Showing posts with label Parenting. Show all posts
Showing posts with label Parenting. Show all posts

Sunday, June 11, 2017

HADIAH RAMADAN

Salam Ramadan semua .

Tak menyempat nak story mory Ramadan tahun ni. Tup tup dah habis separauh Ramadan kan.

Isnin ni anak-anak dah mula bersekolah. Kepada yang nak jemput anak-anak pulang dari kampung pada hujung minggu ni, Kak Erin nak cadangkan 3 hadiah istimewa yang boleh uols bagi pada keluarga di kampung yang dah berhempas pulas menjaga anak-anak  sejak 2 minggu lalu. Kalau tinggalkan diorang kat kampung lah kan.


1. Buka puasa special
Indahkan kalau kita dapat penuhi keinginan orang yang kita sayang. Lagi-lagi orang tua kita sendiri, adik -beradik yang sama-sama membesar dengan kita. Kita tahu dah makanan apa yang mereka suka.
Apa kata mommies singgah di baazar dan belikan satu dua makanan yang mereka suka. Lagi baik mommies luang sedikit masa untuk masakkan makanan kegemaran mereka.
Kata orang air tangan tu lah pengikat kasih sejati. Setuju?


2. Baju raya untuk mak
Masa kita membesar dulukan tiap kali raya mesti kita ada baju baru. Kalau tak de mesti kita akan memberontak mengilai-ngilai di pagi raya.
Tapi ingat tak, masa itu kan baju mak kita baju baru ke? Baju melayu ayah dah berapa tahun guna?
So bolehlah ringan-ringankan tangan belikan baju baru untuk mak. Tak semestinya nak baju baru lip lap lip lap. Baju tidur mak kita, baju di rumah mak kita macam mana?
Semuanye dah lusuh kan. Belikan la walau 1 baju baru yang selesa mak pakai di rumah bagi menyambut tetamu atau ketika beliau bersama Tuhannya di sepertiga akhir malam.


3. Duit Ramadhan
Asik duit raya je kan, duit Ramadhan ada tak? Sedangkan bulan Ramadhan nilah Rasulullah ajar sedekah lebih banyak dari bulan-bulan yang lain.
Jadi mommies bagilah lebih banyak dari biasa kepada mak kita supaya diorang yang teringin nak bersedekah tu dapat juga pahala sedekah di bulan Ramadhan ni.

Okeh till next update. Daaa!





Saturday, June 10, 2017

GALAK ANAK MINUM AIR MASAK

Geram tak kalau anak susah minum air masak?

Kak Erin geram sangat! Walaupun pada hakikatnya diri sendiri paling nyampah air masak. Patut aii susah nak detox dan kurus ðŸ˜‚

Tapi lain benar dengan Ninjas. Dua-dua Ninja peminum air masak tegar. Bagus kau nak.

Meh Kak Erin share tips bagi anak tergila-gilakan air masak.

1 >> Elakkan perkenal air macam-macam kaler dari awal usia. Sebab once tekak dia dah rasa air manis masam sedap semua, konfem dia rasa air masak tu yuksss hambarrr gitu. Bab ni Kak Erin memang sangat strict. Kata ada pengawas makanan kat rumah tu kan. Kah.
.
2 >> Sediakan botol air yang cantik menarik memang D' bomb untuk anak. Memang khas untuk dia dan sentiasa ada kat tempat yang dia mudah nampak. Dedulu Ninja besar guna botol air otomen, transformers dan batman. Tapi sekarang guna yang plain saja. Dah bujang katanya.
.
3 >> Guna botol yang ada straw. Bukan yang hirup guk guk guk itu. Mengikut kajian cuba jaya Kak Erin, guna straw lagi mudah nak minum air masak yang tak berapa sedap itu. Seolah-olah kita tak perasan pun minum air masak.
.
4 >> Walk the talk. Ni untuk mommy deddi lah. Ehemm. Kena batang hidung sendiri. Kah. Tunjukkan contoh yang baik untuk anak follow. Ni suruh anak minum air masak, dia sendiri minum air gas depan anak. Apa kes?
.
5 >> Sesekali boleh offer air manis sikit-sikit. Go for low sugar atau juice yang no added sugar. Ni semua masih tinggi kandungan gula tau. Kata je low kekononnya. But point dia nak kata, sekali sekala tu takpelah. Paling win blend lah fruit juice kat rumah tu. Blender buah cecantik buat perhiasan buat apa kan?
Ok selamat mencuba. Kak Erin pun tengah practise and belajar dari anak sendiri. Kehkeh.










Friday, January 13, 2017

Rahsia tegur anak tanpa marah

"Mommy tak baik marah-marah. Nanti Allah tak sayang"
Siapa pernah kena sedas sedebik kat muka. Bila anak kata camni. Kehkeh.

Meh Kak Erin share RAHSIA TEGUR ANAK tanpa memarahi. Sebab Kak Erin memang singa kat rumah tu. Maka selalu kena tarikkk napas lepass hai bertabah lah hati. Kena sound dengan Ninjas selalu. Tu tak masuk kena tarbiah dengan MNI lagi tu. Eh.

1. Tegur secara halus
- Instead of marah anak secara direct, tarik keistimewaan yang dia dapat. Then terangkan kenapa dia dah tak dapat lagi benda tu. Contoh cut time tengok TV kalau dia taknak baca Iqra.

2. Dengar penjelasan anak
- Jangan lah kita je tahu nak bebel. Belajar jugak untuk jadi pendengar hebat. Simpan sikit bebel tu untuk esok.

3. Minta maaf 
- Kalau dah telepas memetir tu, minta maaf dan terangkan kenapa kita jadik monster tu. Secara tak langsung kita ajar anak jadik sopan santun.

4. Puji anak bila dia buat baik
- Ini bantu anak dapat self-confidence tau. Elakkan asyik kondem dia je. Bila dia buat sesuatu yang baik sila raikan dengan gembira.

5. Bagi kepercayaan
- Anak akan belajar hargai diri sendiri dan buat sehabis baik ikut kemampuan dia. Kalau ada reward pergh lagi mencanak dia buat apa kita mintak.

Okey tu jer. Salam Jumaat dan menempuh weekend dengan hati bunga-bunga.

Toodles!

Friday, January 6, 2017

5 bukti mommy gojes & deddi kachak yang sibuk macam lebah masih mampu berseronok dengan anak

Kalau tak busy kerja, busy bisnes. Sama je lah dua kali lima. Jadi isu besar gajah tauu kalau alasan ni buat kita tak lalui hari-hari bersama anak dengan riang gembira dan berkualiti.


Awak boleh try lah ni hokei.

1. Jika driving ke tempat yang anak kita dah biasa, awak turn off itu Waze. Biarkan anak yang tunjukkan jalan. Awak akan terkejut bising macam pasar ikan bila budak cinoet arahkan mommy turn left. Nanti lagi sorang no nooo turn right!

2. Kalau sampai rumah selalu dah tenggelam matahari dan tak sempat berceloteh dengan anak, awak try spend masa pagi ok. Kak Erin prefer yang ni. Spend time dengan Ninjas sebelum ke ofis dan diorang ke kindergarten. Macam motivasi pagiiii gitew.

3. Sambil driving hantar pegi skolah tu, doa, nyanyi together, role play and story telling in the car. Takyah lah serious sangat awak tu pun lah haiii. Iskhh.

4. Bawa anak pergi grocery shopping. But make it fun! Dukung dia kat bahu amik barang di rak tinggi. Suruh diorang tolak trolley. Dan mintak diorang pilih sayur, buah dan juice. Taaapiiii elak masuk itu lorong junk food dan jajan cikedis tau. Lorong lorong hitam namanya.

5. Hello mommy. Kalau busy naww kalah permaisuri lebah sekalipun, sekali dalam seminggu cuba jugak asapkan dapur tu. Home cooking dengan anak ialah so much fun ooo. Bagi diorang siang sayur atau kacau kuah.

Semua orang pun ada masa 24 jam je sehari. Kalau tunggu pergi playground hujung minggu lah, proper family vacation atau layan Jeng Jeng Jeng kat IOI Mall baru spend quality time, sadis lah anak kita tu kan. Makan hati ulam jantung pisang tau. Kita je tak tau.

Setuju ke nii?

Wednesday, January 4, 2017

7 TIPS HANTAR ANAK KE TASKA ATAU PLAYSCHOOL

Siapa mommy pagi tadi tanpa sedar kolam mata bergenang hangat sebab first day hantar jantung hati ke taska atau playschool? Tiba-tiba teresak-esak dalam kereta rasa nak tukar profession jadi cikgu kat situ mengadap pengarang jantung kita tu. Ecece tak mengaku lah teww ðŸ˜‚

Meh Kak Erin share 7 TIPS HANTAR ANAK KE TASKA ATAU PLAYSCHOOL.

1. Kenalkan dengan taska dan cikgu atau pengasuh. 1 minggu sebelum hantar tu bawa anak round ke taska. Jumpakan dengan cikgu supaya anak tak rasa orang baru dan environment yang sangat asing.

2. Mulakan secara berkala. Ini sangat penting untuk anak yang first time nak pisah ngan mommy. Baru habis maternity leave gituu. Anak akan ada 'separation anxiety' iaitu salah satu daripada perkembangan emosi dia. So try dulu tinggalkan dengan suami atau nenek ke untuk 1-2 jam.

3. Play role. Mommy jadi pelakon sambilan lah. Ceritakan watak yang ada kat taska atau playschool tu. Apa aktiviti kat sana dan jumpa kawan baru. Play role dan teknik bercerita ni kita buat dengan nada dan cara yang menarik. So anak rasa seronok nak pergi taska.

4. Barangan lengkap. Elakkan kelam kabut pastu tertinggal macam-macam. Dan boleh juga selitkan barang kesayangan anak. Contohnya botol air Ultraman dia ke. Bila ada barang yang dia familiar anak akan fefeeling at home.

5. Boleh apply apa-apa yang selalu anak guna kat rumah untuk kesihatan dia di taska. Kan bila ramai-ramai anak kecil ni mudah berjangkit kan. Elakkan hantar anak ke taska kalau anak kita tak sihat ya. Untuk adil kepada anak kecil yang lain.

6. Peluk cium anak. Elakkan lama-lama sangat hai hai bye bye nak dekat 15 minit kat gate tu haaa. Pendek pendek sudah. Short and sweet gituu dengan penuh perasaan.

7. Ni paling penting. Elakkan patah balik sebab mommy sendiri tak hati kering. Hikhik. Kalau sebak dadaku mengalir air mata dari telaga ketujuh pun, nangis je kat dalam keta sampai ke opis. Then balik kerja on time dan pick up anak on time juga. Itu lebih bemakna.

Ok tu je. Selamat melayan perasaan teringatkan anak masing-masing sambil menunaikan amanah dan tanggungjawab di tempat kerja.

Friday, December 27, 2013

Xmas Day

Memang mencabar sungguh bekerja pada hujung-hujung tahun ni. I felt like makan gaji buta already sebab dia punya malas tu, tak ter-describe rasanya. And dah ujung-ujung pregnancy ni, I started to meloya semula. Pening-pening nak muntah segala. Hamagadd bertabahlah !
 
We promised Aryan to bring him to playground on the Xmas public holiday. The initial plan was the Lake Garden. Aryan asyik main kat indoor playground je, kesian dia. Tapi apakan daya, mak bapak dia bangun tido kol 9.30 pagi, buat breakfast ketang ketung dah pukul 1130. Kalau nak pergi Lake Garden, mmg menyerah diri kena sun burn. Ecewah. Maksud aku tgh panas berdenting lah, acanne nak main. Kalau nak pegi ptg, takut hujan. So we diverted to Midvalley Megakidz.
 
First time pegi sana. Best jugak. Compared to yang kat Great Eastern Mall, Megakidz is way much better. Bigger and more activities. At the same price.
 
Weekdays = RM28 per entry.
Weekend = RM38 per entry.
 
Mak bapak anak semua kena pakai socks, macam biasalah. We did not bring any because igtkan nak pegi Lake Garden kan. So kenalah beli socks kat sana. Mencik.


The play gym - Tinggi gila ok. Ni budak besar beranilah panjat. Aryan setakat panjat 2 tingkat, dia dah menangis. Kahkah. Itu pun heret deddi dia naik sekali sebab takut dia nak panjat tinggi-tinggi. Haih macam mana lah kalau suh panjat pokok kelapa ala-ala kampung boy tu khenn.
 


See.. Deddi pun kena masuk sekali dalam jaring-jaring tu.

The slides pun quite tinggi. But Aryan bab slide dia no hal. Redah aja.
 
 
The inflatable area. Melompat-lompat sampai penat.
 
Ada jugak area untuk main game ni. But ini semua at additional cost ya. Kau kena lah beli token and labur duit dalam mesin mesin tu. Haish.. Nasib Aryan nak main game keta tu je. Dia kan pantang benda benda kaitan ngan car ni.. 1 token = RM2.

Pastu there is an area for art work. Ada kaler kaler and also sand art. Aryan sibuk jugak nak kaler-kaler. I was like.. kat rumah kan boleh kaler... Rerupanya dia dah nampak, ini kaler bukan sebarang kaler. Kaler kaler siap bake masuk microwave ok. Haha. Also at additional cost sebab kena beli plate utk dikaler tu. Ada 3 different sizes - S,M,L. Rm6,12 and 18 each. Kitorang belikan Aryan yang medium sudeh.

Canni rupa dia.. Pilih gamba apa kita nak. Pastu dia letakkan atas aluminium. Then kaler guna Faber Castle atas tu. Bila dah siap, dia masukkan dalam microwave, so kaler tu nanti mengeras. Then boleh kopek dari aluminium itu and lekat kat cermin, fridge and whatnots.

Kaler-kaler dia letak dalam bottle camni. So kena picit bottle ni utk mengaler. Then guna lidi utk ratakan kaler.

Aryan suka lah mengaler. But aku asyik suh dia careful careful takut kena baju. Susah nak hilang oke.
 
This is the end product !

 
Oh ada jugak bilik utk tgk movie. That is an awesome idea. Ramai mak bapak yg dah tak kosa kejar anak ke sana ke mari tu, letak anak dalam mini cinema tu. Ha dok ramai-ramai dalam tu tgk cartoon. But Aryan mmg tak lah nak dok lama. 5 mins je, pastu dah ajak mommy & deddi keluar. Tak adventurous katanya. Kehkhek.

Dah  duduk dalam Megakids tu berejam-rejam mmg konfem dia taknak balik punya. kena pujuk, drama swasta bagai ajak balik oke. Sebab dah janji ngan Wir and Fatin nak get together, let the kids buat gingerbread sama-sama.

So ptg lepas asar anak beranak pegi rumah Wir. The kids were happy lah of cos. Sebab jumpa kawan-kawan depa kan. End up bukan anak-anak yg buat gingerbread, mak-mak jugak yg siapkan.. Anak-anak lagi suka buat sepah main kat depan. Sekian..
 


Menu of the day.. Dessert ialah Tiramisu but tak pakai coffee. Sebab MNI is not a coffee person and taknak lah bagi caffein to the kids kan. Rupa mmg tak cantik okeii, tapi rasa lah dulu. Haha.

Main course - Lamb chop ! Resepi Kak Barb katanya. Sodapp.
 
 
Kudap-kudapan.. Gingebread. Adalah rupa org tu jugak kan. Heee.Tapi tak kosa nak decorate mata idung bagai. Kosong cenggitu je. Ini pun, rupa mmg tak cantik, tapi kasi rasa dulu lah baru tau ;p

The kids, biasalah dah main-main mesti la gaduh. Tak macho lah tak gaduh sesikit khen.

Kesian Wir. Bersepah gila rumah dia.. Next get together kita buat kat rumah aku plak ok. Atau picnic kat luar.

 
 
Ok dah. Itu sahaja aktiviti di hari Xmas. Puas hati sebab we spent quality time together. Mak penat sgt oke. MNI cuti the next day konon nak habeskan annual leave. Aku terkebil-kebil kena gi kerja, sebab cutiku ngam-ngam nak carry forward ke 2014. Bnyk aktiviti katanya tahun depan.
 
Eh dah nak 2014 dah eh. Laju sungguh tahun 2013 berlalu..
 
Ok dah. Happy weekend all !
 
 
 

Tuesday, December 17, 2013

Potty-train Aryan

Alhamdulillah Aryan dah pampers-less. Siang je lah tapi. Malam still dia terbabas. Agagaga ;p
 
It was quite easy to potty-train him. Maybe sebab faktor umur yang dah nak dekat 3 tahun. I know other mothers anak mereka baru 2 tahun lebih dah potty train anak-anak mereka. Salute y'all. Disebabkan faktor kemalasan aku jugak, tu yang lambat bebenau potty train si bujang tu. Somehow kena jugak make sure dia dah boleh berdikari in terms of benda-benda mcm ni before dapat adik in March 2014 inshaAllah. So kena jugak rajin to train him. Alhamdulillah dimudahkan semuanya..
 
Macam biasa, apa-apa yang nak train anak kita wajib bermula dari rumah. Dont ever harap aunties/teachers at the school to train him. Mereka hanya membantu, yang paling utama, the most important thing is us as parents kena start dulu, make sure the core thing is properly absorbed by the kid, then baru boleh share the responsibility with the teachers. As for Aryan, I started to train him during weekend. Mula-mula just kat rumah je.. And memang memenatkan because I need to ask him at least every 10 mins.
 
Aryan , do you want to shi shi ?
Aryan, nak poo poo tak ?
 
Berulang kali.. And kena ulang alik bawak pegi toilet, walaupun most of the time dia memain je kata nak shi shi & poo poo. So memang tak dapat dok diam kat rumah, keja bawak dia pegi toilet. Pastu Aryan takmo pakai toilet bowl kecik warna-warni yang aku beli, dia nak dok kat original toilet bowl yg besar tu jugak. So kena pegang dia takut bobos plak masuk dalam tu. Haaa.
 
After dah start kat rumah only, then beranikan diri bawak dia keluar jalan-jalan tak pakai pampers. Pergh ini pun dugaan jugak. Dalam keta pulak dia nak shi shi. Takde tempat nak benti, so kena train dia utk tahan shi shi sekejap. So far tak pernah lagi terbabas dalam keta. Haha. And he got the skill to tahan shi shi already. Kehkeh.
 
Dan pada awalnya, kalau nak poo poo dia taknak dok kat toilet bowl. Dia sanggup sakit perut tak poo poo atau nak pakai pampers bila poo poo. But Alhamdulillah, now dia dah faham utk duduk lama sikit kat toilet bowl tu, baru boleh poo poo. I think memula dia pelik knapa poo poo ni tak macam shi shi. Duduk je dan terus menunaikan hajat. So I had to explain to him, poo poo kena take time. Memang lambat sikit, takpe mommy wait for Aryan yada..yada.. yada..
 
And thanks a lot to his aunties at BBIM yang tolong potty train Aryan jugak. Memang pesan kat setiap aunty yang jaga aryan, but I also informed the pengetua branch jugak to ensure takde aunties yang tertinggal. Aku risau if Aryan cakap nak shi shi, nak poo poo kang diorang yang tak faham budak tu nak apa sebenarnya. Huuuu.
 
 
 
Rasa dah besar sangat abg Aryan ni. Sometime aku sendiri tak perasan dia membesar dengan begitu cepat sekali. Macam baru je semalam melahirkan dia.
 
Fresh from oven :)
 

At 4 months old. Monteloo sangat kan !

At 6 months old ! His first ever solid food.

At 2.5 years old. Suka sgt kasut kuning dia tu.

At 2.9 years old. Dah boleh teman mommy gi makan when daddy is not around.

His 2013 class photo. Pose wajib mesti ada. Khehekhek.


I love you son. With all my heart :)

Monday, September 16, 2013

Seminar Menghafal Al-Quran Kaedah DarwishDarwisya

Salam Hari Malaysia !

Takde buat apa-apa pun today.Pergi wedding then ptg karang we plan to bring Aryan to Tasik Titiwangsa naik kuda. Ai pun jakun ok tak pernah explore tempat itu.

Well, actually I wanna share my experience attending this seminar - Menghafal Al-Quran Kaedah DarwishDarwisha. Never in my thought I would attend this seminar because frankly speaking tak pernah terlintas pun visi dalam hidup nak Aryan or his adik(s) utk menjadi hafiz atau hafizah. Even though I followed Pn Lina's blog (Darwish n Darwisya's mom), aku rasa macam tak mampu nak mendidik anak macam mana yang dia buat. Sedangkan aku sendiri pun terkontang-kanting nak hafal 5 ayat pun makan minggu, inikan pulak nak ajar anak sendiri.

Until my fren ajak pergi seminar ni. To me, mesti akan ada parenting skills yang bermanfaat utk aku sebab apa-apa pun it goes back to the Al-Quran right. At first macam hesitate nak pergi, sebab the fee is RM190 per person hokei. Wah ada jugak rasa kedekut tu walaupun nak menuntu ilmu kan. PPffttt! We went there in a group of 4, semua pergi without husband,maka MNI pun kenalah jaga Aryan kat rumah. Aagagaga. Dapat diskaun sebab 4 org jadi RM170 per person.


And my perception totally changed as early as during the introduction. Pn Lina tu sangatlah sempoi. I thought dia mestilah bertudung labuh dan setiap patah perkataan dia pasti akan ada hadis hadis dan potongan ayat Al-Quran sebab tu lah dia berjaya didik anak dia sampai boleh hafaz Surah Amma at the age of 3! And I was totally wrong. Masa dia cerita bagaimana dia berhijrah sebab dah almost 10 tahun kawen but belum ada rezki dikurniakan anak, then Allah makbulkan doakan dia dapat anak pertama. How her husband dulu sgt 'mat Salleh'. Makan pakai tangan pun tak reti you. And his vision at that time nak their daughter jadi professional pianist. Just like other parents yang nak anak jadi doctor, engineer etc.

But of of them berhijrah ke arah lebih baik dan Alhamdulillah berjaya didik anak mereka sampai ke tahap sekarang, dengan izin Allah.Padahal dia bermula dengan hanya 3 Qul yang dia hafal. Kata-kata dia yang macam setepek kena kat muka - Setiap Muslim sepatutnya ada 1 sahaja visi dan misi iaitu untuk masuk syurga. In order to get there, all of us dikurniakan 'insurans' yang boleh membantu kita ke sana iaitu anak-anak yang soleh dan solehah. And kenapa kita taknak rebut makhota syurga iaitu anak-anak yang huffaz. 

Dan tak perlulah tunggu kita jadik ustaz atau ustazah utk didik anak-anak mengenal Al-Quran. Selalunya typical community kita masa umur 4-5 tahun akan hantar anak mengaji rumah ustaz kat taman kat rumah kan. Sounds familiar? Padahal sepatutnya parents yang mengambil tanggungjawab mengajar Al-Quran pada anak-anak, dan masa yang paling penting ialah between 0-4 years sebab during this period otak bayi masih suci dan mudah terima apa yang kita sumbatkan.

"Bersegeralah dalam mendidik anak sebelum kesibukan melalaikanmu, kerana sesungguhnya apabila anakmu telah berumur dewasa dan berakal (tetapi tidak terdidik) maka dia akan menyibukkan (menyusahkan) hatimu dengan keburukkan".Hukama

Nabi S.A.W pernah bersabda,"Kegiatan anak semasa kecilnya akan menambah akalnya diwaktu dia membesar" (Riwayat Tarmizi)


Anak-anak Pn Lina ni sekolah kebangsaan biasa je. Yes true. I also thought anak2 dia sekolah tahfiz. Sangkaan ku meleset sama sekali. Balik sekolah kebangsaan, memang time anak2 dia dengan emaknya dan pembelajaran Al-Quran tu mmg Pn Lina lakukan sendiri. Kagum enough? 

I don't want to be so ambitious here.Wakaka. Kang jadi hangat-hangat tahi ayam. Yang penting sekarang ialah kena ada action utk start tu. At least ajar Aryan kenal betul-betul huruf Hijaiyah dan bunyi-bunyi dia, ajar dia membaca dan parallel to that sikit-sikit ajar dia menghafaz. And of course at the same time, both MNI and I pun kena belajar bersama-sama. Sebab aku ni pun rasanya 30 surah terakhir tu pun aku tak hafaz. Embarassing nya kan compared to budak 5 tahun dah hafaz 5 juzuk Al-Quran. Subhanallah. Aryan so far dah boleh baca Fatihah and few doa. But frankly speaking, bukan aku yang ajar. Aryan belajar tu semua kat skolah. Aku adalah baca-bacakan dia sikit-sikit but I know that he got it from school.

Ada byk tips yang Pn Lina shared on top of the kaedah-kaedah mendidik tu :
1) Biasakan anak dengan alunan ayat Al-Quran - siang dengan surah Amma (30 surah terakhir), malam dengan surah-surah pilihan. 
2) Kena sacrifice tutup TV langsung kat rumah depan anak-anak. At least sampai umur dia 4 tahun. TV tu hanya pasang VCD Al-Quran and cerita-cerita islamik. Sebab even cartoon tu pun sebenarnya ada unsur tak elok utk anak-anak.
3) Kena sacrifice utk tak berapa kesah kalau rumah messy. Sebab dalam mendidik anak2 ni, mmg kita kena ikut rentak anak kita yang lasak tak reti diam etc. Especially anak lelaki.
4) At least dalam jadual harian kena ada 1 hour utk belajar Al-Quran dengan anak-anak. Contoh pukul 8-9 malam. Ini kalau anak dah kenal huruf dan time nak belajar membaca.
5) No Hitz FM atau segala FM dalam kereta. All the way alunan Al-Quran. At least depan anak-anak. Once anak dah kuar keta, lantak lah nak bukak radio ape.

And many more. Sounds simple and macam biasa dengar je. But bila dia cerita her own experience , itu part yg mahal tu aku rasa. Susah nak cerita in words, you have to experiece it yourself and of course take actions then baru rasa kot.

Ni kat bawah ni agenda dalam seminar tu. Termasuklah cara mengatasi anak yg memberontak macam Aryan. UUhuhu.


And of course, ada a lot of bantuan mengajar like books and CDs. Tengok kemain banyak aku rembat. Ni kalau tak start mengajar Aryan dengan gigih, mesti kena ketuk ngan MNI. Hohoho.

'Mommy nak horseee !' suara Aryan. Haha. Ok it's Titiwangsa time. Bye people.


p/s more info here: