Showing posts with label FLUtherapy. Show all posts
Showing posts with label FLUtherapy. Show all posts

Monday, June 12, 2017

NARINAR FLUTHERAPY

DILANCARKAN sejak Mei tahun lalu, terapi selesema bayi, Narinar Flutherapy berjaya terjual melebihi 2,000 unit sebulan.

Menyasarkan lebih ramai wakil jualan pada tahun ini, Narinar Group Sdn Bhd, yakin jualan produk tersebut meningkat tiga kali ganda.

Diterajui pasangan suami isteri, Shazren Shah, 33, dan Nawawi Ibrahim, 34, bersama sahabat mereka, Mohd Najib Bakar, 34, nyata percaturan tiga usahawan ini memperkenalkan terapi selesema bayi pertama di Malaysia, mendapat sambutan baik di kalangan orang ramai terutama ibu bapa yang sering berdepan masalah kesihatan anak.

Menurut Shazren yang juga ibu kepada dua cahaya mata, ilham menghasilkan produk tersebut tercetus dari pengalamannya menguruskan anak kecil yang sering mengalami selesema dan batuk.

Walaupun dikategorikan sebagai penyakit ringan, namun ia tetap ganggu keselesaan anak. Malah jika tidak dirawat ia boleh membawa penyakit lebih serius seperti bronkitis dan radang paru-paru.


“Ketika itu saya cuba guna pelbagai rawatan termasuk kaedah alternatif menerusi minyak pati. Alhamdulillah, saya nampak perubahannya dan terlintas di fikiran saya untuk berkongsi kebaikan tersebut bersama ibu bapa lain.

“Sejak itu saya mula menambah ilmu dan menjalankan kajian mengenai minyak pati tumbuhan serta bunga-bungaan dan bekerjasama dengan beberapa pakar dan penyelidik Bioteknologi dari Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi dapatkan formula terbaik,” katanya.


Shazren berkata, Narinar Flutherapy diperbuat daripada 100 peratus bahan semula jadi dengan gabungan minyak pati asli seperti lavender, lemon dan pudina yang berfungsi membantu serta melegakan masalah pernafasan.

Lebih istimewa, Narinar Flutherapy mengandungi pati gam Arab (Boswellia Carteri) yang eksotik serta mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan.

Sementara itu, Nawawi berkata, Narinar Flutherapy telah jalani dan melepasi tiga siri ujian makmal bersama Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim), memastikan tahap keselamatannya.

Malah produk di bawah kategori Narinar aromaterapi tersebut turut mendapat kelulusan Notifikasi Kementerian Kesihatan Malaysia.


“Penggunaannya adalah berserta dengan cara terapi urutan yang betul dan kami akan membimbing pelanggan menerusi nota kecil panduan cara guna serta video khas yang akan di beri akses untuk di muat turun secara atas talian dengan setiap pembelian. Hanya titiskan Narinar Flutherapy di tapak kaki, dada dan belakang dengan teknik urutan rama-rama dan titik-titik refleksologi, ulang setiap 15 hingga 30 minit sehinggalah selesema atau batuk berkurang.

“Dengan isian 10ml, Narinar Flutherapy mampu bertahan sehingga sebulan dan bergantung kepada kekerapan penggunaan. Produk ini bernilai RM70 tetapi kini hanya RM59 untuk pengenalan,” katanya yang bermula dengan modal RM600.

Selain pasaran tempatan, Nawawi berkata, Narinar Flutherapy, sudah menembusi pasaran luar seperti Singapura, Brunei, Hong Kong dan Filipina.

Syarikat kini dalam usaha meluaskan lagi pasaran ke peringkat antarabangsa dan merancang untuk menubuhkan Family Theraphy Centre bagi memudahkan orang ramai terutama ibu bapa mendapatkan manfaat Narinar Flutherapy.


Tawar percutian kapal ke Turki

Menggunakan platform online sepenuhnya, Narinar Group, giat mempromosikan Narinar Flutherapy menerusi kempen Terapi Selesema Bayi bagi membantu ibu bapa menangani masalah tersebut.

Selain itu, pelbagai ganjaran ditawarkan kepada wakil jualan Narinar Flutherapy sebagai usaha penghargaan.

Selaku Pengarah Pemasarannya, Mohd Najib berkata, seramai 40 rakan niaga yang merupakan dropshipper atau digelar FTwarriors dipilih untuk menikmati percutian di atas kapal persiaran mewah selama tiga hari dua malam ke Langkawi-Krabi, baru-baru ini.

Meneruskan ganjaran tersebut, Mohd Najib berkata, kali ini, syarikat memilih Istanbul-Turki sebagai destinasi percutian mewah kepada FTwarriors yang berjaya mencapai sasaran jualan seterusnya.


“Program ini bukan hanya percutian semata-mata, tetapi juga sebagai berpeluang berkongsi ilmu perniagaan dan pemasaran kerana kami turut membawa ikon-ikon perniagaan tersohor,” katanya.

Mengulas mengenai FT Warriors, Mohd Najib berkata, program dropship yang diperkenalkan itu tidak memerlukan sebarang modal perniagaan dan sedia membantu orang ramai menambah pendapatan bersama Narinar Flutherapy.

“Kami tidak hanya membuka peluang perniagaan, tetapi juga menyediakan latihan dan bimbingan kepada FTwarriors,” katanya.

Dalam pada itu, Narinar Group turut menawarkan promosi khas sempena Ramadan dan Syawal, dengan pemberian ‘Papan Cinta’ bagi setiap pembelian tiga botol Narinar Flutherapy pada harga RM159.

Juga kempen Duit Raya Narinar yang menawarkan cabutan bertuah sebanyak RM2,000 menerusi 10,000 sampul raya. Kempen ini terbuka kepada semua.

Layari laman web www.terapiselsemabayi.com/duitraya dan Facebook di www.facebook.com/flutherapyofficial untuk maklumat lanjut.




                   

Monday, March 6, 2017

BAYI SELSEMA LAMA


USAH BIARKAN BAYI ANDA SELSEMA LAMA
Selesema dan batuk antara penyakit yang kerap dihidapi bayi berikutan faktor cuaca, jangkitan di pusat penjagaan, persekitaran tidak sihat serta disebabkan ketahanan imun tubuh si kecil yang masih rendah.
Walaupun selesema dan batuk dikategorikan sebagai penyakit ringan, ia bukan alasan ibu bapa bersikap sambil lewa, terutama membabitkan bayi yang masih kecil. Ini kerana selesema ringan yang diabaikan boleh mengganggu keselesaan anak dan berisiko membawa penyakit lebih serius seperti bronkitis dan radang paru-paru atau pneumonia.
.
Dari sudut perubatan, selesema dikatakan mudah terjadi disebabkan jangkitan virus pada saluran pernafasan bahagian atas, manakala batuk berlaku hasil tindak balas tubuh untuk membantu mengeluarkan kahak dari saluran pernafasan.
.
Di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak lagi membenarkan penggunaan ubat batuk dan selesema bagi kanak-kanak di bawah umur dua tahun sejak 2007. Manakala Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA) di Amerika Syarikat pula menggandakan larangan dengan menambah saranan supaya kanak-kanak di bawah umur enam tahun tidak digalakkan diberi ubat batuk dan selesema.
.
Ini disebabkan banyak kajian membuktikan ubat batuk dan selesema tidak berkesan untuk mengubat gejala penyakit berkenaan bagi kanak-kanak, sebaliknya membawa kesan sampingan yang lebih buruk.
.
Menyedari masalah itu, NARINAR Group Sdn Bhd memperkenalkan produk terapi selesema bayi untuk membantu mengurangkan simptom selesema dan batuk, sekali gus memberi keselesaan berpanjangan untuk si manja.
.
Produk NARINAR FLUtherapy tidak perlu diambil secara oral, sebaliknya dititis ke tapak tangan untuk urutan tapak kaki bayi, dada, bahagian belakang tubuh serta perut.
.
Menurut pengasasnya, Shazren Shah, minyak aromaterapi berkenaan dihasilkan daripada pati tumbuhan eksotik dan dirumus secara khusus untuk bayi berusia dua tahun ke bawah.
.
“Produk ini diperbuat daripada minyak pati asli lavender, lemon dan pudina. Lebih istimewa ia turut mengandungi gam arab atau Boswellia carteri yang mempunyai banyak kebaikan kepada kesihatan.
.
“Semua bahan yang terkandung dalam minyak aromaterapi ini 100 peratus semula jadi dan bebas bahan kimia. Kami gunakan minyak zaitun asli sebagai minyak asas supaya ia mudah menyerap pada kulit dan selamat digunakan untuk semua peringkat usia,” katanya.
.
Jelasnya, pati minyak bunga eksotik lavender dipilih dalam ramuan produk kerana bersifat antibakteria dan antiinflamasi yang tinggi. Malah, ia juga bagus untuk membantu melegakan saluran pernafasan yang bengkak akibat selesema, batuk berpanjangan dan bertindak sebagai penenang tubuh dan minda.
.
“Minyak dengan aroma menyegarkan pudina mempunyai keistimewaan dalam membantu melegakan masalah pernafasan bayi. Jadi, tidak hairan minyak pudina popular dalam kebanyakan produk merawat selesema. Ia juga penyelesaian yang baik untuk masalah kembung yang lazimnya berlaku pada bayi.
.
“Pati lemon pula bersifat antivirus dan sudah terkenal dengan kebolehannya melawan jangkitan. Paling utama, minyak aromaterapi ini juga mengandungi gam arab iaitu tumbuhan yang mampu meningkatkan daya imun tubuh serta berfungsi membantu melonggarkan kahak bayi,” katanya.
.
Bagaimanapun kata Shazren, keberkesanan produk terapi selesema ini bergantung kepada kaedah penggunaan yang betul. Atas faktor itu, pihaknya tidak memberi fokus kepada pemasaran di kios mahupun kedai jamu, sebaliknya melantik wakil perunding untuk memberi khidmat nasihat mengenai penggunaan produk.
.
“Memandangkan ia diperbuat daripada bahan semula jadi, minyak aromaterapi ini perlu disapu setiap 15 hingga 30 minit di titik tertentu yang berkait dengan masalah selesema dan batuk berpanjangan. Bagi tujuan mencegah pula, minyak ini hanya perlu digunakan dua kali sehari. Ini pentingnya sesi rundingan kerana perunding akan memberi penerangan mengenai kaedah penggunaan yang tepat bagi mendapat hasil optimum,” katanya.
.
Jelas Shazren, pengguna juga tidak perlu risau mengenai tahap keselamatan kerana minyak ini sudah melalui tiga siri ujian SIRIM iaitu ujian logam terlarang, mikroorganisma dan iritasi kulit, yang mengesahkan ia bebas logam berat dan mikroorganisma berbahaya serta mesra kulit.
.
“Lebih menarik, walaupun minyak aromaterapi ini khusus untuk melegakan selesema, ia juga berupaya menenangkan bayi pada saat kembung perut, tidak selesa atau sukar tidur nyenyak.
.
“Banyak teknik urutan khas yang boleh diamalkan. Secara tidak langsung ia mengeratkan lagi hubungan antara ibu bapa dan bayi,” katanya.

Boleh tekan link ni terus whatsapp Kak Erin untuk kongsikan tips terapi ni ya. https://tinyurl.com/h638epe