Friday, June 14, 2013

Shawl & Hijab style


Salam Jumaat u ols. Hari Jumaat kat opis saya memang selalu ada aktiviti ko-kurikulum. Dah macam skolah la plak ada ko-ku. Biasanya on Friday during lunch time akan ada talk talk yg bertemakan family, relationship, health, beauty etc. Minggu ni turn 'beauty' nye talk. So kami ada menjemput Bakawali Couture & Aidijuma utk demo-kan hijab style. Cehh 'kita'. Oklah tu, aku one of the event committee. Dapatlah naik satu lift dgn Datin Juma sambil belek muka dia yg flawless tu. Seres cantik Subhanallah !
 
Ni dalam gamba adalah best fren aku si Wir and founder/owner Bakawali Couture. Brand ni yang aku jadik dealer tu lah. Wir ni juara pencarian Nur tahun 2012. Owner BC tu nama dia Kak Ina. Dulu kerja makan gaji jugak, but dah 5 tahun berhenti dan berniaga dull time. Kagum tgk semangat dia yg tak pernah berputus asa.


Ni gamba event committee. Sila jgn jeles ai amik gamba sebelah Datin Juma. Gaahaha.


Close up sikit ! Gamba dah takleh edit dah. Sebab mcm mana edit pun, aku tetap hitam.Cantik kan dia. Flawless sgt kulit dia u. Pastu pakai tudung bawa ujung ponjot cenggitu pun, tetap cantik. Cuba aku pakai ponjot gitu, sure org igt aku bibik.


Datin Juma bawak Jezmine Old Blossom Box as her stylist. Dah nama stylist, haruslah stylo gitu. AKu selalu baca blog Jezmine ni. Hebat dia ni. Nampak je kecik u, tapi cili api. Baju dia design suma comel-comel.

Ok dah. I have movie date ngan MNi today. Hopefully jadik lah. Selalu tegendala je bile nak dating. Hemmph.


No comments: