Hari ini genap 16 hari arwah papa meninggalkan kami semua. I think aku still sometimes rasa macam in denial, tapi hati ini kena kuat utk redha dengan takdir yang telah Dia tetapkan.
Terkejut.. Memang semua orang terkejut dengan berita yang sangat tiba-tiba ini. Sebab arwah papa sebelum pemergiannya, dia sihat walafiat. Tapi sesungguhnya kuasa Allah itu maha besar. Dia lebih sayangkan arwah dan kami semua kena redha.
19 May 2013 (Ahad) 3 petang
Kami 1 family baru sampai KL dari Melaka. My mother in law macam biasa dah siapkan tapau nasi dan lauk pauk untuk lunch. Kitorang sampai je KL, letak luggage segala memang lapar mcam harimau.Terus unpack lauk lauk semua and had our lunch.
Dalam pukul 430 pm, ada few missed called from ibu. Aryan was playing with my phone so I didn't notice the missed calls earlier. Sampai dah bnyk kali calls, bari MNi perasan and passed the phone to me. It was from ibu.
"Along, ibu dah banyk kali call Along tak dapat.. Ibu nak bagitahu, papa dah takde."
"Eh, ibu ni. Papa pegi mana pulak?"
"Papa dah takde. Papa dah kembali ke rahmatullah. Dia kemalangan dekat Muar"
I was still in denial. Tak percaya and ingat ibu bergurau. Sebab dia mmg suka bergurau. Tapi come to think about it, takkan perkara macam ni dia nak bergurau pulak.So aku kata ok takpe, ibu tunggu kat Nilai, and aku will fetch her and adik adik and shoot ke Muar terus.
Lepas letak tipon, aku macam terawang-awang. Hati sangat sedih, tapi otak macam tak percaya. Boleh lenggang kangkung, lipat baju lah hape lah. Disamping itu dok terfikir fikir lagi, ni nak kalau gi Muar, sure balik kampung terus ni. Bapa bnyk baju nak pack ni ? Boleh..?? Kau berfikir pasal baju pulak.
Tengah kemas-kemas baju, dapat called dari kawan arwah papa, seorang polis jugak. Ok time tu hati aku dah berdegup apsal tetiba polis ni called aku pulak. Hati dah kuat kata ini mesti apa yg ibu cerita tadi memang betul. And memang betul pun, polis tu cerita what had happened. Lepas tu trus kemas laju-laju and shoot balik Nilai.
Sampai rumah arwah papa, bnyk keta kat luar rumah. Polis ramai dalam rumah tengah tenangkan ibu. Tunggu ibu kemas-kemas dalam 20min, kitorang trus ke Hospital Muar. Dalam perjalanan, hospital kata jenazah dah dibawak pulang ke Batu Pahat, kampung arwah papa.Ibu tanya pendapat aku before tu nak kebumikan kat mana, kat Batu Pahat ke Nilai. Aku kata baik di Batu Pahat, sebab nenek masih ada kat sana. Dan adik beradik dan saudara mara lain ramai di Batu Pahat.
19 May 2013 (Ahad) 930 malam
Kami semua sampai di Kg Tebung Tinggi Batu Pahat. Jenazah papa dah sampai. Siap dimandikan dan dikapankan oleh pihak hospital. Jatuh rasa jantung menatap jenazah. Macam tak percaya. Baru berjumpa arwah awal May hari tu dok berborak pasal pilihanraya. Ibu minta jenazah dikebumikan esok pagi sebab nak tgu adik aku balik dari SIk, Kedah. Dia kena naik bas, sebab tak sempat catch the last flight from Penang. Tapi Pak Imam kata, kalau nak kebumikan esok, jenazah kena dibukak kapan dia. Dan esok pagi kena mandi dan kapankan semula. Ya Allah, luluh lagi sekali hati. Takkan nak menyeksa arwah kan, so we decided kebumikan malam tu jugak. Dan of course tak bgth adik aku kata jenazah kebumikan malam tu. Dia tahu jenazah dah takde masa dia sampai Batu Pahat esok paginya.
Urusan pengebumian selesai dalam pukul 1030 malam. Aku kesian tengok adik2 aku yang masih kecil. Diorang semua tak faham lagi erti kehilangan. Ya Allah, Kau kuatkanlah hati dan semangat kami.
Kemalangan yang meragut nyawa arwah papa
Arwah keluar rumah dalam pukul 11 pagi Ahad tu sebab dia nak balik Batu Pahat jenguk nenek yang tak berapa sihat. Instead of naik keta, dia ajak ibu naik moto sebab dia nak cepat and balik kg sekejap je. Ibu berat hati nak naik moto, dia kata kalau naik keta dia ikut. Arwah papa pun tak gesa ibu utk naik moto, so arwah balik kg sorang-sorang.
Dalam pukul 1 tghari, arwah dah sampai Muar. Di trafik light Jalan Salleh, arwah tgh speed sebab lampu hijau. Ada 1 kereta ni, nak kejar lampu oren dari junction kiri. Arwah terlanggar kereta tu, badan dia melambung. Kemudian dia dilanggar dan digilis oleh 2 kereta lain. Menurut doctor dan polis, takde pendarahan di tpt kejadian dan external body. Tapi dalaman arwah rosak teruk.Tengkuk, pinggang dan kaki patah teruk. Kata doctor, kalau umur arwah panjang selepas kemalangan, dia mungkin lumpuh kekal keseluruhan badan. Ya Allah, remuk hati aku mendengar kenyataan ini. Arwah tak meninggal di tempat kejadian. Dia masih boleh bercakap-cakap dengan doctor masa kat hospital. Dia menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3.15 petang. Kami semua tak sempat berjumpa arwah semasa dia meninggal dunia.
Ni lah gambar moto arwah papa. Remuk teruk. Gamba ni MNi yang amik masa dia pegi Muar utk buat report kemalangan pada hari Isnin, sehari selepas kejadian. Masa hari Ahad tu, tak sempat buat report. 3 kereta lain yang terlibat tu dah buat report on Sunday.
Ya Allah, kau rahmatilah arwah papa. Kau ampunkanlah segala dosa arwah. Jika ada kelalaian dan kekurangan dia semasa mendidik kami sekeluarga, janganlah Kau siksa dia Ya Allah. Kau ampunkanlah segala dosanya. Kau jauhkanlah dia dari siksaan kubur dan api neraka. Kau terangkanlah kuburnya ya Allah. Sesunggunnya Engkau Tuhan yang Maha Pengampun. Kau masukkanlah arwah papa ke syurga bersama orang2 beriman dan beramal soleh. Amin Ya Rabb.
Arwah papa, Mohd Shah bin Abd Salam
28 March 1959 - 19 May 2013
Al Fatihah..
P/S Ibu yang aku tulis dalam entry ini refer to ibu tiri aku. Mak kandung aku, aku panggil mama. Adik beradik aku dengan ibu ada 4 orang. Adik beradik dengan mama ada 2 org. So kami ada 6 beradik. Adik2 dgn ibu umur dari 11 tahun ke 3 tahun. Sebab tu aku sedih adik2 aku tu semua masih kecil. Secara automatik, aku kena pikul tanggunjawab jugak sebab aku anak sulung.Aku rapat dengan keluarga Nilai (arwah papa, ibu serta adik2), sama je aku treat macam family di Johor. Sebab tu lah kitorang plan nak pindah Nilai Impian, sebab dekat dengan arwah papa.Tapi macam aku cakap, Allah lebih sayangkan dia. Semoga dia tenang di sana.
10 comments:
salam takziah dear..semoga u and your family tabah..semoga Allah merahmati arwah papa u
al-fatihah untuk arwah. takziah erin.
salam takziah erin...
Erin, baru bace. Ari tu masa terserempak kat Cold Storage tak tau citer. Takziah atas pemergian arwah. AlFatihah.
Takziah kak.. moga roh dicucuri rahmat Allah. Amin
thank you all..
Innalillah.... Takziah utk u sekeluarga... Al-fatihah to ur papa...
salam takziah erin. rasa nak menitik air mata baca your entry..
Al-Fatihah..
Tiap kali aku baca, tiap kali itulah air mata mengalir tanpa henti..
Rasa mcm bersalah bila aku dpt tau berita ni lambat.
Abah aku marah aku sbb tak bgtau dia, walhal aku pun tau lambat.
aku takkan lupa jasa papa.
Jaga aku almost setahun.
aku turut berduka cita and takleh terima berita ni...
XOXO...
Thank you zan. jemput dtg tahlil arwah kat rumah nilai aku 30 june ni 2pm. ajak parents kau skali k.
Post a Comment