahun dah hafaz 5 juzuk Al-Quran. Subhanallah. Aryan so far dah boleh baca Fatihah and few doa. But frankly speaking, bukan aku yang ajar. Aryan belajar tu semua kat skolah. Aku adalah baca-bacakan dia sikit-sikit but I know that he got it from school.

Ada byk tips yang Pn Lina shared on top of the kaedah-kaedah mendidik tu :
1) Biasakan anak dengan alunan ayat Al-Quran - siang dengan surah Amma (30 surah terakhir), malam dengan surah-surah pilihan. 
2) Kena sacrifice tutup TV langsung kat rumah depan anak-anak. At least sampai umur dia 4 tahun. TV tu hanya pasang VCD Al-Quran and cerita-cerita islamik. Sebab even cartoon tu pun sebenarnya ada unsur tak elok utk anak-anak.
3) Kena sacrifice utk tak berapa kesah kalau rumah messy. Sebab dalam mendidik anak2 ni, mmg kita kena ikut rentak anak kita yang lasak tak reti diam etc. Especially anak lelaki.
4) At least dalam jadual harian kena ada 1 hour utk belajar Al-Quran dengan anak-anak. Contoh pukul 8-9 malam. Ini kalau anak dah kenal huruf dan time nak belajar membaca.
5) No Hitz FM atau segala FM dalam kereta. All the way alunan Al-Quran. At least depan anak-anak. Once anak dah kuar keta, lantak lah nak bukak radio ape.

And many more. Sounds simple and macam biasa dengar je. But bila dia cerita her own experience , itu part yg mahal tu aku rasa. Susah nak cerita in words, you have to experiece it yourself and of course take actions then baru rasa kot.

Ni kat bawah ni agenda dalam seminar tu. Termasuklah cara mengatasi anak yg memberontak macam Aryan. UUhuhu.


And of course, ada a lot of bantuan mengajar like books and CDs. Tengok kemain banyak aku rembat. Ni kalau tak start mengajar Aryan dengan gigih, mesti kena ketuk ngan MNI. Hohoho.

'Mommy nak horseee !' suara Aryan. Haha. Ok it's Titiwangsa time. Bye people.


p/s more info here:

Thursday, February 21, 2013

3 Series

Happy 30th Birthday Yayang !
(Baru 3 kali annivesary dah ketandusan idea nak tulis birthday wish and also birthday entry ;p ) That proves there are so many ups and downs in our marriage that I truly enjoy and appreciate sampai tak tau bagaimana nak di-expresskan. Macam tu kekdahnya. Meh copy ucapan kat FB. Wheehehe.

Happy Birthday Yayang ! We fight, we laugh, we cry, we share secrets, we smile...everything together. You are the person in whom I take pride. Please always be my Imam and pray that our family will always be in His rahmat dan kasih sayangNya. We love you so much ! -mommy & aryan- Psstt : dah 3 series ok this year :)

And his reply was (not to me lah, dia reply semua wish kat FB dia ):
Assalammualaikum! Terima Kasih kepada semua Keluarga & sahabat yg mengucapkan ucapan hari lahir dan mendoakan kebahagian saya sekeluarga. Sesungguhnya hanya Allah SWT yg dpt membalas jasa dan doa kalian. Semoga kita semua tergolong dalam hamba-hamba Nya yang beroleh rahmat. Ucapan istimewa buat isteri ku tercinta yg telah hadiahkn ku cahaya hati dan menjadi pelengkap hidup ini. InsyaAllah sama-sama kita berdoa agar kita bersama hingga ke Jannah! Amin. (posted with this photo below)

                        Photo: Assalammualaikum! Terima Kasih kepada semua Keluarga & sahabat yg mengucapkan ucapan hari lahir dan mendoakan kebahagian saya sekeluarga. Sesungguhnya hanya Allah SWT yg dpt membalas jasa dan doa kalian. Semoga kita semua tergolong dalam hamba-hamba Nya yang beroleh rahmat. Ucapan istimewa buat isteri ku tercinta yg telah hadiahkn ku cahaya hati dan menjadi pelengkap hidup ini. InsyaAllah sama-sama kita berdoa agar kita bersama hingga ke Jannah! Amin.

Taching sangat I rasa tau ! Apa-apa pun yayang, having you as my other half is the best thing ever happened in my life. I love you so much kerana Allah.

Celebration ? Nan ado yang grand or candle light dinner kat hotel ke dek non. Being us, kami celebrate sendiri dengan 1 piece of secret recipe cake yang ditiup dan 3/4 dihabeskan oleh tuan kecik Aryan. Seriously oke, he ate 3/4 of that blueberry cheesecake. Aku makan 3 suap kecik, MNi makan 2 suap kecik je kot? The rest selamat masuk perut Aryan. I did not know he likes that cake, kalau tau pasti aku beli 1 whole cake. Ni selalunya aku je yg ada sweet tooth, maka kalau beli kecik ke besar ke, last2 aku cekik sorang-sorang. Instead of being gemuk sorang2, baik aku beli kek 1 piece je kan ;p

Btw, can't wait for our familymoon next week! I am gonna be almost 2 weeks off yaw. This is part of MNi's birthday 'celebration' lah gitu. Hohoho ! Hadiah dah bagi 2 weeks before besday sebab Note2 MNi dah kaput. Si isteri berasa kasihan tgk laki dia asyik2 fone mampuih je, maka telah meng-order Iphone5. Dengan pantas, 4 hari camtu dah sampai terus bagi hadiah dan pakai. Senang aku nak call and check dia kat mana buat apa segala. Kalau tak fone asyik tak dapat je, and sms tak berbalas sebab asyik mampuih sendiri Note2 dia tu. Hemmph !


Thursday, January 31, 2013

Warna warni plelangi

Hallo ! Pejam celik pejam celik, it's end of January already kan. Sebelum event ini menjadi entry basi, meh story mory sikit pasal our majlis kesyukuran and Aryan's 2nd birthday celebration.

Seperti yang diangan-angankan, I wanted to do all the preparation by myself. Instead of hiring any party planner (doesn't sound appropriate kan since the event was actually a majlis doa selamat plus Aryan's birthday), I did almost all of the remeh temeh mak nenek things by myself. From the invitation card & email, event theme, food ordering, candy buffet deco...pendek kata semualah. But of course food tu idokle aku masak sendirik. Cukupla pengajaran dapur terbakar in 2011 gara-gara nak buat makan-makan ni because of gas leakage. After that incident, tak kosa aku nak bersusah payah masak bnyk-bnyk utk even seperti ini.

I asked Kak Liza to masak. Menu utama was Nasi hujan panas, ayam masak merah & ayam goreng rempah, daging kurma, and kerabu mangga. Menu kecik was soto nasi. Dessert mmg telebey la plak dengan pulut & pengat serawa durian, kuih muih, muffins and buah jambu. Pastu kat candy buffet pun ada juga perkara2 menggemukkan seperti cheese tart, oreo chocs, jelly bean, cookies entah apa-apa lagi lah ada kat situ.

For birthday cake, I ordered from Eytachoc.com. Never tried her cakes before but I opted for her sebab she is based in Nilai. so dokat sahaja. Catering Kak Liza tu from Ampang. Riso jugak hati ini takut anything happen sebab agak jauh dari rumah kan. But Alhamdulillah all went smooth and well.

The biggest mistake I made was, I forgot to letak nama Aryan or apa2 wordings like Happy Birthday Aryan yada..yada...yada.. So cake sampai, ada gamba upin ipin and thats it. Hee luckily I prepared the signage tu, at ,least tau la jugak kek besday khenn. Dah lah I did not check how many kg the cake was. So ended up yg sampai was standard cake size lah. Konfem tak cukup nak bagi semua org :( Dah la sedap kek tu.. Sorrylah kpd sesiapa yang tak dapat makan kek tu.


Deco adalah 100% DIY. Wah gitu. Asalkan ada ghopa sudah. Takdenya extravaganza ke hapa since tangan aku ni kejung kaku takde seni dek non ! Apa yang ada kat umah like bottle kaca tu letak kan aje kay candy buffet table. Yang label & signage tu aku gigih la google design sendiri and print. Pastu kerah tenaga MNi suh gantung. Lagi kerah tenaga sepupu sepapt pump ballon and gantung sekeliling khemah. pastu gamba khemah 1 pun tak snap. Sekian.
 
 
Rumah kat depan jadi nursery. Aku keluarkan segala kereta, motor,boat segala letak kat depan. pastu main ramai-ramai jgn gadoh ok. Lagi best kalau sewakan inflatable mainan yang boleh masuk lompat-lompat tu kan. But mahal lah aku rasa sewa dalam RM400 gitu. Lupakan saja niatmu. Baik beli makanan bagi org makan.
 
 
 
Door gift plak, semua beli from GM Plaza. Murah sangat ye. Ni tak tipu punya. Tema secara tak sengaja adalah 'Cars' sebab aryan suka sgt main keta.. lagipun car je satunya perkataan yg dia boleh sebut dengan terang jelas dan nyata serta difahami maksudnya. I was thinking nak masukkan brg berilmiah je dalam door gift tapi end up ada jugak jajan. Pastu ada colouring book, whiteboard with marker kecik, letak tu corn stick, apollo cake and susu Dutch lady choc. Ni konon susu ni healthy la kan. Memula aku nak letak air kotak biasa je, tapi MNi tak bagi. Tak elok utk kids katanta, baik bagi susu choc. yang anak dia togok air sirap campur oren tu sihat sgt agaknya ;p 
 
 
Disebabkan sibuk melayan tetamu, mmg takde amik gamba yg bnyk pun. This is the only family photo yg sempat amik. Nasib baik ada kan.
 


Birthday boy with his birthday gifts. Tima kasih aunties and uncles yang sudi hadir and bagi hadiah, kata Aryan.Ini hari keesokannya, so segar bugar lah dia. Pada hari kejadian tu, dia main satu hari dengan tak makannya, malam terus flat. Kesian penat noo kan.



All in all, majlis berjalan lancar. Hujan lebat bila dah pukul 6 lebih. Nasib baik masa majlis tak ujan :) Tapi serious penat ok. Coming years kita buat besday kat pizza hut je lah k Aryan. Senang, mudah, cepat, jimat tenaga mommy :)