Tuesday, June 11, 2013

Mimpi

Hari ni dah 24 hari arwah tinggalkan kami.. Al-Fatihah.

Life must go on. That's the kesimpulan dan penguat semangat especially utk ibu and kami adik-beradik. Ibu aku mmg seorang yang cool je. So sgt susah nak nampak kesedihan kat muka dia. Tapi kalau tengok muka dia lama-lama, kita tahu yang dia sedih sgt sgt. Dia kena kuat semangat utk adik-adik aku semua. Kalau dia tak kuat, acanne org lain nak kuat, kan?

Malam tadi mimpi arwah papa. Dia bawak kami sekeluarga gi shopping kat Al-Ikhsan. AKu pun tak tau kenapa kat Al-Ikhsan. Setau aku, arwah papa bukan sportsman sgt. Dia main badminton je. Yang pelik dalam mimpi tu, atok aku pun ada sekali pegi shopping. Macam-macamlah kitorang shopping, dgn shirt, kasut apa bagai. Pastu papa swipe credit card dia. Then balik rumah.Pastu aku terjaga.

Bila sedar and fikir-fikir balik, then baru aku teringat pasal credit card arwah. Masa kemalangan berlaku, habis semua cash dalam wallet dia kena paw. Handphone pun sama. Tak tahu lah, masih ada manusia yang ambil kesempatan dari kesusahan orang lain. Tapi credit card arwah semua ada. Knowing ibu aku tgh pening kepala macam-macam nak uruskan, aku pun kata let me settlekan urusan credit card arwah papa.

Ada few banks yang aku kena call sebab credit card arwah papa ada lebih dari 1. Macam-macam prosedure berlainan kita kena follow according to the bank. But apa yang aku dapat dalam menguruskan perkara ni, bank takde hak utk minta next-of-kin settlekan credit card org yang telah meninggal dunia. Tapi kita sebagai org Islam, wajib bayarkan hutang orang yang dah takde. So kalau bank yang service person aku call tu org Islam, boleh la tanya perkara-perkara macam ni. Itu pun kalau kau tanya, kalau tak tanya dia takkan bgth apa-apa.

Sebab kalau tak bayar pun, bank tak boleh buat apa. Kalau org masih hidup, bank boleh istiharkan bangkrap. Tapi kalau org dah takde, macam mana kan? Tujuan aku call semua bank tu, ialah supaya diorang boleh stop kan daily interest. So boleh take time to settlekan credit card, sebab daily interest dia dah benti.

Lepas aku call bank-bank tu semua, aku tak sempat nak follow up. Sampai aku termimpi semalam. Insha Allah aku follow up balik dgn bank lepas ni.

Bank RHB yang paling complicated. Sebab kena buat surat formal, attach dengan sijil kematian yang original. Bank lain so far just mintak aku fax kan copy of sijil kematian sahaja. Tapi kalau tak follow up, diorang senyap je macam skrang ni.

Perkara macam ni mungkin kita tak terfikir langsung kan. Tapi bila dah terjadi kat org terdekat, memang bagi aku impak yg besar. Kalau kita pakai credit card islamic, system tu dah ada takaful yang andaikata kita meninggal dunia, takaful tu akan cover and bayarkan hutang credit card kita tu. Tapi kalau pakai credit card biasa, bila kita meninggal, hutang tu akan terbiar,unless spouse atau anak-anak kita uruskan semua hutang tu. Kita yang hidup ni pulak kenalah uruskan sebab kita mesti nak org yg kita sayang yg dah pergi tu, tenang di sana. Jadi perkara penting mcm ni, wajib kita uruskan.

Aku pun inshaAllah nak bertukar ke credit card islamic. Selama ni aku ignorant je, memana org offer credit card, aku cekau. Tak fikir pun benda-benda macam ni.

Semoga arwah papa tenang di sana.Al-Fatihah.



No comments: